Kadar 6% cukai ini dianggap rendah berbanding dengan sistem cukai yang lama di mana pengguna terpaksa membayar sebanyak 16% ke atas cukai.
Senarai Barang Tidak Dikenakan GST 1 April 2015

Senarai barang yang tidak dikenakan GST mulai 1 April 2015 ialah:
- Semua jenis bahan bacaan - kamus, buku latihan, buku rujukan, buku teks, buku agama, buku bergambar, buku lukisan termasuk surat khabar.
- 4,215 jenama ubat-ubatan meliputi semua dos dan kaedah pengambilan
- Yuran penyelenggaraan dan sinking fund meliputi semua jenis bangunan kediaman yang dipegang di bawah hak milik strata.
- Perkhidmatan pendidikan termasuk pendidikan kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang diluluskan dan ditauliahkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
- Perkhidmatan jagaan kesihatan oleh hospital, klinik, pusat rawatan dialisis dan seumpanya
- 120 jenis peralatan perubatan yang dibeli oleh hospital, klinik atau mana-mana kemudahaan jagaan kesihatan swasta.
- Susu formula bayi di bawah umur 36 bulan
- Semua jenis beras dan gula
Saya harap lebih banyak senarai barang dan servis yang tidak dikenakan GST mulai 1 April 2015 diumumkan oleh kerajaan. Ramai yang mahu tahu dan clear tentang apa yang kena GST, dan apa yang tidak dikenakan GST.
GST adalah sesuatu perkara yang sangat baru untuk rakyat Malaysia, maka sangat penting penyampaian mengenai kebaikan dan keburukan GST diberikan secara telus dan jujur, tak ada selindung-selindung supaya semua orang faham dan rakyat seperti saya akan dapat merancang kewangan serta perbelanjaan dengan lebih baik dan berhemah.
Anda juga boleh baca - Senarai Lebih 300 Barangan Runcit yang Tidak Dikenakan GST dan Dikenakan GST Mulai 1 April 2015
Boleh juga download dan baca senarai lengkap barang dan produk barangan pengguna yang dikenakan GST.
15 Comments
Tulah..kalau ada penenrangan yang lengkap tentu semua pengguna tak konfius kan
ReplyDeleteYuran pengajian pn kena GST... :(
DeleteKerajaan tidak menerangkan dengan langsung kepada rakyat sebelum melaksanakannya
ReplyDeleteermmmmmmmmmmmm
ReplyDeletebaru tahu barang ape yang tidak kenakan gst..bagus...
ReplyDeletebanyak yang tidak jelas... tentu sukar bagi rakyat marhaen nak memahami isu gst...
ReplyDeletesekarang ni... dalam seminggu dua ni dah terasa kesan kenaikan harga barang. peritnyer rasa...
ReplyDeletepanadol pun ada perbezaan GST...menurut rakan yang bekerja di farmasi. jika beli 10 tiada GST tetapi jika beli bnayak kena GST
ReplyDeletememang berguna info-info yang macam ini, baru lah pengguna tidak akan mudah di tipu nanti...
ReplyDeleteHarap entri panduan ini dapat viral.
DeleteWah..Bagus list ni..
ReplyDeleteBleh buat rujukan.
Anyway, Happy GSTing Malaysians.
http://www.youtube.com/watch?v=X07ddQ5G-Fs
topup pn dikenakn gst x?
ReplyDeleteTop up menerusi pihak ketiga tertakluk dengan GST.
DeleteMakin kempis poket disebabkan gst ni :(
ReplyDeleteHarap ada list detail ubatan dikeluarkan yg x kena gst...jenis n kategori skali..
ReplyDeleteKomen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com