Pertama sekali, anda kena faham mengenai Alexa. Alexa mengutip data mengenai blog anda daripada pelbagai aspek atau dikenali sebagai matrik. Ia bukan hanya menilai ranking blog anda dari segi trafik, tetapi ada matrik lain yang diambil kira.

Kenapa Ada Beza Ketara Rank Alexa Global dan Malaysia?
Mari kita tengok pada persoalan berikut:Persoalan Pertama
Rank blog pada kedudukan rank Alexa global - bawah 1 juta, contohnya 990,009. Tetapi rank di Malaysia berada pada kedudukan 100,990. Kenapa?Ini adalah kerana kedudukan trafik blog tersebut di peringkat global jauh ketinggalan dibandingkan dengan laman-laman web mahupun blog yang ada di internet atau lebih tepat lagi dalam pengkalan data Alexa secara keseluruhan. Namun, kedudukan trafik blog tersebut adalah lebih baik jika dibandingkan dengan ranking laman-laman web lain yang 'berasal' dari Malaysia, jadi kedudukan ranking Alexa untuk Malaysia adalah lebih baik.

Persoalan Kedua
Rank blog pada kedudukan rank Alexa global - bawah 100,000, contohnya 30,009. Tetapi rank di Malaysia tidak disenaraikan. Kenapa?Ini adalah disebabkan blog tersebut tidak mengkhususkan ranking Alexa pada negara-negara tertentu. Jika anda mendaftarkan blog anda dengan Alexa, seandainya anda tidak buat setting untuk ranking di Malaysia, maka data tersebut tidak akan dikumpulkan oleh Alexa.
Sebab yang keduanya ialah kedudukan blog tersebut secara am adalah baik di ranking Global, tetapi rank di Malaysia tidak ada - disebabkan oleh kebanyakkan trafik yang singgah ke blog tersebut bukan dari Malaysia, sehinggakan angkanya sangat kecil dan tidak 'layak' dimasukkan dalam carta ranking Alexa untuk Malaysia.
Persoalan Ketiga
Rank blog pada kedudukan rank Alexa global - tiada. Tetapi rank di Malaysia berada pada kedudukan bawah 500,000. Kenapa?Blog ini hebat sebab seluruh trafik yang terhasil adalah dari Malaysia. Ia mengkhususkan kepada pengunjung dan pembaca dari Malaysia. Isi kandungan blog tersebut memang khas untuk orang Malaysia secara total.
Persoalan Keempat
Rank blog pada kedudukan rank Alexa terdapat dari pelbagai negara, malah ada ranking tertentu untuk negara tertentu. Kenapa?
Ada blog yang tidak ada ranking langsung, kenapa? Salah satu sebabnya ialah blog tersebut tidak berada di dalam database Alexa. Cuba baca Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa
Ada blog atau laman web tak daftar pun dalam Alexa, tetapi ada ranking? Sebabnya ialah kerana trafik blog tersebut terlalu hebat sehingga Alexa tidak boleh tidak, mesti memasukkan ia dalam senarai ranking Alexa ... hoho....
Semoga rakan blogger yang tak berapa nak faham akan lebih faham mengenai Alexa ranking ini, dan bolehlah jadikan ia sebagai salah satu aspek untuk mempromosikan blog dan jadikan ia sebagai satu aspek untuk tujuan mendapatkan job advertorial yang lebih lumayan, in Sha Allah.
Wah terbaiklah entri nie.
BalasPadamBaru faham kenapa dan kenapa..
Baru LeYa faham skrg..tq abg HH atas perkongsian ini
BalasPadamEntri berguna sebagai rujukan ... :)
BalasPadamSebelum ni terkejut gak sbb rank in Malaysia langsg tak muncul. Godek pnye godek lupa nak setting utk Malaysia.
BalasPadamnak kena belajar balik pasal Alexa nih. sbb fyna tengah upkan balik blogfyna.com. dah teruk sangat ranking blogfyna.com.
BalasPadamRanking blog saya menurun di Global tapi di Malaysia menaik, nape ye?
BalasPadamwah.. baru tahu semua ni :D
BalasPadamThanks sharing. Info yang sangat berguna buat blogger :-)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.