Ada blogger baru bertanya kepada saya, "Bagaimana nak tahu komen ditinggalkan di dalam entri blog?". Ok, mungkin ada ramai blogger baru yang tidak tahu untuk melakukan setting blogspot bagi mengetahui cara mudah samada ada komen ditinggalkan di dalam blog. Entri kali ini, saya akan kongsikan cara-cara untuk setting blogspot bagi mengetahui samada ada entri anda ada komen ditinggalkan atau tidak.

Mudah sahaja setting yang perlu dilakukan.

Menerusi setting ini, setiap komen yang ditinggalkan di dalam entri akan diberitahu menerusi email anda. Dengan cara ini, anda boleh terus membalas email yang ditinggalkan. Ia juga salah satu cara untuk control ruangan komen blogspot anda dari dicemari dengan link-link atau pautan berbentuk spam yang menjurus kepada pengiklanan 'percuma' yang adakala boleh mencuri trafik blog anda tanpa disedari.

Cara Ketahui Komen Ditinggalkan Dalam Entri

Cuba lihat print screen email saya di bawah ini. Setiap komen yang masuk ke dalam blog saya akan diberitahu oleh sistem dalam blogspot. Mana-mana komen yang dianggap sebagai satu komen spam oleh sistem blogspot (blogger.com) akan tertera samada saya mahu terbitkan atau padam.

Cara Ketahui Komen Ditinggalkan Dalam Entri
Selalunya jika blogspot detect bahawa komen ditinggalkan itu berbentuk spam, satu email seperti di bawah akan dihantar kepada pemilik blog - berdasarkan alamat email yang pemilik blog set di dalam paparan dashboard (saya akan ceritakan di akhir entri).

Pemilik Blog Diberitahui Mengenai Kemungkinan Komen Berbentuk SPAM Ditinggalkan

Cara Ketahui Komen Ditinggalkan Dalam Entri
Apabila komen berbentuk spam disyaki, sistem blogspot akan meminta anda samada mahu publish, delete atau mark as spam. Bagi saya, jika dah baca kandungan komen seperti di atas, sudah pasti saya akan klik delete, tanpa perlu mengasingkan komen ini dalam folder spam blogspot saya.

Jika terlalu banyak komen spam yang masuk ke dalam blog, anda boleh klik Moderate comments for this blog untuk tujuan delete secara berjemaah .. hoho.

Tatacara Untuk Setting Komen Ditinggalkan Dalam Entri

Ok. Bagaimana nak buat setting bagi ketahui komen ditinggalkan dalam entri blog? Ikuti tatacara mudah di bawah ini.

  1. Buka dashboard blogspot anda, dan pilih bahagian Settings - Mobile and email
  2. Pada ruangan Email - Comment Notification Email, masukkan alamat email anda (tidak semestinya sama dengan login id ke blogspot). Anda boleh memasukkan seberapa banyak email yang anda mahukan. Jika blog anda ada admin atau moderator lain - khususnya untuk blog yang dikongsi, anda boleh letakkan email admin tersebut bagi menguruskan komen yang ditinggalkan di dalam blog.
Cara Ketahui Komen Ditinggalkan Dalam Entri
Cara Ketahui Komen Ditinggalkan Dalam Entri
Save setting blogspot anda. Nah .. sekarang blogspot anda sudah dilengkapi sistem di mana setiap kali komen ditinggalkan, maka setiap kali itulah anda akan diberitahu menerusi email yang telah anda masukkan tadi.
Saya harap entri ini jelas untuk bantu mana-mana blogger blogspot yang tidak tahu cara untuk ketahui samada blog atau entri ditinggalkan komen atau tidak. Dengan ini mudahlah interaksi secara lansung dilakukan, menjadikan blog anda hidup dan lebih banyak komen dapat dijana di dalam entri.

Semoga bermanfaat.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tapi jenuh nak padam email lepas tu hehehhe... cuma senang la kan sebab boleh tgk dr email sahaja...

    BalasPadam
  2. sangat bermanfaat bro HH :).. terima kasih

    BalasPadam
  3. Kadang kadang susah juga nak mencari bahagian setting ni, kena tanya Google dulu barulah jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Harap apa yang saya tulis ni muncullah di Google nanti .. :P

      Padam
  4. harr ni la Unni cr.. mcmn nk tau org komen kat entry..ty abg hassan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement