Template blogspot Parallax percuma. Trend terkini untuk rekabentuk blogspot (blogger.com) pada tahun 2015. Ramai blogger antarabangsa yang sudah bertukar kepada rekabentuk blog dinamakan Parallax. Dan saya melihat juga peningkatan bilangan blogger Malaysia yang telah bertukar kepada template rekabentuk terkini 2015.

Tempate atau rekabentuk Parallax ini sudah pun 'menakluk' ramai blogger Wordpress. Ia sangat responsif dan ringan. Ia menjadi pilihan kerana ada beberapa kelebihan yang tidak terdapat pada template blog biasa.

Template Blogspot Rekabentuk Parallax Percuma

Alhamdulillah, saya telah menemui dua template percuma rekabentuk terkini Parallax ini yang boleh digunapakai untuk mana-mana blogger blogspot yang mahu mencuba. Antara ciri terpenting template blogspot Parallax ini ialah merupakan paparan satu muka yang boleh memuatkan beberapa fungsi menarik termasuklah gambar HD yang tetap, yang menjadikan latar blog lebih menarik.

Ia sangat sesuai kepada blogger yang mahu tampil dengan portfolio atau kategori tertentu. Template Parallax membolehkan sesebuah blog itu tampilkan entri-entri lebih khusus bersandarkan kepada portfolio atau kategori.

Saya sangat syorkan kepada blogger yang mahu pergi lebih jauh, dan nampak profesional di dalam persembahan entri-entri terbaik blognya. Ia juga sebuah template yang sangat baik untuk penjenamaan diri blogger dan blog termasuk juga untuk perniagaan dan network.

Saya akan kongsikan dua template blogspot rekabentuk Parallax yang boleh anda muat turun percuma dan digunakan.

Template Blogspot Parallax - Boardmag

Template Blogspot Parallax Percuma
Demo untuk template ini boleh anda lihat di sini - http://boardmag.blogspot.com
Untuk muat turun template percuma Boardmag - Free Blogspot Parallax Template - Boardmag 
Template Blogspot Parallax Percuma

Template Blogspot Parallax - Magcro


Template Blogspot Parallax Percuma

Demo untuk template ini boleh anda lihat di sini - http://magcro.blogspot.com
Untuk muat turun template percuma Magcro - Free Blogspot Parallax Template - Magcro

Selamat mencuba.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pening juga kepala nak pilih yang mana satu template terbaik punya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Template berubah2 ikut trend, dan ia semakin lebih baik daripada versi terdahulu.

      Padam
  2. Macam tak sesuai je dengan konsep blog.. Mungkin belum menjiwai sepenuhnya konsep paralax kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak naikkan jenama, atau jadikan blog lebih kepada blog yang buat duit, template ini sesuai.

      Padam
  3. bestnya dua-dua template ni, thanks bro HH sebab share!

    BalasPadam
  4. Sudah ada versi blogspot. Beri kelebihan kepada yang suka browse mengunakan mobile phone dan tablet. Pengguna desktop pun boleh manfaatkannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Banyak blog yang BUAT DUIT mula gunakan template ini sekarang ... :)

      Padam
  5. Boleh dicuba. Cuma rasanya agak berat kalau talian internet tak laju kan. Siapa yang dah cuba template ni boleh kongsi pendapat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak. Template ini ringan .. ianya minimalist ... sbb semuanya dalam satu page dan hanya akan keluar bila kita scroll ke bawah.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement