Cara mengeluarkan income Adsense dengan Western Union. Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah berjaya keluarkan income blog dari medium pengiklanan Adsense menerusi Western Union. Ini merupakan kali pertama saya menggunakan servis Western Union untuk mendapatkan pengeluaran tunai income Google Adsense blog-blog saya.

Haha. Serius saya memang sangat noob dalam hal ini, nasib baiklah ada rakan-rakan blogger yang sudi berkongsikan cara untuk mengeluarkan income dari Adsense. Sebelum ini, saya menggunakan cara lama iaitu mengeluarkan income Adsense menerusi cek masuk ke bank. Ya Allah, punyalah payah dan ambil masa sangat lama untuk merasa duit blog income Adsense ini. Jadinya, saya rasa serik nak gunakan cara tersebut.

Cara Keluarkan Income Adsense Dengan Western Union

Kali ini, saya mahu mencuba keluarkan earnings Adsense menerusi Western Union pula. Ramai yang sangat syorkan saya keluarkan wang Adsense menerusi cara ini sebab boleh dapat tukaran USD ke MYR lebih tinggi, jadi ia lebih berbaloi. Salah seorang rakan blogger mengesyorkan, hanya tunaikan income Adsense ini apabila nilai USD lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia..hoho .. ini satu tips yang sangat bagus, apatah lagi dalam keadaan harga barangan yang agal mahal sekarang, jadi tips optimasi income Adsense sebegini boleh dipraktikkan.

Ok. Jom bersama tutorial ringkas untuk keluarkan pendapatan blog pengiklanan Adsense menerusi Western Union ini. Ikuti langkah demi langkah ini supaya anda tidak hadapi masalah untuk keluarkan earnings Adsense yang sepatutnya anda terima.
  1. Login ke akaun Google Adsense.
  2. Cetak Payment Receipt yang disediakan. Selalunya resit pembayaran ini akan dihantar menerusi email yang anda daftarkan di Adsense. Anda juga boleh cetak terus dari akaun Google Adsense, hanya klik pada bahagian payment, dan cari link biru yang memberitahu payment receipt telah dikeluarkan. Resit tersebut akan kelihatan seperti di bawah selepas dicetak.
  3. Ada 3 perkara penting yang perlu anda ambil perhatian untuk keluarkan earnings Adsense menerusi Westeren Union.
  4. Cara Keluarkan Income Adsense Western Union
      1. Kod MTCN
      2. Alamat Pembayaran Dilakukan
      3. Nama penuh dan Alamat Anda
  5. Kemudian, anda perlu cari mana-mana tempat yang ada lambang Western Union. Selalunya, pejabat pos, bank-bank terpilih dan juga pengurup wang. Prosedurnya sama. Untuk contoh ini, saya telah keluarkan income Adsense menerusi Western Union di Public Bank.
  6. Cara Keluarkan Income Adsense Western Union
  7. Sebelum anda mengisi borang, sila tanya kepada bank tersebut samada boleh keluarkan duit menerusi Western Union, memandangkan ada yang hanya boleh hantar/masuk wang tetapi bukan keluar wang menerusi Western Union. 
  8. Ambil borang khas untuk Western Union. Kalau tak jumpa borang ni disediakan, sila tanya pada pegawai bank.
  9. Isi butiran yang diminta seperti ditampilkan di bawah ini. Untuk memudahkan anda, isi butiran standard berikut:
    1. Pengirim - Google Ireland Ltd (Mesti sama dengan paparan di bawah receipt Adsense)
    2. Jumlah - Masukkan nilai dalam USD, secara kasar boleh darabkan dengan 3.2 atau anda rujuk dengan mana-mana laman web yang memberikan nilai tukaran wang terkini. Jika berbeza, pegawai bank akan minta anda masukkan nilai MYR yang baru (akan diberitahu).
  10. Setelah isi, serahkan borang bersama kad pengenalan diri. Nama pada kad pengenalan mesti sama dengan nama dalam resit pembayaran Adsense. Dalam sesetengah kes, alamat juga akan diambil kira untuk pengesahan.
  11. Tunggu proses pengesahan bayaran. Pengesahan adalah bersandarkan kepada nombor MTCN. 
  12. Dapatkan tunai anda daripada pegawai bank.
Saya mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk proses pembayaran Adsense menerusi Western Union di Public Bank.

Anda juga boleh mengeluarkan income Adsense menerusi Pejabat Pos yang menyediakan servis kiriman dan terima wang Western Union cuma masalahnya ialah kaunter selalu sibuk dan sistem komputer selalu down. Jadi, pilihan yang saya syorkan ialah samada Public Bank atau RHB Bank.

Untuk memudahkan anda berurusan keluarkan income Adsense menerusi Western Union, anda boleh rujuk dan semak lokasi agen di sini - http://locations.westernunion.com/

Saya harap blog post ini dapatlah membantu ramai rakan-rakan yang buat duit menerusi Adsense untuk keluarkan earnings USD yang terkumpul tu ye.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah & tahniah ya HH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Baru dapat dua kali je .. tak hebat mana pun. Sikit2 je.

      Padam
  2. lama lagi kot baru bleh cashout..ahaha..mungkin hujung tahun gamaknya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement