Buat blogger baru yang telah berjaya mendapatkan dan membuka akaun Komli mungkin mahu tahu cara-cara nak pasang iklan Komli dalam blog terutama sekali blogspot. Bukan semua blogger tahu cara nak pasang iklan Komli, jadi saya sediakan tutorial ringkas ini sebagai panduan.
Cara Pasang Iklan Komli Dalam Blogspot
- Langkah pertama ialah dengan login ke akaun Komli. Untuk blogger Malaysia, pastikan anda login ke akaun Komli yang betul, iaitu Komli Asia.
- Setelah masuk ke dashboard Komli, klik tab ad spot seperti ditunjukkan (1) pada paparan di bawah ini. Anda akan nampak senarai saiz banner yang telah tersedia untuk blog anda. Kebiasaan akan nampak seperti di bawah ini (2).

- Klik mana-mana saiz banner yang disediakan. Jika anda mahu letakkan di sidebar, anda bolehlah pilih banner Komli saiz 300x250 atau 300x600 mengikut kelebaran maksima sidebar blogspot anda. Untuk ketahui saiz-saiz banner dan kedudukan yang sesuai di blog, boleh rujuk entri - Bentuk dan Saiz Banner dalam Blog
- Apabila anda telah memilih atau klik salah satu saiz banner yang disediakan, paparan di bawah akan kelihatan. Ada kod HTML diberikan. Klik dalam kotak tersebut dan select all atau tekan ctrl-A.


- Kod yang telah anda pilih itu, anda copy - tekan ctrl-C, seperti ditunjukkan pada langkah (3) di atas.
- Kemudian, kod yang telah disalin itu anda masukkan ke dalam blogspot anda menerusi add widget - HTML/Javascript. Letakkan atau paste (ctrl-V) kod HTML yang telah disalin tersebut.

Save hasil kerja anda. Siap.
Iklan Komli sudah siap dipasang di dalam blogspot anda. Awal-awal mungkin akan nampak iklan Komli gambar penumbuk, biarkan 2-3 jam baru ok.
Jika tidak keluar apa-apa iklan selain iklan Komli, anda boleh periksa tab report - boleh rujuk pada langkah pertama tadi. Di tab report itu akan tunjukkan banner-banner iklan yang sudah ada dalam sistem Komli. Bukan semua iklan akan dipaparkan, hanya iklan-iklan berkaitan dengan saiz banner yang ada dibenarkan sahaja akan keluar. Ada butang filter disediakan untuk jana report iklan.
Selamat mencuba.
Terima Kasih atas perkongsian yang menarik ini En.Hasrul.. memang banyak membantu dengan perkongsian ini.
BalasPadamterbaik (Y) tutorial ini, semoga menjadi panduan kepada blogger2 yang lain.
BalasPadamJika saya sign up sebagai ahli Komli, adakah saya akan hilang keahlian Nuffnang?
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.