Mana hilangnya MH370? Jika dikatakan terhempas, mana bangkainya? Jika anak kapal dan penumpang terkorban, mana jenazahnya? Banyak tanda tanya yang sebenarnya masih tidak terjawab.
Mengingati MH370 Setelah Setahun
Semua persoalan ini hanya akan terjawab bila jumpanya 3 perkara paling penting dalam kehilangan MH370 iaitu bangkai pesawat MH370, mayat anak kapal dan penumpang serta akhir sekali kotak hitam yang merekodkan apa yang berlaku pada pesawat malang ini dari segi teknikal.Tiga perkara ini masih belum ditemui, justeru itu apa yang sebenarnya berlaku pada MH370 tidak dapat dipastikan dengan sebenar-benarnya.
Informasi Terkini Mengenai MH370
Pelbagai teori dan andaian telah muncul, malah disebar luas menerusi media massa, media alternatif serta laman sosial. Namun, semuanya itu hanyalah andaian yang tidak ada satu pun yang benar-benar mempunyai bukti yang konkrit lagi sahih. Segalanya masih kabur antara teori dan hakikat kehilangan MH370.Sehingga kini, baik keluarga mangsa tragedi MH370 mahupun dunia masih lagi mencari informasi terkini mengenai MH370.
Pihak yang terlibat dalam pencarian bangkai pesawat MH370, masih mempercayai bahawa pesawat malang ini hilang di selatan Lautan Hindi; bersandarkan kepada bukti-bukti teknikal yang telah dikumpul dan diperolehi menerusi radar, simulasi dan pengalaman beberapa pakar penerbangan.
Sehingga entri ini ditulis, pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi telah merangkumi 40 peratus daripada 60,000 km persegi kawasan pencarian; dan kira-kira 208,000 km persegi dari Lautan Hindi telah dipetakan.
Pihak kerajaan Malaysia menegaskan bahawa tiada sebarang informasi yang disembunyikan kepada pengetahuan umum, malah pada 8 Mac 2015, satu laporan interim mengenai tragedi ini telah dikeluarkan sebagai bukti bahawa segala usaha pencarian MH370 adalah telus dan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
Pihak kerajaan Malaysia juga menerusi Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan Factual Information - Safety Investigation of MH370 untuk merujuk kepada prosedur penyiasatan yang dilakukan untuk menentukan kehilangan MH370, yang akhirnya menjurus kepada deklarasi yang telah dibuat pada 29 Januari 2015.
Download Interim Statement of MH370
Download Factual Information - Safety Investigation of MH370
Kami Sentiasa Mendoakan MH370

Saya dan keluarga akan terus ingat tragedi malang ini. Dan setiap kali kami melihat lambang Wau Bulan di awan biru, pasti kami akan mengingati apa yang telah berlaku kepada MH370.
Al fatihah.
dalam kenangan
BalasPadamMisteri yang masih belum terjawab...
BalasPadamDoa kami buat kalian - MH370 Setahun Sudah Berlalu
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.