Video tutorial cara memasak Biskut Lemon. Ehemm ... bulan Ramadan akan hadir tidak lama lagi. Buat surirumahtangga, masa sebelum hadirnya Ramadan mulalah akan cari buku resepi kuih-muih serta biskut. Inilah masa yang paling terbaik untuk uji kemahiran diri membuat biskut tanpa dipersoalkan oleh orang lain, terutama sekali si suami... hehehe... Masa ini juga biskut dan kuih raya akan menjadi antara sumber pendapatan sampingan buat mereka yang mahukannya. Dalam entri ini, saya suka nak kongsikan satu resepi mudah untuk membuat biskut, iaitu Biskut Lemon Planta.

Resepi memasak Biskut Lemon ini memang mudah. Apatah lagi ia dimasak menggunakan Planta yang telah sekian lama memberikan rasa rangup sedap pada setiap biskut dan kuih raya. Saya sendiri masih ingat bagaimana emak saya sediakan biskut-biskut tradisional seperti Semperit dan Biskut Kacang menggunakan adunan Planta.
Video Cara Masak Resepi Biskut Lemon Planta

Biskut Lemon Planta ni memang sedap. Kalau lepas masak, anda akan bau keharuman lemon dan 'hangit' planta. Jadi, memang terbaiklah untuk dijadikan hidangan biskut raya. Malah, ada rakan-rakan sepejabat dahulu yang jual biskut ini disebabkan ada rasa lemon yang sungguh 'segar'.

Nak cuba buat biskut atau cookies seperti Famous Amos yang sedap dan rangup? Dapatkan panduan membuat beraneka biskut seumpamanya menerusi CD panduan ini - CD Buat Cookies

Untuk mereka yang mungkin tak ada masa nak salin, mungkin boleh lihat video tutorial cara memasak Biskut Lemon Planta ini. Dapatkan feel dia dulu sebelum mencuba. Bila dah tengok berulang-ulang kali, in Sha Allah, anda akan ingat cara-cara nak masak Biskut Lemon Planta ini dengan mudah dan senang.


Bahan-Bahan Utama Biskut Lemon

  • 1 suku cawan tepung gandum
  • Setengah sudu teh baking soda
  • Setengah sudu teh garam
  • Sebiji telur
  • Lebih setengah cawan susu (spt susu segar/susu UHT)
  • Jus dari setengah biji Lemon
  • Setengah sudu teh esen vanilla
  • Setengah cawan gula
  • Lebih setengah cawan Planta

Cara-Cara Mengadun Biskut Lemon

  1. Gaulkan Planta dengan gula
  2. Apabila dah rata, masukkan telur
  3. Sambil tu, campur esen vanilla, jus lemon bersama susu. Kacau sehingga sebati.
  4. Pada bancuhan planta dengan gula tadi, masukkan pula sedikit demi sedikit susu dan tepung. Kacau sehingga sebati. Jangan masuk banyak-banyak ye ... (lihat video di atas).
  5. Panaskan ketuhar sehingga 120 darjah celsius.
  6. Setelah kacauan dan sebatian tadi lembut dan nampak telah rata sepenuhnya, masukkan bancuhan ke dalam bekas atau acuan biskut.
  7. Kemudian, masukkan ke dalam ketuhar yang telah sedia panas antara 11-13 minit.
  8. Keluarkan biskut yang telah masak dibakar, dan biarkan sejuk.

Bahan-Bahan Aising Biskut Lemon

  • Setengah cawan gula aising
  • Satu sudu teh jus lemon
  • Satu sudu teh kulit jus lemon dihiris halus atau diparut

Cara-Cara Mengadun Aising Lemon

  1. Campurkan semua bahan-bahan aising.
  2. Kacau laju-laju sehingga semuanya sebati.
  3. Apabila sudah sebati, ambil biskut Lemon yang telah sejuk dan celup bahagian atas dengan aising.
  4. Anda juga boleh gunakan berus sapuan khas untuk letakkan aising tadi di atas biskut.
  5. Biarkan selama beberapa minit atau sehingga aising itu mengering.

Siap dah biskut Lemon Planta. Mudah ye tak?

Untuk resepi-resepi lain menggunakan Planta, bolehlah ke pautan berikut: Sedapnya Masak Dengan Planta

Resepi ini saya kongsikan sebab ia mudah dan senang. Bahan-bahan pula tidaklah susah nak cari. Anda boleh sediakan biskut ini samada untuk majlis harijadi, Hari Ibu, Hari Bapa dan apa-apa sahajalah. Malah, kalau dihias cantik, boleh dijadikan sebagai buah tangan dan hadiah yang istimewa. Uhh mana tak istimewa, air tangan sendiri buat tu ... bukan main beli di kedai ... kan saya pernah beritahu, rahsia masakan sedap ialah dengan membuat dan memasak dengan penuh kasih sayang. :) hoho ..

Selamat mencuba.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Perghh boleh buat untuk raya nanti... ena pun tak pernah buat biskut, nanti nak cubalah resepi ni... hope tak hangus.. ahaks

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement