Blog dengan kadar loading 5 saat dianggap lambat oleh Alexa Ranking. Uhh .. dah lama saya tidak menulis mengenai Alexa. Sejak Alexa tendang blog saya jauh ke ranking melepasi 500, saya dah rasa segan nak cerita. Tapi, dalam segan-segan saya itu, saya selidik juga kenapalah rank Alexa jatuh teruk.

Mulanya, saya ingatkan kerana blog saya sudah kekurangan trafik. Almaklumlah dah banyak blog-blog baru muncul yang hebat-hebat penangan trafik mereka. Jadi, saya sedia maklum mengenai perkembangan positif ini. Kebanyakkan blog yang mencanak naik dalam ranking Alexa adalah blog informasi dan juga blog berkaitan gossip selebriti. Memang tak terlawanlah angka trafik yang diperoleh disebabkan rakyat Malaysia suka akan cerita-cerita sebegitu.

Blog Loading 5 Saat Dianggap Lambat - Alexa Ranking

Namun, di sebalik fikir saya itu, saya cuba juga mencari sebab lain. Ini adalah kerana Alexa Ranking sudah tidak seperti dahulu. Ia sudah ambil kira banyak faktor dalam menentukan ranking yang disediakan olehnya.

Lalu saya imbas, kemungkinan besar blog loading saya menjadi salah satu punca kenapa Alexa Ranking meletakkan blog saya jauh jauh .. tidak seperti pada tahun 2014 di mana blog hasrulhassan.com berjaya berada di kelompok trafik rank Alexa bawah 300 di Malaysia.

Alexa mencatatkan blog ini sebagai blog yang sangat lembab dengan kadar loading purata 5 saat. Agak mengecewakan sekali .. patutlah kadar bounce rate dicatatkan Alexa juga tinggi, sekitar 30%. Sebelum ini ada dicatatkan bawah 20%. Apabila loading blog lambat, maka pengunjung akan mudah klik keluar atau pangkah, yang menghasilkan kadar bounce rate yang tinggi. Kadar bouce rate yang tinggi adalah sangat tidak baik untuk sesebuah blog.

Kenapa saya pentingkan kadar loading blog dan rank Alexa? Ini adalah kerana untuk menjadikan blog itu sebagai sebuah mesin wang di internet, sangat perlu memastikan blog mempunyai masa loading yang singkat, yang menurut beberapa pakar SEO perlu berada di bawah 3 saat!

Dan apabila kadar bounce rate lebih daripada 30%, maka bermakna ramai pengunjung tidak berminat untuk membaca entri-entri lain yang ada di dalam blog tersebut. Mereka segera tinggalkan blog selepas membaca samada satu entri atau langsung tidak meneruskan loading blog - iaitu meninggalkan blog dengan tanda pangkah tanpa membaca isi kandungannya.

Jika anda ada blog yang kadar loading lebih 3 saat, maka cepat-cepat lakukan sesuatu supaya ia tidak kekal dengan kadar loading sebegitu, kalau tidak akan terima nasib sepertimana blog saya ini .. huhuhu .. susah oo mau cari makan kalau ada faktor-faktor negatif seperti ini.

Mahu dapat ranking baik, samada di Alexa mahupun di Google, kena pastikan loading blog adalah bawah 3 saat ... itu standard ramai pakar SEO beritahu. Jika lebih, kena lakukan strategi lain agar pengunjung dan pembaca terus melekat di blog .. hoho ...


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah ! blog cn lmbt gak loading ni, nk wat mcm mana ye,dh byk widget dikurangkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dah tak leh nak buat sbb blogspot memang ada kekangan dalam hal ni ..

      Padam
  2. Tulah tengok 5 saat pun kata loading lambat. Takpelah asalkan bole buka kalau connection internet slow

    BalasPadam
  3. Dah cuba optimize kurangkan guna sebarang plugin yang rasa tak berguna sekarang kat blog saya. Bounce rate teruk gak ni, Alexa lagi kelaut la, tak pernah langsung tulis pasal Alexa sebab ramai cakap dah relevan .. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm .. saya suka je nak bercerita mengenai Alexa, walaupun ramai pakar2 SEO dan blogger kata tak relevan, tetapi untuk pengiklan still lihat rank dan kedudukan Alexa itu penting.

      Padam
  4. kalau internet laju..tak terasa sangat tu..lambat loading.

    BalasPadam
  5. manamana nak bagi lagi cepat? ada tips?

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/05/familia-myvi-club-tiba-tiba-jadi-famous.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah pernah tuliskan dan kongsikan beberapa tips berkaitan cara nak cepatkan loading blog .. salah satunya kurangkan guna grafik atau gunakan grafik yang bersaiz pixel rendah.

      Padam
  6. Oh, rupanya macam begitu ya. Kalau macam tu, blog saya masih dianggap ringan lah ni...hehe...

    BalasPadam
  7. aslkm... tenkiu utk maklumat yg dikongsi.. blog sy pun agak lambat utk loading... boleh bantu sifu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, kalau gunakan SEARCH di blog ini boleh jumpa entri-entri berkaitan cara untuk atasi masalah ini.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement