Cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015. Cuti sekolah untuk seluruh Malaysia bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015 telahpun ditetapkan bermula pada 16 Julai sehingga 21 Julai 2015. Cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri 1436H ini diumumkan dan ditentukan selama 6 hari oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2015 dijangka akan diraikan pada 17 - 18 Julai 2015, iaitu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu untuk umat Islam di Malaysia. Maka, cuti sekolah selama 6 hari ini akan melibatkan 1 cuti peristiwa dan 2 cuti perayaan.
Kalendar Cuti Umum Malaysia dan Singapura tahun 2015

Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015

Cuti sekolah sempena Aidilfitri pada 16 Julai 2015 iaitu hari Khamis merupakan cuti peristiwa, manakala cuti pada 20 dan 21 Julai 2015 iaitu Isnin dan Selasa telah diwartakan sebagai cuti perayaan. Dan sebagai kelaziman, cuti peristiwa merupakan cuti yang perlu diganti oleh sekolah-sekolah terbabit.
Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015

Walaubagaimanapun, menurut pekeliling terbaru yang telah diedarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, cuti peristiwa untuk Aidilfitri 1436H/2015 tidak perlu diganti oleh sekolah. Jadi, tidak perlulah khuatir akan cuti berganti untuk hari raya tahun ini ye ..

Cuti Berganti 15hb Julai 2015

Terkini, satu surat pekeliling telah diedarkan untuk memaklumkan mengenai cuti berganti untuk cuti 15hb Juali 2015. Cuti ini walaubagaimanapun, adalah atas budi bicara pihak sekolah, sekiranya membuat permohonan kepada pihak pendaftar.


Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015
Cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri untuk sekolah-sekolah pada tahun ini agak panjang juga iaitu selama 6 + 1 hari, jadi untuk ibu bapa yang ada anak-anak bersekolah, bolehlah merancang cuti lebih awal. Jangan sampai terlajak cuti sampai lebih seminggu sudahlah .. almaklumlah cuti sekolah sempena Aidilfitri tahun ini berakhir pada hari Selasa... hoho ..

Ads [+] Peluang cari income tambahan menerusi kerja online - Jobdirumah

Untuk cuti umum Malaysia 2015 yang lainnya, boleh lihat pada jadual cuti umum dibawah ini.

Jadual Cuti Umum dan Cuti Negeri 2015 Bagi Malaysia


TarikhHariCuti Perayaan/ SambutanNegeri Terlibat
1-JanKhamisTahun Baru 2015Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
3-JanSabtuMaulidur Rasul
14-JanRabuKeputeraan YDB N. SembilanNegeri Sembilan
18-JanAhadKeputeraan Sultan KedahKedah
1-FebAhadHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
3-FebSelasaHari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
19-FebKhamisTahun Baru Cina
20-FebJumaatTahun Baru Cina
04 MacRabuUlang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
3-AprJumaatGood FridaySabah & Sarawak
15-AprRabuHari Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26-AprAhadKeputeraan Sultan TerengganuTerengganu
01 MeiJumaatHari Pekerja
03 MeiAhadHari Wesak
07 MeiKhamisHari HolPahang
16 MeiSabtuIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis
17 MeiAhadKeputeraan Raja PerlisPerlis
30 MeiSabtuHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
31 MeiAhadHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
1-JunIsninPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
2-JunSelasaPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
6-JunSabtuKeputeraan YDP Agong
18-JunKhamisAwal RamadanJohor, Kedah, Melaka
04 JulaiSabtuNuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
07 JulaiSelasaUlang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
11 JulaiSabtuHarijadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
17 JulaiJumaatHari Raya Puasa/ Aidilfitri
18 JulaiSabtuHari Raya Puasa/ Aidilfitri
31 OgosIsninHari Kebangsaan/ Merdeka
12-SepSabtuHarijadi YDP SarawakSarawak
16-SepRabuHari Malaysia
24-SepKhamisHari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha
25-SepJumaatHari Raya Korban/ Haji/ AidiladhaKelantan, Terengganu, Kedah, Perlis
03 OktSabtuHarijadi YDP SabahSabah
09 OktJumaatHarijadi YDP MelakaMelaka
14 OktRabuAwal Muharram
24 OktSabtuKeputeraan Sultan PahangPahang
10-NovSelasaHari DeepavaliKecuali Sarawak
11-NovRabuKeputeraan Sultan KelantanKelantan
12-NovKhamisKeputeraan Sultan KelantanKelantan
18-NovRabuHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
22-NovAhadKeputeraan Sultan JohorJohor
27-NovJumaatKeputeraan Sultan PerakPerak
11 DisJumaatKeputeraan Sultan SelangorSelangor
24 DisKhamisMaulidur Rasul
25 DisJumaatHari Krismas

Selamat bercuti ye semua.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Cuti tersebut adalah cadangan daripada KPM. Semua sekolah perlu mengemukakan permohonan kepada JPN masing2 untuk penetapan cuti bagi sekolah masing2, berdasarkan tarikh cadangan KPM tersebut.. Ia juga tertakluk kpd penetapan kerajaan negeri masing2.

    Bagi sekolah anak saya, cuti bermula pada 13 Julai..

    Anyway, terima kasih berkongsi tuan HH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hm banyak kena ganti tu. :) Entri atas ni nak highlight pasal cuti peristiwa sehari sebelum raya tu sekolah tak perlu ganti. Nanti asyik gantiiii je sabtu

      Padam
  2. Assalammualaikum bro Hasrul Hassan, sy nak tanya soalan skit. Sy baru bekerja di sebuah sekolah sebagai pt di sebuah sekolah negeri kedah, masalahnya saya agak malu nak tanya kepada orang lain tentang cuti pekerja macam saya. Adakah pekerja macam saya dapat cuti Hari Raya Aidilfitri pada 19hb julai hingga 21 hb Julai tersebut?

    Ainin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tu kena tanya pada pihak sekolah, sbb tak sama ..

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement