Saya faham keadaan usahawan-usahawan yang baru berjinak dalam bisnes ini, sebab saya sendiri pernah alami masalah serupa iaitu masalah supplier atau pembekal. Ia adalah antara sebab saya hentikan bisnes kerana tidak dapat tunaikan permintaan. Jika ada pembekal pun, harga yang ditawarkan tidak menarik, malah boleh memberikan kerugian kerana margin keuntungan yang sangat kecil sehingga tidak dapat menampung kos secara jangkamasa panjang.
Cari Senarai Supplier di Malaysia Untuk Elak Kehabisan Stok Produk Bisnes

Saya pernah berniaga online dua produk hangat satu ketika dahulu, satu produk kesihatan dan satu lagi produk keperluan bayi. Alhamdulillah, dua produk itu mendapat sambutan menggalakkan, tetapi .... kerana sambutan yang hangat, stok yang ada tidak dapat menampung permintaan yang tinggi. Pihak supplier utama pula kata stok tak sampai lagi dan bila dah dapat supplier lain, harga pula menjadi satu masalah. Nak tak nak kena beritahu pelanggan harga baru, hingga akhirnya mereka tidak lagi membeli ....
Jika dulu, nak cari senarai supplier memang cukup payah. Saya perlu buka laman web lelong.com.my, buka laman web cari, dan macam-macam laman web hanya untuk mendapatkan supplier yang boleh berikan harga yang terbaik untuk produk-produk yang saya mahu jual. Jenuh juga sebab terpaksa berhabis-habisan masa hanya untuk cari senarai supplier atau pembekal sahaja - belum lagi dengan langkah berurusan - hantar email, nego harga dan sebagainya.

Saya tahu ramai usahawan ada masalah ini, apatah lagi bila menjual produk hot seperti Azanis Scar Serum atau produk-produk yang ada cirian khas seperti produk set kosmetik halal. Bila produk hot, masalah pembekalan memang akan berlaku, jadi para usahawan kena cari lubuk lain untuk mendapatkan supplier yang boleh berikan stok produk dengan harga yang boleh berikan untung.
Usahawan Perlu Ada Lebih Daripada Satu Supplier
Ramai usahawan hanya tahu mendapatkan daripada satu sumber supplier sahaja, walhal sebenarnya ada banyak lagi senarai supplier atau pembekal yang boleh berikan harga barang dibeli secara borong dengan jauh lebih murah. Bila supplier satu-satunya itu tak dapat nak hantar stok, mulalah gelabah kerana banyak order pending dan ramai customer yang dah bayar dok tanya-tanya.Ingat lagi kes Lazada yang pernah saya tampilkan sebelum ini tak? Barang yang sepatutnya tiba dalam masa 2-3 hari, terus jadi 2-3 minggu hanya disebabkan barang sudah ketiadaan stok.
Jangan jadi seperti itu, sekali sekala tak mengapalah lambat, tapi bila dah kerap berlaku, pelanggan sedia ada pun akan naik muak dan mual dengan segala alasan. Nanti, akhirnya mereka beralih pada usahawan dan peniaga yang lain. Siapa yang rugi? Aha .. andaaaaaa jugak!
Jadi, saya syorkan kepada para usahawan terutama sekali usahawan online untuk mendapatkan supplier atau pembekal lebih daripada satu, malah biar lebih daripada 3-4 supaya nanti tak timbul masalah seperti yang saya ceritakan mengenai Lazada.
150+ Senarai Supplier Malaysia
Ok. Untuk para usahawan online, sila dapatkan Koleksi Rahsia Senarai Pembekal di Malaysia yang telah disediakan oleh Mohd Aizuddin.
Mohd Aizuddin telah menyediakan satu ebook yang mengandungi lebih daripada 150 senarai pembekal di Malaysia dalam banyak kategori bisnes dan perniagaan. Koleksi senarai supplier itu telah ditapis dan telah disahkan sendiri oleh Mohd Aizuddin sebagai pembekal yang boleh dipercayai.
Ini merupakan sebuah ebook yang saya fikir elok dimiliki oleh usahawan-usahawan online Malaysia. Fikirkan anda punyai contact dengan lebih 10, 20 mahupun 30 supplier untuk satu produk hot yang anda jual! Anda bukan sahaja akan berkeyakinan untuk sediakan dan jual produk tersebut kepada pelanggan, malah anda tidak ada masalah untuk menjual dengan kuantiti yang besar, dan jika kena caranya boleh berikan harga jauh lebih murah dengan pesaing-pesaing anda!
Mahu dapatkan senarai pembekal ini? Boleh akses menerusi link berikut:
[+] Koleksi Rahsia Pembekal di Malaysia
Awas, koleksi ini tidak sesuai untuk mereka yang sudah lama berniaga, kerana mungkin anda telah tahu mengenai senarai supplier atau pembekal yang disediakan. Namun, jika fikir koleksi ini wajar dimiliki, tiada sebarang sekatan untuk mendapatkannya - kerana akses kepada ebook ini terhad untuk 200 orang usahawan sahaja.
Selamat berjaya buat para usahawan semua.
wah... tips bagus nie. Nak jadi pembekal juga lah macam nie.
BalasPadamPerlu ada lebih dari satu supplier tu Emi setuju. Emi sendiri buat bisnes online kecik2 je, buat customize tote bag. Memang emi ambik supply plain tote bag tu dari beberapa org supplier sebab awal2 buat bisnes dulu pernah la ambik dari sorg supplier je. Then tetiba bila nak restock barang, dia cakap dia x blh nk supply brg tu lg dah. Kalut cari supplier lain haaa. Haha
BalasPadamsaya sedang mencari supplier handbag gred aaa
BalasPadamsaya sedang mencari supplier handbag gred aaa
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.