Google Code akan ditutup. Saya baru sahaja terima satu email daripada pihak Google mengatakan bahawa projek open-source atau sumber terbuka menerusi Google Code akan ditutup. Satu pemberitahuan yang perlu saya war-warkan kerana kebanyakkan blogger blogspot menggunakan sumber terbuka dari Google Code.

Kepada rakan-rakan blogger blogspot, anda dikehendaki semak kod-kod terutama sekali kod javascript (*.js) di dalam blogspot anda, ini termasuklah dengan kod widget yang anda letakkan di sidebar blog. Ada beberapa widget yang dikenal-pasti menggunakan sumber kod terbuka Google Code ini bergantung dari mana anda menggunakan rujukan tutorial widget atau gadget berkenaan.
Googlecode shutting down 2016

Apabila perlaksanaan sepenuhnya Google Code ditutup pada awal tahun depan - 2016, kemungkinan akan banyak widget dan gadget yang anda letakkan di dalam blog tidak akan berfungsi dengan betul. Ia juga akam terdedah dengan serangan-serangan online seperti virus, malware dan pencerobohan data.

Google Code Tutup, Sila Periksa Kod HTML Widget Blog

Google Code Tutup, Sila Periksa Kod HTML Widget Blog

Menurut email yang saya terima, kod-kod sumber terbuka di dalam Google Code akan mula berada pada status read-only bermula Ogos 2015. Dalam fasa ini, semua pemilik kod projek terbuka perlu pindahkan sumber kod projek ke sumber alternatif yang lain (untuk simpanan). Jika tidak, kod-kod terutama kod javascript akan tidak boleh dicapai lagi.

Apa Perlu Anda Lakukan?

  • Periksa kod HTML blogspot anda dengan mencari sumber kod yang menggunakan Google Code ini. Anda boleh cari dengan ctrl-F dan taip GoogleCode. Jika ada, ia akan mengesan seperti gambarajah di bawah ini:
Alternatif kepada Google Code
  • Selepas itu, anda highlight sumber kod script tersebut - dalam kes di atas: http://html5shiv.googlecode.com/svn/trunk/html5.js, salin dan kemudian paste URL tersebut di address bar browser anda, tekan enter dan akan keluar paparan seperti di bawah:
Alternatif kepada Google Code
  • Ok. Pergi ke skrin tersebut, dan select all (ctrl-A), salin (ctrl-C).
  • Buka satu notepad. Lepas itu, anda tampal (ctrl-V) kod yang telah disalin tadi. Simpan dan berikan nama sama seperti nama asal sumber tadi, dalam contoh ini adalah html5.js. Penting kena letakkan akhiran js pada fail ini!
  • Setelah itu, anda pergi ke Free Javascript Hosting - dan kemudiannya muat naik fail tersebut ke situ. Anda juga boleh gunakan servis percuma disediakan di GitHub and Bitbucket seperti disarankan oleh Google.
Alternatif kepada Google Code

  • Jika anda menggunakan Free Javascript Hosting, anda akan dikehendaki memasukkan alamat email anda. Selepas masukkan email, periksa email dari YourJavascript.com dan anda akan terima satu pautan di mana kod javascript itu disimpan.
Sekarang, ambil pautan atau link URL yang diberikan dan ganti dalam kod HTML blogspot anda tadi.
Alternatif kepada Google Code
Selesai.

In sha Allah, apabila perlaksanaan ini berlaku, tidak akan timbul sebarang masalah. Cara ini juga digunakan supaya blog anda lebih lancar apabila menggunakan widget sumber luar.

Cara yang sama juga anda praktikkan untuk gantikan sumber dari Google Code (jika ada) pada widget-widget blogspot anda.

Cara lain untuk berlaku masalah pada blog anda ialah ... dengan buang widget serta kod sumber Google Code berkenaan, dan cari sumber kod lain yang bukan datangnya dari Google Code. Misalnya, jika ada widget yang gunakan sumber terbuka menerusi Google Code, cuba dapatkan tutorial widget lain yang tidak gunakan Google Code ini. :)

Semoga berjaya.

25 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nice sharing.
    Alhamdullillah.setakat ni tadi kitew check tak ada keluar pulak google code tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak ada okaylah .. tak adalah terikat dengan benda ni .. :)

      Padam
  2. macam rumit. dah cari googlecode.tapi takde.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Rumit .. benda camni kena belajar buat sendiri .. lau tak .. bila kena nganga nangis sorang2 .. :P

      Padam
  3. Terima kasih HH. Dah check. Saya ada satu googlecode. Dah buat ikut langkah HH. All in order. TQVM.

    BalasPadam
  4. Masih kurang faham, kena berada di destip baru boleh edit atau perbaiki. Skrg berada di luar kawasan. Balik kampung.

    BalasPadam
  5. ppergghh..peningnya HH...acanner ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut je step saya bagi tu .. tak perlu pening. Mula cari dulu code tu .. buka HTML blogspot, tekan CTRL-F pastu taip GoogleCode .. kalau ada baru tukar ..

      Padam
  6. Pening tengok code tu semua. Nak kena buat perlahan2

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, boleh.. tak sesukar apa yang dipaparkan .. bila dah buat step by step .. mudah je sebenarnya.

      Padam
  7. tq sifu HH....saya nak share tips nie ye,

    BalasPadam
  8. fuh..nasib xde..klu x riso dah hati..hehe

    BalasPadam
  9. Gelabah jer bila dapat email , tapi bila check takde lah pulak . Fuhhh,... lega .

    BalasPadam
  10. Saya juga terima email seperti ini dari Google, tapi tak mengerti maksudnya.
    Alhamdulillah...bro HH telah menjelaskan semua beserta solusinya.
    Terima kasih bro...

    BalasPadam
  11. macamana sstgh blog ade googlecode? blog saya takde seketui pun..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ada GoogleCode cuma blog2 percuma macam saya ni .. blog yang belum sampai taraf blogger pro .... hoho ... pakai blogspot je mampu .. :P

      Padam
    2. Saya pun guna blogspot.. serius tak faham, kategori yang macamana sstgh blog ada GoogleCode?

      Padam
  12. terima kasih bro HH . boleh buat pada blog pulak lepas ni

    BalasPadam
  13. Thanks bro HH. Dah check tadi, tak keluar google code tu. hehe

    BalasPadam
  14. Terima kasih HH... Satu informasi yg sangat berguna dan perlu ambil perhatian serta tindakan. Kalau tidak...apabila ditutup, memang ternganga nih!!

    BalasPadam
  15. Salam...dah buat apa yang disarankan, Insya Allah berjaya... pasal bila save, tiada masalah.

    BalasPadam
  16. nak tanya....saya ada 3 googlecode...yang atas sekali dah ubah...yang second and third buat benda yang sama ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement