Oren bukan berkaitan dengan pasukan pilihan saya semasa Piala Dunia FIFA2014. Ia tidak berkaitan. Sebenarnya warna oren saya gunakan semasa nak menjenamakan blog ini menjadi sebuah blog panduan untuk blogger blogspot.
Kenapa Pilih Oren Untuk Blog?

Maka, saya kemudiannya menciptakan satu logo untuk blog ini. Saya pernah beritahu, salah satu cara untuk memudahkan penjenamaan dan promosi blog samada secara online dan offline ialah menerusi logo. Logo boleh tempek di dalam kad bisnes, pada pelekat kenderaan, pada banner dan macam-macam lagi ikut kreativiti masing-masing.
Strategi Membawa Tuah
Lepas seketika, saya fikir warna oren telah berjaya membawa blog ini dikenali. Alhamdulilah, satu strategi yang tidak sangka membawa tuah kepada blog ini.Dan, sementelaah mencari ilmu mengenai kesan warna blog kepada pembaca dan pengunjung; saya telah terbaca satu entri ditulis oleh seorang pakar SEO daripada India. Saya lupa nama dia, rasanya ada bunyi-bunyi Patel .. hehehe. Blogger ini pernah mengatakan bahawa warna boleh memberikan kesan kekal kepada pengunjung blog.
Kesan Warna Terang Seperti Oren
Warna yang dimaksudkan ialah warna-warna terang contohnya oren, biru terang, merah, merah jambu, hijau lumut dan banyak lagi. Warna ini adalah warna-warna yang nampak kontra pada pandangan biasa mata pengunjung tetapi pada masa yang sama ianya menarik.
Namun, bila diperiksa isi kandungan gerobok buruk di rumah saya, banyak warna yang ada adalah hitam dan putih, tetapi baju warna oren, kuning, hijau adalah baju paling kerap saya pakai - sehingga ia jadi lusuh walaupun baru enam bulan dibeli hasil duit blogging.
Nah. Dah dapat jawapan kenapa dan mengapa memilih oren. Saya harap anda dapat serap beberapa tips berkaitan blogging di dalam entri ini.
Chaiyok.
saya pun oren juga.....walaupun sakit mata tengok tapi saya cabar diri untuk kekal warna oren sejak dari memula beblog sampai sekarang ni. oren dan saya berpisah tiada...haaaa....gituuuuuuu....hihihi
ReplyDeleteyeahh .. geng oren memang kaki ambil gambar .. hahahaa
Deletebest ek oren
ReplyDeleteOhh mestilah best .. hahahaa
DeleteWarna oren memang terbaik :)
ReplyDeleteKalau hyperactive ni, doctor mesti tak sarankan warna oren ni. hehehe
ReplyDeleteOhh ye ke .. saya tak tahu pulak tu
Deleteoren memang cantik..ada aura tersendiri . :)
ReplyDeleteAir oren pun sedap diminum time2 panas terik ni .. hehehe
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**