Kepada rakan-rakan blogger blogspot, anda dikehendaki semak kod-kod terutama sekali kod javascript (*.js) di dalam blogspot anda, ini termasuklah dengan kod widget yang anda letakkan di sidebar blog. Ada beberapa widget yang dikenal-pasti menggunakan sumber kod terbuka Google Code ini bergantung dari mana anda menggunakan rujukan tutorial widget atau gadget berkenaan.

Apabila perlaksanaan sepenuhnya Google Code ditutup pada awal tahun depan - 2016, kemungkinan akan banyak widget dan gadget yang anda letakkan di dalam blog tidak akan berfungsi dengan betul. Ia juga akam terdedah dengan serangan-serangan online seperti virus, malware dan pencerobohan data.
Google Code Tutup, Sila Periksa Kod HTML Widget Blog

Menurut email yang saya terima, kod-kod sumber terbuka di dalam Google Code akan mula berada pada status read-only bermula Ogos 2015. Dalam fasa ini, semua pemilik kod projek terbuka perlu pindahkan sumber kod projek ke sumber alternatif yang lain (untuk simpanan). Jika tidak, kod-kod terutama kod javascript akan tidak boleh dicapai lagi.
Apa Perlu Anda Lakukan?
- Periksa kod HTML blogspot anda dengan mencari sumber kod yang menggunakan Google Code ini. Anda boleh cari dengan ctrl-F dan taip GoogleCode. Jika ada, ia akan mengesan seperti gambarajah di bawah ini:

- Selepas itu, anda highlight sumber kod script tersebut - dalam kes di atas: http://html5shiv.googlecode.com/svn/trunk/html5.js, salin dan kemudian paste URL tersebut di address bar browser anda, tekan enter dan akan keluar paparan seperti di bawah:

- Ok. Pergi ke skrin tersebut, dan select all (ctrl-A), salin (ctrl-C).
- Buka satu notepad. Lepas itu, anda tampal (ctrl-V) kod yang telah disalin tadi. Simpan dan berikan nama sama seperti nama asal sumber tadi, dalam contoh ini adalah html5.js. Penting kena letakkan akhiran js pada fail ini!
- Setelah itu, anda pergi ke Free Javascript Hosting - dan kemudiannya muat naik fail tersebut ke situ. Anda juga boleh gunakan servis percuma disediakan di GitHub and Bitbucket seperti disarankan oleh Google.

- Jika anda menggunakan Free Javascript Hosting, anda akan dikehendaki memasukkan alamat email anda. Selepas masukkan email, periksa email dari YourJavascript.com dan anda akan terima satu pautan di mana kod javascript itu disimpan.

In sha Allah, apabila perlaksanaan ini berlaku, tidak akan timbul sebarang masalah. Cara ini juga digunakan supaya blog anda lebih lancar apabila menggunakan widget sumber luar.
Cara yang sama juga anda praktikkan untuk gantikan sumber dari Google Code (jika ada) pada widget-widget blogspot anda.
Cara lain untuk berlaku masalah pada blog anda ialah ... dengan buang widget serta kod sumber Google Code berkenaan, dan cari sumber kod lain yang bukan datangnya dari Google Code. Misalnya, jika ada widget yang gunakan sumber terbuka menerusi Google Code, cuba dapatkan tutorial widget lain yang tidak gunakan Google Code ini. :)
Semoga berjaya.
Nice sharing.
BalasPadamAlhamdullillah.setakat ni tadi kitew check tak ada keluar pulak google code tu..
Kalau tak ada okaylah .. tak adalah terikat dengan benda ni .. :)
Padammacam rumit. dah cari googlecode.tapi takde.
BalasPadam:) Rumit .. benda camni kena belajar buat sendiri .. lau tak .. bila kena nganga nangis sorang2 .. :P
PadamTerima kasih HH. Dah check. Saya ada satu googlecode. Dah buat ikut langkah HH. All in order. TQVM.
BalasPadamMasih kurang faham, kena berada di destip baru boleh edit atau perbaiki. Skrg berada di luar kawasan. Balik kampung.
BalasPadamppergghh..peningnya HH...acanner ni
BalasPadamIkut je step saya bagi tu .. tak perlu pening. Mula cari dulu code tu .. buka HTML blogspot, tekan CTRL-F pastu taip GoogleCode .. kalau ada baru tukar ..
PadamPening tengok code tu semua. Nak kena buat perlahan2
BalasPadamIn Sha Allah, boleh.. tak sesukar apa yang dipaparkan .. bila dah buat step by step .. mudah je sebenarnya.
Padamtq sifu HH....saya nak share tips nie ye,
BalasPadamThanks a million.
BalasPadamfuh..nasib xde..klu x riso dah hati..hehe
BalasPadamGelabah jer bila dapat email , tapi bila check takde lah pulak . Fuhhh,... lega .
BalasPadamSaya juga terima email seperti ini dari Google, tapi tak mengerti maksudnya.
BalasPadamAlhamdulillah...bro HH telah menjelaskan semua beserta solusinya.
Terima kasih bro...
macamana sstgh blog ade googlecode? blog saya takde seketui pun..hehehe
BalasPadamYang ada GoogleCode cuma blog2 percuma macam saya ni .. blog yang belum sampai taraf blogger pro .... hoho ... pakai blogspot je mampu .. :P
PadamSaya pun guna blogspot.. serius tak faham, kategori yang macamana sstgh blog ada GoogleCode?
Padamterima kasih bro HH . boleh buat pada blog pulak lepas ni
BalasPadamThanks bro HH. Dah check tadi, tak keluar google code tu. hehe
BalasPadamNak tahu apa maksud JAP tu ye
BalasPadamdh tukar..Alhamudulillah..
BalasPadamTerima kasih HH... Satu informasi yg sangat berguna dan perlu ambil perhatian serta tindakan. Kalau tidak...apabila ditutup, memang ternganga nih!!
BalasPadamSalam...dah buat apa yang disarankan, Insya Allah berjaya... pasal bila save, tiada masalah.
BalasPadamnak tanya....saya ada 3 googlecode...yang atas sekali dah ubah...yang second and third buat benda yang sama ke?
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.