Sebenarnya, kalau ikutkan, tidaklah susah mana untuk memulakan bisnes online. Anda boleh memulakan bisnes online ini daripada banyak platform, antaranya ialah blog, facebook, twitter mahupun trend terbaru bisnes online menerusi platform instagram. Malah, di luar negara, ramai usahawan yang telah beralih kepada platform pinterest untuk bisnes online mereka.
Panduan Memulakan Bisnes Online
Seandainya anda mahu memulakan langkah untuk berniaga dan bisnes secara online, perkara utama ialah mempunyai laman web yang boleh memasarkan produk dan barangan yang dijual. Di dalam laman web tersebut mestilah ada ciri-ciri sebuah kedai maya. Berbeza dengan blog niaga, laman web perniagaan lebih bersifat teknikal yang membolehkan ia melakukan transaksi jual-beli secara automatik tanpa memerlukan kehadiran pemilik bisnes di depan komputer.
- Butiran atau spesifikasi produk
- Harga produk
- Gambar produk
- Cara pembelian
- Cara penghantaran
- Shopping cart
- Alamat perniagaan
- Pendaftaran perniagaan (SSM)
- Review produk
- Autoresponder
Semua ini merupakan benda-benda penting dan perlu ada. Ia mungkin bersifat teknikal tetapi menyediakannya di dalam sebuah laman web bisnes online merupakan satu kelebihan yang ketara. Cuba lihat contoh laman web bisnes online seperti Lazada dan Zalora. Segala perkara-perkara di atas memang ada di dalam laman web mereka.
Jadi, bagaimana mahu menghasilkan sebuah laman web bisnes online yang bagus? Menerusi Panduan Bisnes Online, usahawan-usahawan yang mahu beralih dari perniagaan konvensional boleh memulakan langkah untuk menjadikan bisnes sedia ada sebagai sebuah bisnes online.

- Cara dapatkan laman web bisnes online.
- Cara daftarkan nama domain untuk bisnes online.
- Bagaimana nak dapatkan hosting untuk laman web perniagaan.
- Cara bina laman web untuk download produk digital.
- Cara nak memasang borang tempahan.
- Bagaimana nak follow up dengan bakal pelanggan dan pembeli untuk proses pembelian berulang.
- Tips untuk hasilkan grafik menarik menggunakan perisian percuma.
- Bagaimana nak rekabentuk laman web bisnes online supaya nampak menarik.
- Tips untuk mendapatkan trafik daripada enjin carian.
- Cara nak bina shopping-cart sendiri untuk bisnes online.
Ya, memang ada jalan pintas dan mudah untuk memiliki sebuah laman web bisnes online seperti yang pernah saya beritahu menerusi entri Buat dan Bina Blog Perniagaan Sendiri tetapi jika anda ada masa dan iltizam untuk belajar, maka Panduan Bisnes Online ini sangat membantu.
Selamat maju jaya dalam bisnes online anda.
great :)
ReplyDeletememang artikel yang bagus..bookmark now...
ReplyDeleteNak berniaga perlu kesungguhan..kalau macam cik akak nie.....segan satu hal..haha..maka tak laris lah bisnes
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**