Dah terlanjur mencari informasi mengenai perkhidmatan ETS Intercity dari KL ke Butterworth, maka saya terbaca mengenai permohonan kad diskaun KTMB i-Card Intercity 2015 untuk pelajar. Rupanya kad diskaun dari KTM ini sudah ada harga baru disebabkan GST, manakala kad KTM i-Card Youth telah dimansuhkan pada 17 Mac 2015.
Permohonan Kad Diskaun KTMB i-Card 2015

Permohonan kad diskaun KTMB i-Card Student untuk tahun 2015 boleh dilakukan dengan menggunakan borang yang boleh dimuat-turun secara online di pautan berikut:

[Update] Borang Permohonan Kad Diskaun KTMB i-Card
Bagi pelajar yang ingin mendapatkan KTMB i-Card ini sila muat turun lampiran borang permohonan dan surat pengesahan di atas. Anda dikehendaki melengkapkan semua maklumat berkenaan dan kemudian membuat pembayaran di kaunter penyerahan borang. Sila pastikan pemohon menerima resit pembayaran dan simpan sebagai bukti pembayaran.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke stesen yang dinyatakan (seperti jadual di bawah). Kad-kad yang telah siap di proses akan dihantar ke stesen mengikut pilihan pemohon dan makluman berkenaan status kad tersebut akan dimaklumkan melalui telefon atau email.
Yuran Tahunan KTMB i-Card Student 2015
Yuran tahunan untuk KTMB i-Card Student akan dikenakan caj sebanyak 6% untuk Good & Service Tax (GST) berkuatkuasa pada 1 April 2015, menjadikan harga yuran tahuan bagi KTMB i-Card Student adalah RM31.80.

nice sharing
BalasPadamgreat ala dah x student da
BalasPadamwahhh bagus ni bagus...
BalasPadamAda gst?
BalasPadamtrbaik. tq shared!
BalasPadamSemua dimansuhkan.subsidi dimansuhkan. Rakyat sengsara.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.