Pilihlah kategori yang betul untuk blog anda. Saya nak kongsikan satu lagi tips blogging yang penting. Kenapa ia penting? Sebab kerananya ini - jika dilakukan dengan betul dan istiqomah, ia akan bantu membina jenama, pengikut dan pembaca setia blog anda. Malah, anda akan diberikan autoriti seandainya anda bijak memilih kategori dan menulis sekerap mungkin mengenainya.

Sebagai seorang blogger, anda perlu menghasilkan sebuah blog yang akan mempunyai pembaca setia. Pembaca setia inilah yang akan membantu blog anda berkembang, dan in Sha Allah, mereka akan tanpa paksa mempromosikan blog anda sebagai yang terbaik di dalam kategorinya.

Pilih Kategori Yang Betul Untuk Blog Anda

Pilih Kategori Yang Betul Untuk Blog Anda
Dalam bab memilih kategori atau niche yang betul untuk blog anda, perkara berikut mesti diambil kira:
  1. Blog post paling banyak komen.
  2. Blog post paling tinggi pageview atau hits.
  3. Blog post paling banyak social-sharing

Anda boleh gunakan ketiga-tiga pendekatan atau hanya memilih satu sahaja. Apabila sudah kenal-pasti, maka langkah seterusnya ialah anda perlu rajin menulis topik yang serupa dengan kekerapan yang tinggi. Buatlah secara istiqomah.

Seandainya anda tiada idea, cubalah cari entri rakan blogger yang serupa kategori, dan kongsikan menerusi Google Plus atau Facebook. Mungkin anda tidak nampak apa kelebihannya untuk blog anda, tetapi menerusi masa dalam jangka waktu panjang, anda akan dikenali sebagai seorang yang bercerita mengenai kategori tersebut, langsung setiap kali anda menulis di dalam blog mengenai hal serupa, orang tidak akan teragak-agak untuk membacanya kerana mereka sudah tahu akan 'pengalaman' dan 'ilmu pengetahuan' yang anda ada.

Bila orang mencari bahan untuk kategori tersebut, maka anda akan dijadikan sebagai sumber rujukan mereka. :)

Ok, saya nak kongsikan satu lagi tips untuk tampilkan blog anda sebagai sebuah blog yang boleh dipercayai dan mempunyai autoriti.

Baca - Kepentingan Blog Autoriti Dalam SEO

Apabila anda mengkategorikan (label) entri-entri di dalam blog, pastikan ia tidak lari daripada kategori utama. Contohnya:

Anda buat blog dan tulis mengenai resepi dapur atau resepi tradisional. Dalam kandungan blog anda, ada beberapa kategori (label) lain diwujudkan iaitu petua dapur, resepi ringkas, resepi kuih, resepi lauk, resepi nasi dan sebagainya. Cara ini memudahkan anda untuk buat backlink dalaman antara entri, langsung mewujudkan related-post yang berkesan untuk menambahkan lagi pageviews blog anda.

Saya harap anda faham mengenai cara memilih kategori yang betul ini untuk blog anda. Seperti awal saya beritahu, ia penting untuk memberikan blog anda satu autoriti, yang merupakan antara penanda aras terbaru untuk rank dengan baik dalam Google.. huhu...

Selamat mencuba.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih HH... Insha cuba utk buat penjenamaan blog... Cuma kna berebut dgn masa la..sbb part time blogger je kan.. Terima kasih atas ilmunya..

    BalasPadam
  2. Tq HH for the tips... Insya Allah, try the best utk cuba pilih kategori yg betul..

    BalasPadam
  3. minat banyak susah gak nak pilih kategori terbaik untuk blog

    BalasPadam
  4. blog sy dah mcm rojak..hihi..tp sy dah kenal pasti posting apa yg sentiasa dpt bacaan tinggi.. sy ada blog baru mmg khas utk 1 topik khas pasal kehamilan. memandangkan masih baru, agak sukar jugak bersaing kat halaman utama, kedua, ke3 google. apa2 info psl blogging, seo dri tuan hh sy cuba suntik kat blog baru tu. moga membuahkan hasil utk jangka masa pjg

    BalasPadam
  5. 4. Blog post paling banyak sales. Hahaha.

    BalasPadam
  6. Blog popular memang mempunyai niche yang tersendiri

    BalasPadam
  7. Tq HH atas tips yang diberi. Blog ni banyak membantu saya membina SEO untuk blog saya dan ada artikel yang berada di page pertama google. Teruskan berkogsi tips dan panduan yang berguna yang boleh dimanfaatkan untuk blogger baru seperti saya. Terima kasih sekali lagi dan tahniah kerana menjadi blog HH menjadi rujukan kebanyakan blogger.

    BalasPadam
  8. cuba untuk mencari niche yang sesuai untuk blog fyna sekarang nih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement