Majlis pernikahan Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev telah dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya, pada malam Khamis 19 Mac 2015. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib manakala adik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohamed Nizam, menjadi saksi akad nikah.
Beberapa gambar dan foto pernikahan pasangan Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev telah dikongsikan oleh portal MStar Online.
Gambar Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev



Ramai tetamu hadir ke majlis akad nikah yang bermula jam 9 malam di Seri Perdana. Ini termasuklah kerabat-kerabat di raja berserta menteri-menteri kabinet. Saya difahamkan majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan pada penghujung bulan Mac 2015.
Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tahniah buat Perdana Menteri, dan tahniah serta selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Amin.
Tahniah Pm
BalasPadamtahniah
BalasPadamAda dapat whatsapp yang megatakan hantaran 500,00.00USD.. urmmm... banyaknyeee
BalasPadambak kata ustaz kazim,kalau dah jodoh ..
BalasPadamtahniah kpd pm dapat menantu ;)
BalasPadamSemoga menjadi keluarga SAMAWA.aamiin
BalasPadammerasa org jauh jadi menantu PM yer....
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.