Alhamdulillah, sehingga ke saat entri ini ditulis, ramai pengiklan sama telah ulang mendapatkan servis perkhidmatan menulis advertorial daripada saya. Bayaran yang diberikan pula memang cukup lumayan.

Ada dua cara pengiklan menghubungi dan mendapatkan khidmat penulisan advertorial daripada saya. Satu menerusi ruangan contact me yang disediakan di blog ini, dan cara kedua adalah menerusi platform Advertorial.MY.
Satu perkara penting yang saya telah belajar berkaitan memberikan servis menulis advertorial terbaik ialah - menjalinkan hubungan antara blogger dengan pengiklan. Saya pernah ceritakan tips ini menerusi satu entri lain, yang mana saya telah menggunakan Advertorial.MY sebagai satu landasan untuk saya mempunyai senarai pengiklan seluruh Malaysia yang berminat dengan perkhidmatan penulisan advertorial. Ia juga membolehkan saya berkongsi rezeki dengan beberapa blogger lain yang juga memberikan servis yang sama.

Ok.
2 Tips Penting Hasilkan Entri Advertorial Terbaik
Berbalik kepada tips menghasilkan sebuah entri berbentuk advertorial terbaik. Apakah tips yang boleh menjadikan sebuah entri advertorial itu disenangi pengiklan, yang membuatkan mereka terus terusan mendapatkan khidmat blogger untuk melariskan jenama dan produk mereka?Ada dua perkara penting.
Pemasaran dan Copy Writing.
Dah baca mengenai Copy Writer? Saya ada ceritakan di sini - Blogger perlu jadi seorang copywriter yang handal.
Sebagai seorang yang mahu bantu usahawan untuk melariskan produk mereka, dan memperkenalkan jenama mereka kepada pengunjung dan pembaca blog, anda seharusnya tahu mengenai teknik-teknik pemasaran, terutama sekali teknik pemasaran online.
Saya bukanlah pakar bab tu, tetapi saya telah mendapatkan dan mempelajari mengenainya. Setiap hari saya belajar mengenai pemasaran online dan juga teknik copy writing. Ada beberapa perkara penting untuk hasilkan advertorial terbaik, antaranya:
- Teknik menulis tajuk entri.
- Cara mengolah ayat memaksa memujuk kepada ayat simpati.
- Teknik emosi perasaan sehingga membuatkan pelanggan rela bayar harga mahal.
- Teknik menulis yang boleh menghasilkan income.
- Tips membuatkan pelanggan teruja.
Dan macam-macam lagi.
Aqif Azizan adalah guru saya. Menerusi ebook Panduan Menjadi Penulis Bebas, saya belajar banyak mengenai pemasaran dan juga teknik copy writing. Anda juga seharusnya melakukan perkara yang sama!
Mahu belajar dan dapatkan ilmu ini? Info lebih lanjut di sini - Rahsia Penulis
Dua jalinan teknik pemasaran dan teknik menulis inilah yang selama ini saya gunakan supaya blog menjana income setiap bulan. Ditambah pula ilmu SEO yang seharusnya blogger baca Kitab SEO Merah Jambu, dan juga teknik Adsense untuk hasilkan income daripada sumber seperti program affiliate.
Dah ada pengetahuan dan ilmu tersebut, pastikan anda gunakan setiap hari samada di blog, di laman sosial malah di dunia realiti sekalipun.
drastik sungguh Aqif skang ni..memang banyak ilmu ada pada dia..masa SBB2014 aritu pun dia ada, tapi dia balik awal kalau perasan..:D
BalasPadamOhh ye ke? tak perasan pulak dia ada datang masa SBB2014 hari tu ... tapi tips dia memang best betul
PadamTerima kasih sifu untuk perkongsian tipsnya.
BalasPadambro hasrul anak murid aqif azizan... kita semua ni pula anak murid Hasrul Hassan ;)
BalasPadamOh begitu caranya nak jadi penulis review produk di blog yang hebat (advertorial). semoga rezeki jadi penulis terus hebat buat tuan HH.
BalasPadamJom baca entri berkaitan:
Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Haha. In Sha Allah, janji kena selalu praktik .. kalau tak ... masuk angin keluar asap la jawabnya
Padamsaya pun banyak belajar dari blog tuan HH ni, dan sehingga sekarang telah berjaya hasilkan review yang dipercayai pembaca utk bekerjasama dlm pemasaran produk mereka..Alhamdulillah:)
BalasPadamAlhamdulillah. Saya suka mendengar komen berbentuk testimonial macam ni ...
PadamKena join class die jgk la mcm ni..huhu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.