Ok. Sebenarnya ada 5 perkara penting mengapa iklan Adsense tidak keluar setelah kod diletakkan di dalam blog. Ia mungkin salah satu satu daripada 5 sebab ini, dan mungkin juga tidak. Apapun, cuba dulu gunakan 5 sebab ini untuk pastikan samada adakah ia punca sebenar iklan Adsense tidak dipaparkan di dalam blog.
5 Sebab Iklan Adsense Tidak Keluar
Jom periksa samada iklan Adsense blog anda berpunca daripada 5 sebab berikut.
Akaun Adsense Tidak Approved atau Kena Banned
Ada antara blogger yang tidak pasti samada akaun Adsense telah disahkan atau permohonan diterima. Ada blogger yang telah diterima permohonan Adsense tetapi tidak mengesahkannya. Anda patut baca 4 Perkata Penting Sebelum Memohon Google Adsense sebagai panduan pengenalan memohon platform pengiklanan ini.Ok. Ada dua cara pihak Adsense akan mengesahkan akaun anda. Satu menerusi alamat rumah, dan satu lagi menerusi nombor telefon. Anda akan terima satu pin pengesahan akaun Google Adsense anda, pin ini perlu dimasukkan ke dalam sistem Google Adsense. Seperti saya, pin ini diterima menerusi pos; saya menerima satu surat dari Google Adsense yang menyertakan pin ini untuk dimasukkan ke pautan yang diberikan. Ia adalah untuk mengesahkan bahawa alamat rumah saya benar dan bukan palsu. Pin ini mesti diaktifkan dalam masa 6 bulan, jika tidak akaun akan dibatalkan dan iklan tidak akan terpapar di dalam blog.
Akaun Adsense anda mungkin kena banned. Kod iklan mungkin sudah dimasukkan dengan betul, tetapi ada entri-entri yang langgar terma telah membuatkan iklan Adsense tidak keluar. Selalunya pihak Adsense akan menghantar satu email amaran kepada anda memberitahu mengenai perkara ini. Entri-entri yang berbaur lucah, provokasi, yang libatkan sentimen agama melampau adalah antara punca akaun atau iklan Adsense kena banned. Walaubagaimanapun, anda boleh kembalikan akaun atau iklan ini dengan mengikut panduan yang berikan menerusi email yang dihantar.
Ads Blocking Pada Pelayar Internet
Kadangkala iklan tidak kelihatan apabila pelayar internet yang digunakan menggunakan fungsi Ads Blocking - halang iklan daripada keluar. Untuk atasi, sila kosongkan cookies pelayar internet atau kosongkan ruangan cache pelayar internet anda.
Kod HTML Adsense Tidak Ditulis atau Diletakkan Dengan Betul
Masalah ini memang sering berlaku. Saya selalu hadapi masalah ini apabila cuba meletakkan kod HTML pengiklanan ini menerusi template blogspot. Apa yang saya buat ialah ambil kod Adsense dan tukarkan kepada bentuk koding yang difahami atau yang serasi dengan bahasa HTML blogspot yang digunakan. Anda boleh gunakan servis Parse HTML untuk tukarkan bentuk HTML Adsense, dan gunakan kod tersebut untuk diletakkan dalam template blogspot.Kadangkala, ada blogger yang tersilap menulis kod HTML Adsense ini. Untuk periksa, saya syorkan anda buka dua browser internet, satu untuk buka dan lihat kod sumber HTML yang Adsense berikan, dan satu lagi untuk melihat kod tersebut di dalam blog anda. Untuk lihat kod tersebut di dalam HTML blog, view source code. Anda kena tahu, tidak semestinya apa yang anda copy-paste itu betul, jadi kena pastikan penggunakan format koding, titik, sengkang, kurungan adalah betul. Silap sikit, iklan Adsense anda mungkin tidak kelihatan.
Akaun Adsense Pihak Ketiga
Anda gunakan kod Adsense dari pihak ketiga atau sumber yang selain daripada laman Adsense itu sendiri, contohnya menerusi blogger.com atau YouTube.com. Anda perlu mendapatkan kelulusan penuh Adsense anda, atau mendapatkan hantar permohonan untuk a one-time approval request supaya boleh gunakan kod Adsense di mana-mana sahaja blog atau laman web kendalian anda.Penggunaan Frames dan Masalah Javascript
Ada blogger yang menggunakan frame tertentu di dalam blog untuk paparkan iklan Adsense. Seperti saya, iklan Adsense dipaparkan di bawah tajuk entri menggunakan pendekatan ini. Google Adsense membenarkan cara dan teknik ini asalkan ia tidak dibuat secara berlebihan atau melampau, seperti menjadikan Adsense sebagai iklan popup atau iklan terapung. Jadi, gunakan secara minimal penggunaan frames ini untuk meletakkan kod iklan Adsense.Javascript tidak diaktifkan di pelayar internet atau komputer anda. Iklan-iklan selalunya menggunakan javascript untuk berfungsi. Seandainya terdapat halangan atau javascript tidak aktif, maka iklan takkan keluar.
Ok. Demikianlah serba sedikit mengenai mengapa iklan Adsense tidak keluar di dalam blog. Anda kena tahu 5 sebab ini supaya dapat memaksima income blog menerusinya. Untuk tahu lebih banyak teknik, strategi dan cara buat duit dengan adsense ini, maka saya syorkan anda baca Janawang Adsense
Semoga membantu mereka yang mungkin hadapi masalah ini, in Sha Allah.
memang bagus penerangan dari HH...den masih berharap lagi untuk lulus adsense...hehehe
ReplyDeleteSemalam dapat satu komen, dia tulis .. 52 kali cuba apply adsense, kali ke 53 baru dapat
Deletetula...masih cuba baiki apa yang patut..still dapat reason denied yang sama dari google
Deleteiklan tak keluar juga ni....
ReplyDeleteSiapa2 yang pakai antivirus macam kaspersky ke elok cek balik, kadang bila tick kat ruangan banner pon nanti xkeluar adsense tu
ReplyDeleteSaya pakai Kapersky .. :) iklan lain selain Adsense semua kena blocked dengan Kapersky ni .. oh ya .... h12 lepas. :)
DeleteSaya punya permohonan pada awalnya dah approve tapi masih tersekat di step 4 : Understand our policies. Itulah last email dari google adsense dah nak dekat tiga bulan. Mgkn ini penyebab iklan masih blank rasanya.
ReplyDeleteAnda kena buat SEARCH sendiri dalam blog untuk perkataan2 yang menjurus kepada polisi - macam sek s .. intim ... entri berkaitan dengan hatred .. politik ...
DeleteContohnya... entri saya mengenai blogger Alvin Tan ... adalah salah penyebab iklan adsense kena blocked
Baru dapat approval dari GoGirl... terkedek-kedek nak ngeluarkan ad. Belum cuba boh code lagi, masih belajau.
ReplyDeleteGood article !!
Hari ini try apply kali ke 3..penenrangan yang simple dan mudah difahami..terima kasih tuan HH
ReplyDeleteSaya xdpt PIN tu sbb earning tak lebih dr verification treshold (USD10).
ReplyDeleteMcm mn nk dpt earning kalau ads x keluar.
Bang, tolong please.
Baca entri saya di atas .. ada penyelesaian saya berikan tu.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.