MSMW 2015 telah bermula sejak 21 April dan berakhir pada 25 April 2015. Antara malam kemuncak ialah penganugerahan dan pengiktirafan kepada penggiat laman sosial di Malaysia termasuklah blogger menerusi kategori-kategori tertentu.

Pencarian blog terbaik MSMW 2015 akhirnya muktamad. Blog yang menang adalah hasil undian secara online dan juga pengadilan oleh pihak juri yang telah dilantik.
Senarai Pemenang Anugerah MSMW 2015

Jika anda terlepas membaca entri tersebut, boleh segera klik pautan ini - MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia dan baca pandangan dan pendapat peribadi saya yang tidaklah segah mana. Boleh juga lihat komen-komen dari rakan blogger yang berani bersuara dan menyatakan pandangan.
Ok. Lupakan dulu sentimen ketidakpuashatian itu. In Sha Allah, esok lusa pihak bertanggungjawab pasti akan melihat dan membaca luahan tersebut.
Senarai Blog Menang World Bloggers and Social Media Awards 2015
Sekarang mari lihat senarai pemenang anugerah World Bloggers and Social Media Awards MSMW 2015 ini. Siapakah blogger yang bertuah itu, dan adakah anda merupakan salah seorang pembaca setia blog mereka?- Best Foodie Blog - www.squallcuisine.com
- Best News Blog - cgkaunseling.blogspot.com
- Best Gadget and Technology Blog - www.ohsem.me
- Best Gossip and Entertainment Blog - www.spinorbinmusic.com
- Best Lifestyle Blog - www.akupenghibur.com
- Best Comics Blog - tiada pemenang
- Best Photography Blog - tarmizishukri.com
- Best Shopping Blog - www.telekung.com.my
- Best Sports Blog - www.motorsportroom.my
- Best Travel Blog - timetravelafif.blogspot.com
Anugerah-anugerah telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.
Tahniah daripada saya terutama rakan-rakan blogger yang berjaya tampil menang dua tahun berturut-turut dalam MSMW 2015, iaitu Mohd Izahar Sabtu (Achik) untuk blog akupenghibur.com dan juga saudara Afif untuk blog timetravelafif.blogspot.com.
![]() |
Achik - Pemenang Best Lifestyle Blog - Memang Style Menang 2 Kali! |
Saya tumpang gembira sebab mereka adalah antara blogger blogspot yang berjaya dan mendapat tempat di hati ramai, memandangkan proses pemilihan pemenang melibatkan undian dan juri.
Tahniah juga untuk blogger Melastik Bintang yang menang anugerah menerusi blog sukan - motorsportroom.my. Tahniah juga kepada Team Denaihati, yang menjadi rakan strategik untuk MSMW 2015 kali ini.
Saya juga nak berterima kasih kepada Achik kerana update mengenai keputusan anugerah di MSMW 2015 ini.
Seronok dapat anugerah. Tentu lebih seronok andai ada hadiah-hadiah iringan macam iPhone 7 ke, Samsung 8 ke .. hehehe...
Syabas buat semua.
24 Comments
wah..thniah pd sume
ReplyDeletePerghh tahniah untuk acik!!! Tahniah untuk blogger yang lain...
ReplyDeleteMantap ooo dua kali menang gitu
DeleteTahniah untuk acik... dan para pemenang lain jugak.
ReplyDeleteTapi, semua yang tercalon memang terbaik.
Kenapa tahun ni tak ada kategori blog automotif terbaik? Saya sempat menang kategori blog automotif terbaik dalam MSMW 2013 yang lalu..
ReplyDeleteEntahlah ... mungkin nak cari kelainan kot .. memang tetap 11 kategori cuma bezanya ada kategori diwujudkan dan tidak
Deletetahniah kpd semua pemenang! korang memang layak
ReplyDeleteTahniah kepada semua pemenang :)
ReplyDeletePembetulan sikit... motorsportroom.my bro HH... :)
ReplyDeleteOk. Dah diperbetulkan dah ..
DeleteTahniah kepada semua pemenang......
ReplyDeleteTahniah kpd semua pemenang. Moga dunia blogger semakin maju di masa akn datang
ReplyDeletemereka memang hebat. Ada blog yang tak pernah jengok dan tak pernah dengar juga.... nampaknya saya semakin ketinggalan dalam dunia blogging nie..
ReplyDeleteYa betul. Ada kemunculan baru walaupun blog sebenarnya dah lama wujud.
DeleteTahniah buat semua pemenang. Memang ada blog yang saya ikut, namun banyak blog yang saya tidak pernah dengar. Aduhai, aku pun ketinggalan juga ni.
ReplyDeleteTahniah buat semua yg menang.
ReplyDeletetahniah kepada pemenang..
ReplyDeletetahniah pada semua pemenang. tumpang seronok dgn pemenang2 yg kita kenali....
ReplyDeleteYa betul tu .. seronok tgk orang yang kita kenal berjaya .. alhamdulillah.
DeleteTahniah untuk acik!!! Tahniah untuk blogger yang lain jugakkkkk
ReplyDeleteSyabas dah tahniah kepada para pemenang...
ReplyDeleteBuat para pengalah usah risau...tak menang bukan kata tak popular...rezeki pastinya ada dimana-mana... :)
Tahniah semua yang menang.
ReplyDeletetahniah le kepada semua yang menang..comic blog tu heran gak aku takde yang menang..:D
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang :-). Moga terus sukes.
ReplyDeleteKomen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.