Template sebutharga atau quotation seorang blogger kepada pengiklan. Sejak akhir-akhir ini, ramai blogger Malaysia yang telah mendapat pelbagai tawaran pengiklanan di blog. Ada blogger yang dapat peluang jana income blog menerusi penulisan advertorial, ada pula blogger yang dapat tawaran untuk sewa tapak iklan dalam blog. Alhamdulillah, ramai usahawan dan syarikat yang nampak kekuatan blogger Malaysia untuk meningkatkan penjenamaan bisnes dan juga untuk mempromosikan produk-produk secara online.

Disebabkan saingan yang kini semakin ketara antara blogger Malaysia untuk dapat job, sudah menjadi keperluan untuk seorang blogger menyediakan satu sebutharga atau quotation pengiklanan di blog.

Template Sebutharga Quotation Pengiklanan Blogger

Contoh Sebutharga Quotation Pengiklanan Blogger

Sebutharga Terbuka

Ada blogger yang menyediakan satu page khas di dalam blog untuk menyenaraikan peluang-peluang pengiklanan untuk individu, usahawan mahupun syarikat yang berminat. Menerusi page khas tersebut, blogger akan menyenaraikan jenis-jenis pengiklanan yang terdapat di dalam blog milik mereka. Malah, ada blogger yang terus tetapkan harga pengiklanan di dalam page tersebut.

Cara di atas saya sifatkan sebagai memberikan sebutharga atau quotation pengiklanan terbuka.

Sebutharga Tertutup

Ada pula blogger yang berikan butiran peluang pengiklanan hanya untuk individu, usahawan mahupun syarikat seandainya diminta atau yang menunjukkan minat. Cara ini selalunya digunakan oleh blogger-blogger yang mempunyai harga pengiklanan yang boleh dirunding atau mempunyai pakej-pakej iklan tertentu yang tidak mahu didedahkan secara umum. Pengiklan yang berminat perlu menghubungi blogger terbabit samada menerusi email atau ruangan kontek yang disediakan di dalam blog.

Cara kedua ini saya sifatkan sebagai memberikan sebutharga atau quotation tertutup - yang selalunya harga pengiklanan tidak tetap dan bersandarkan budi bicara antara pemilik blog dengan pengiklan.

Apabila menggunakan cara kedua, selalunya individu, usahawan atau syarikat akan minta blogger tersebut memberikan satu sebutharga untuk pertimbangan pengiklanan.

Muat Turun Template Sebutharga Percuma untuk Blogger

Ramai blogger terutama blogger baru yang tidak tahu format atau cara menyediakan sebutharga (quotation) tersebut. Maka, dengan rasa kacaknya, saya ingin berkongsi template yang telah saya reka sendiri untuk dijadikan contoh atau panduan bagi blogger Malaysia menyediakan satu sebutharga pengiklanan blog.

Template ini disediakan dalam format Microsoft Word, jadi anda boleh muat turun dan ubah mana-mana yang perlu ikut kesesuaian. Penuhi ruang yang telah saya biarkan kosong. Kemudian, anda print-out atau jadikan ia dalam format PDF. Kemudian, anda bolehlah hantar sebutharga itu kepada pengiklan yang telah menghubungi anda.

Anda boleh muat turun template sebutharga atau quotation pengiklanan itu di pautan ini - Template Sebutharga/Quotation Iklan Dalam Blog

Contoh sebutharga atau quotation tersebut adalah seperti paparan imej di awal artikel ini.

Di dalam sebutharga pengiklanan tersebut, saya akan nyatakan jenis iklan, harga iklan, bentuk iklan serta tempoh pengiklanan. Saya juga memasukkan cara-cara untuk membuat pembayaran disamping menambah terma dan syarat khas untuk mengelakkan blogger ditipu oleh pengiklan yang mahu ambil peluang.

Saya harap template tersebut dapat diguna-pakai oleh blogger Malaysia dengan sebaiknya, in Sha Allah.

p.s: Letakkan header blog atau logo blog anda dalam sebutharga tersebut untuk kelihatan lebih profesional. Jika tak ada logo, boleh dapatkan servis buat logo daripada saya ... hehehe...



8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. boleh lah guna untuk dijadikan rujukan lepas nih.

    BalasPadam
  2. terima kasih paling banyak sifu.. dah download.. hehe :D

    BalasPadam
  3. simpan lagi ... buat koleksi. Terima kasih

    BalasPadam
  4. Download dan simpan. Terima kasih HH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Jia kerana sudi manfaatkannya. Alhamdulillah.

      Padam
  5. Template yang bermanfaat. Tq sifu HH..;)

    BalasPadam
  6. Saya mohon untuk download dan simpan yer sifu.. terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement