Blog dijadikan medan mempromosikan samada produk dan jenama. Ia lebih mudah dicapai di zaman ini memandangkan ramai sudah mempunyai akses internet dan mempunyai gajet-gajet canggih untuk melayari internet. Blog dilayari dan dibaca setiap hari. Malah menerusi enjin carian seperti Google dan Yahoo, entri-entri dari blog sering mendominasi top rank SERP (Search Engine Result Page).
Kekuatan Sebuah Blog Untuk Kempen Pemasaran

- Blog mudah dicapai menerusi enjin carian. Blog yang mesra SEO dapat menguasai ranking dalam carian Google memberikan impak hanya mereka yang berminat dengan produk dan bisnes ditulis itu sahaja akan baca dan menumpukan perhatian.
- Entri review atau advertorial di dalam blog bersifat lebih ikhlas - lebih menampakkan manfaat produk dan bisnes itu daripada menjualnya secara terus (teknik soft sale), berbeza dengan laman web jualan seperti Lazada, Zalora mahupun Ebay. Entri blog menjual manfaat yang ramai cari dan memberikan jalan penyelesaian dengan penulisan penuh ikhlas.
- Blog memberikan sentuhan peribadi dalam sesuatu kempen pemasaran. Ada nilai-nilai kemanusiaan dalam penulisan.
- Blog lebih dekat dengan bakal pembeli atau pelanggan kerana adanya interaksi menerusi ruangan komen yang disediakan. Pelanggan lebih suka membeli sesuatu dari seseorang yang mereka sifatkan mesra dan 'dikenali' mereka - dalam konteks ini - blogger.
- Seorang blogger dikenali kerana mereka suka menulis mengenai sesuatu, dan bukannya menjual sesuatu. Penulisan dengan gaya sendiri, ada sentuhan peribadi, mesra pembaca membuatkan pelanggan rasa selesa - tidak seperti berada di pasaraya di mana ada sahaja 'seseorang' yang memujuk untuk membeli.
- Review atau advertorial yang baik memberikan pilihan kepada pelanggan untuk membuat sesuatu keputusan. Pelanggan yang merupakan pembaca ini suka pada pilihan. Pilihan yang diberikan review terbaik pasti akan menjadikan mereka pembeli kepada produk.
- Pelanggan suka melihat bukti. Jadi blogger yang tunjukkan bukti dalam entri kempen pemasaran selalunya akan memikat pelanggan, apatah lagi seandainya bukti itu adalah dari blogger itu sendiri - blogger itu gunakan produk dan kongsikan manfaatnya.
- Kempen pemasaran menerusi blog lebih tertumpu, lebih personal, lebih intim, lebih ikhlas dan paling utama ia menunjukkan manfaat - dan bukan sekadar menjual.

Blog atau entri berkaitan produk dan bisnes boleh ditulis hari ini, esok mahupun minggu selepasnya dan kesan pemasaran itu kekal dan berpanjangan. Blog juga merupakan kempen pemasaran yang jauh lebih murah, di sebalik kekuatannya boleh merentasi masa dan sempadan negara.
Jika dulu ada masalah bahasa dalam pemasaran, menerusi blog kekangan bahasa itu mudah diselesaikan dengan adanya fungsi seperti Google Translate yang boleh diletakkan di dalam blog.
Baca juga cara mendapatkan blog bisnes secara percuma di sini - Buat dan Bina Blog Perniagaan Percuma
Sekarang, adakah anda nampak bahawa hebatnya blog itu sebagai kempen pemasaran terbaik secara online?
Kredit: Infografik oleh www.researchnow.co.uk
Ziarah siang salam ukhuwah dari INDONESIA.
BalasPadamSalam ziarah juga, terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.
PadamSatu artikel yang menarik. Saya juga mengguna blog untuk perkhidmatan saya. Memang berkesan.
BalasPadamSuka point no 5 :D
BalasPadamSalam bro... ramai yang akui blog kini adalah medium pemasaran yang paling murah, efektif, berkesan dan mesra pelanggan. Review sesuatu produk memberi mereka kepercayaan.
BalasPadamTerima kasih HH
BalasPadamTerima kasih sebab selalu share info2 yang menarik dan berguna untuk panduan blogger yang baru belajar nih... :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.