Kali ini, saya terima email daripada Buzzcity. Salah satu medium pengiklanan untuk laman web dan blog yang menjurus kepada pengiklanan untuk pengguna mobile.
Terima Pelawaan Pengiklanan Platform Buzzcity

Blog Perlu Mesra Mobile Untuk Pengiklanan
Apabila blog anda mesra mobile, dan iklan-iklan dari platform pengiklanan boleh dipaparkan dengan baik serta sempurna menerusi platform mobile, in Sha Allah, tawaran-tawaran pengiklanan seperti dari Buzzcity akan datang secara automatik.Cuba lihat paparan blog saya menerusi platform mobile seperti ditunjukkan di bawah ini, dan bandingkan pula dengan blog anda jika dipaparkan dalam versi mobile (terutama untuk blog blogspot seperti blog ini). Kalau anda merupakan seorang usahawan mahupun syarikat pengiklanan, tentu mahukan iklan yang dipasang di blog dimaksimumkan paparannya, ye tak?

Alhamdulillah, blog saya dengan keupayaan tersendiri telah dapat tembusi halangan-halangan ini. Setakat entri ini ditulis, saya telah mempunyai beberapa akaun medium pengiklanan dari beberapa platform berikut:
- Nuffnang
- Geniee
- RevenueHits
- H12
- PopAds
- Adsense
- Komli
- Innity
- MediaWhite
- Tomoson
- Izea
- Unruly Media
- 8Share
- ChurpChurp
Tengok dari senarai di atas, anda mungkin tidak terfikir sebelum ini bahawa begitu banyak peluang untuk jana income menerusi blog. Itu tidak termasuklah lagi jana income menerusi program affiliate dan juga sewa tapak iklan serta advertorial.my.
Tepuk dada, tanyalah diri.
Buat masa ini, saya masih lagi memikirkan samada mahu menerima pelawaan pengiklanan dari platform Buzzcity. Saya telahpun balas email, dan meminta pihak mereka bandingkan kelebihan yang boleh mereka berikan pada blog saya.
Jadikan Blog Anda Istimewa, Dan Peluang Akan Datang Dengan Sendirinya ...
Saya kongsikan perkara ini adalah untuk anda melihat akan peluang untuk jana income menerusi blog samada sampingan mahupun sebagai blogger sepenuh masa seperti saya. Untuk mendapatkan peluang tersebut, anda perlu berusaha untuk menjadikan blog anda seistimewa mungkin.In Sha Allah, akan saya ceritakan bagaimana mahu menjadikan blog anda istimewa, menyerlah daripada orang lain, hatta diri anda bukan pun seorang blogger yang popular!
Pendapatan dari Innity je saya rasa selamat nak buat guna atau buat makan. Tu pun lepas block iklan yg mendedahkan aurat, kad kredit.
BalasPadamYang Nuffanang dah memang x guna buat makan dah sebab iklan dia x boleh block macam Innity. Pasang kod nuffnang sebab nak tengok stat je..hehe..
Komli dan Adsene pun macam tu jugak rasa was-was nak guna buat makan sebab iklan dia susah nak kawal.. (KOMLI nak kena check satu-satu iklan mana yang elok,) (Agsense iklan keluar ikut keyword, yang ni lagi susah nak tau sebab setiap pelawat mesti keyword dia laian2.. )
Yang 8share& Churp2 tu dah lama x aktif..
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.