Beramal menerusi program Ihya Ramadhan 1436H (2015). Peluang untuk menyumbang sesuatu yang bermakna dalam hidup, apatah lagi di bulan penuh mulia, bulan Ramadhan 1436H. In Sha Allah, kepada rakan-rakan pengunjung dan pembaca blog ini, saya ingin mengajak anda semua untuk beramal dan menyumbang dana untuk program Ihya Ramadhan 1436H yang dianjurkan oleh Alumni ASTI Batch SPM 93.

Program Ihya Ramadhan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) kali ini akan diadakan pada 10 Ramadhan 1436H iaitu bersamaan 27 Jun 2015. Program ini merupakan program tahunan untuk meraikan anak-anak miskin dan kurang berkemampuan di SEMESTI dan kali ini, batch saya; iaitu SPM tahun 1993 menjadi peneraju program ini.

Beramal Menerusi Ihya Ramadhan 1436H (2015)

Beramal Menerusi Ihya Ramadhan 1436H (2015)

Memandangkan program ini tanpa dana khusus, jadi terpaksalah pihak jawatankuasa penganjur (Alumni ASTI) dengan kerjasama pihak sekolah mencari dana untuk menjayakan program ini. Jadi, saya amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda semua untuk membolehkan program ini dijayakan dengan sempurna, apatah lagi ia akan melibatkan hampir 200 anak-anak yang akan diberikan sumbangan khusus hari raya.

  • Ihya Ramadhan 1436 SEMESTI
  • Bertempat di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
  • Tarikh: 27 Jun 2015 (Sabtu) / 10 Ramadhan 1436H
  • Masa: 10 pagi - 11 malam

Program ini bukan hanya untuk meraikan anak-anak sekolah berbuka puasa, tetapi ia juga turut disulami dengan beberapa aktiviti dan program khas yang berbentuk kerohanian dan akademik. Justeru itu, ia merupakan program bermanfaat dan in Sha Allah, mempunyai keberkatan dengan penganjurannya diadakan di dalam bulan Ramadhan penuh mulia.

Sumbangan Diperlukan Untuk Menjayakan Program Ihya Ramadhan 2015

Sumbangan anda boleh bermula serendah RM5, dan perlulah dilakukan menerusi cara berikut:
Beramal Menerusi Ihya Ramadhan 1436H (2015)
Sumbangan wang tunai terus ke akaun bank semasa CIMB berikut:
  • CIMB 8007211512
  • Nama: Noor Mohamed
  • SMS butiran sumbangan ke : 013-3396976 dan juga email ke zeetyothman@gmail.com
 

Berapa Jumlah Dana Diperlukan?

Dana sumbangan akan digunakan untuk:
  • Membiayai perlaksanaan program Ihya Ramadhan 2015
  • Program kerohanian dan akademik Ihya Ramadhan
  • Pemberian sumbangan duit raya dan kelengkapan hari raya untuk murid-murid yatim, miskin dan kurang berkemampuan.

Dana sumbangan yang diperlukan secara kasarnya:
Duit raya (RM100) x 200 murid = RM 20,000

Jadi, kami sangat mengharapkan sumbangan anda, tuan puan budiman untuk kami memperoleh sekurang-kurangnya RM 30,000 untuk melaksanakan program Ihya Ramadhan ini.

Tinggal 2 Minggu Sebelum Perlaksanaan Program

Hanya lebih kurang 2 minggu sahaja lagi sebelum perlaksanaan program ini. Maka, kutipan perlu mencapai target agar apa yang pihak jawatankuasa rancangkan dapat dilaksana dan tidak menghampakan murid-murid ini.

Beramal menerusi program ini, in Sha Allah anda akan menggembirakan ramai anak-anak yang sedang menuntut ilmu dan memberikan senyuman kepada mereka yang memerlukan.

Segala sumbangan yang diberikan, saya selaku salah seorang AJK program mengucapkan berbanyak terima kasih dan semoga Allah S.W.T merahmati pemberian dan sumbangan anda, in Sha Allah.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. In Shaa Allah akan bantu mana yang termampu... terima kasih di atas perkongsian ini...

    BalasPadam
  2. sangat bagus program-program seperti ini...semoga anak-anak yg terlibat menjadi anak soleh dan solehah di dunia dan di akhirat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement