Jangan hadiri sebarang seminar jika anda fikir ia tidak berbaloi dengan wang anda! Ini merupakan satu peringatan yang sebenarnya telah merubah hidup seseorang. Siapa? Ramai. Ada ramai individu yang telah berjaya kerana memikirkan soal samada berbaloi atau tidak hadiri seminar yang yurannya adalah sama dengan duit makan gaji selama 3-4 bulan.

Ok. Saya nak kongsikan satu kisah. Kisah mengenai seorang lelaki bernama Anthony Robbins. Siapa dia Anthony Robbins ini? Bab tu anda boleh cari menerusi Google, ada banyak cerita mengenai lelaki ini yang dulunya adalah seorang pencuci bangunan.

Dulu pencuci bangunan, tetapi sekarang ... haa .... bukan calang-calang orang.

Pencuci Bangunan Yang Kini Kaya dan Berjaya


Tahukah anda bahawa Anthony Robbins adalah antara individu yang telah berjaya kerana dihamburkan dengan kata-kata di atas - "Jangan Pergi Seminar Jika Fikir Tidak Berbaloi Dengan Wang Anda!".

Satu waktu dahulu, Anthony Robbins adalah individu yang bergaji kecil. Seperti mana anda, saya dan ramai lagi, Anthony Robbins juga mempunyai impian untuk menjadi kaya dan berjaya. Ketika itu, impian paling utamanya ialah untuk punyai duit lebihan supaya dapat selesaikan semua masalah kewangannya.

Peluang Untuk Bertanya ...

Pada suatu hari, Anthony Robbins ini telah mendapat peluang untuk berhadapan dan bertanyakan satu soalan kepada seorang usahawan agen hartanah yang telah bebas beban kewangan kerana membeli, membaiki dan menjual hartanah di Southern California. Nama lelaki tersebut ialah Jim Hannah.

Ketika ada peluang untuk bercakap dengan Jim Hannah, Anthony Robbins cepat-cepat bertanya soalan ini - "Bagaimana tuan mengubah kehidupan menjadi sangat berjaya dalam masa yang singkat?"

Tahu apa jawapan si Jim Hannah ini?

"Saya berubah selepas menghadiri seminar yang dikendalikan oleh seorang lelaki yang bernama Jim Rohn." kata Jim Hannah pada Anthony Robbins.

Selepas mendengar jawapan itu, Anthony Robbins mengajukan soalan kedua;

"Seminar itu apa?"

Maka, Jim Hannah pun ceritakan apa maksud seminar itu pada Anthony Robbins yang begitu naif tidak tahu mengenai apa itu seminar. Selepas dengar dan faham serba sedikit mengenai seminar yang diterangkan oleh Jim Hannah, Anthony Robbins rasa teruja dan ingin melakukan perkara yang sama sepertimana dilakukan oleh Jim Hannah. Dia mahu berjaya dan bebas dari beban kewangan.

Anthony Robbins yang sangat teruja dengan seminar itu pun cepat-cepat bertanya tentang bayaran untuk ke seminar tersebut.

Jim Hannah berkata, "Hanya USD35."

Bayaran Seminar Jadikan Teragak Membuat Pilihan

Terkejut. Itu yang berlaku pada diri Anthony Robbins selepas beliau dengar harga yang disebutkan oleh Jim Hannah. Mana tidaknya. Gaji mingguan beliau hanya USD40 sebagai pencuci bangunan. Jadi Anthon Robbins bertanya samada Jim Hannah boleh bantu beliau untuk menyertai seminar itu, atau dengan kata lain Jim Hannah sponsor belia untuk ke seminar tersebut.

Apa respon Jim Hannah?
"Boleh. Tiada masalah. Tetapi saya tidak akan bayar untuk awak. Jika saya bayarkan, awak tidak akan hargai nilai ilmu dalam seminar itu nanti."

Ketika Anthony Robbins masih berkira-kira mahu mengeluarkan duitnya untuk membayar yuran seminar itu, Jim Hannah sempat mencelah,

"Kalau awak rasa duit yang awak ada itu tidak berbaloi digunakan untuk dapatkan ilmu, maka jangan pergi."

Jangan Pergi Seminar Jika Fikir Tidak Berbaloi Dengan Wang Anda!
..

Mengubah Diri Hanya Dengan USD35

Keputusan Anthony Robbins selepas itu telah mengubah hidupnya seratus peratus. Hanya USD35, lelaki ini telah menjadi antara individu yang telah menjadi mentor kepada ramai yang mahu mengubah diri sendiri kepada yang lebih baik.

Bagaimana dengan anda? Sanggupkah anda melabur untuk ilmu?

Cara Cepat Ubah Hidup atau Bisnes

Cara paling cepat untuk mengubah hidup atau bisnes adalah mempunyai ilmu. Elakkan daripada menganggap yuran seminar itu satu kos yang membebankan. Anggap ia sebagai satu pelaburan yang berkemungkinan besar dapat membantu kita mencapai kebebasan dan impian.

Jika anda fikir duit yang ada di tangan itu lebih penting untuk beli gajet mahal, pergi shopping ke Bandung atau makan angin di tempat-tempat mahal, maka ...

Jangan Pergi Seminar Jika Fikir Tidak Berbaloi Dengan Wang Anda!

Biarkan orang lain merebut peluang itu supaya mereka dapat bebas dari belenggu kewangan dan kesempitan. Kerana peluang itu datang bukan selalu, ianya hadir apabila diri kita sedang berhadapan dengan pilihan yang kita rasa susah nak dibuat.


p.s: Saya pernah pergi beberapa seminar, pelaburan tak banyak mana, tetapi masa, tenaga, dan wang ringgit memang kena keluarkan. Hasilnya adalah apa yang anda nampak sekarang.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. jangan pernah ragu dengan ilmu

    BalasPadam
  2. Ia menjadi ragu apabila kita tidak bersedia untuk hadir ke seminar itu, persediaan kita cuma sekadar untuk tahu, bukan untuk lebih tahu, apatah lagi untuk lebih tahu dengan lebih banyak. Kadang-kadang kita melihat bayaran yang murah sebagai kualiti seminar yang rendah, padahal kita tak tahu apa-apa pun sebelum hadir ke seminar. - Lumrah sikap sesetengah manusia.

    BalasPadam
  3. apa yang anda tanamkan pasti anda dapat menuainya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement