Saya diajukan soalan, berapa lama yang diambil untuk menjadikan sesebuah blog itu mantap? Ok. Soalan yang sebenarnya bergantung pelbagai aspek, terutama berkaitan usaha, konsentrasi dan iltizam seseorang penulis blog itu. Tapi, jika ditanya saya; sesebuah blog itu memerlukan masa lebih 3 tahun supaya boleh menjadi sebuah blog yang mantap.

Mengapa 3 tahun? Tidak setahun? Tidak dua tahun? Ok, biar saya jelaskan kenapa 3 tahun, dan apa yang perlu dilakukan supaya blog menjadi mantap dalam masa 3 tahun itu.

Berapa Tahun Untuk Blog Jadi Mantap?

Tahun Pertama

Di awal mempunyai blog, cabaran paling getir ialah untuk mendapatkan pendedahan dan memperoleh trafik minima yang diperlukan. Dalam proses ini, antara perkara paling penting ialah rekabentuk atau layout blog itu sendiri. Untuk tampil mendapat perhatian daripada pengunjung pertama kali, anda perlukan sebuah blog yang mempunyai rekabentuk yang menarik dan kemas selain mengenegahkan kandungan blog anda.

Cuba baca - Lima Perkara Terawal Untuk Blogger Baru

Di tahun pertama ini, anda sepatutnya memiliki blog dengan widget blog yang minima yang sesuai. Blog anda perlu ringan dan tampil dengan rekabentuk yang minima. Hanya letakkan widget-widget wajib sahaja untuk blog peroleh trafik. Jangan saratkan blog dengan rekabentuk yang celaru, berat atau yang membuatkan pengunjung sukar nak membaca isi kandungan blog anda. Blog yang rekabentuknya minima sangat disukai bukan sahaja oleh pengunjung blog tetapi juga bagus untuk enjin carian Google. Boleh baca Tips Loading Blog Pantas daripada Google untuk kepastian.

Di tahun pertama ini juga, anda perlu perbanyakkan entri-entri di dalam blog. Pastikan entri-entri itu memperlihatkan ciri unik blog anda. Lihat pada misi dan visi anda di dalam berblogging. Bila ada entri-entri yang banyak, anda sedang menarik perhatian pengunjung dan membolehkan mereka menjadi pembaca setia blog anda.

Tahun Kedua

Tahun kedua merupakan tahun di mana anda mempopularkan blog anda. Anda perlu tampilkan blog anda sebagai sebuah jenama di dalam dunia blog anda. Blog anda mesti ada satu tagline yang membolehkan blog senang diingati.
Di tahun kedua ini, sepatutnya blog anda sudah mempunyai cukup banyak entri-entri untuk ditampilkan. Paling tidak mesti ada lebih kurang 1000 entri yang telah diterbitkan di dalam blog. Di waktu ini, blog anda mestilah mempergunakan kelebihan widget related-post supaya trafik dapat ditingkatkan. Widget seperti Linkwithin, Outbrain adalah antara widget wajib yang perlu diletakkan di dalam blog. Gunakan kelebihan widget untuk paparkan entri-entri lama yang telah diterbitkan. Boleh gunakan juga teknik papar entri menggunakan label supaya blog anda nampak ada keunikan kandungan utama.

Aktifkan diri anda sebagai blogger di laman-laman sosial seperti Facebook, Forum dan Twitter. 'Jual' blog anda dengan mempromosikan entri-entri, dan sertai mana-mana aktiviti yang melibatkan blogger. Anda boleh join segmen, join giveaway, join kontest atau hadiri event yang kumpulkan blogger seperti Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB2014).

Di tahun kedua ini, anda perlu jalinkan persahabatan dengan pembaca setia blog anda. Anda perlu hargai mereka. Begitu juga dengan rakan-rakan blogger yang mempunyai rasa dan cara sama dengan anda. Jalinkan kerjasama dengan rakan-rakan blogger yang lain supaya blog anda dapat diserlahkan.

Tahun Ketiga

Tahun ketiga ialah tahun di mana anda sudah mula ada pengikut dan pembaca setia sendiri. Seprtimana di tahun kedua berbalog, di waktu ini, blog anda sudah ada logo, tagline atau apa sahaja yang boleh menjadi satu pemboleh-ubah untuk blog anda dikenali dengan lebih mudah. Tahun ketiga adalah tahun untuk anda menjenamakan blog anda.

Cara serlahkan logo blog menerusi teknik - Letak Logo Pada Tajuk Setiap Entri

Paling mudah ialah header blog anda. Pastikan header blog anda berikan satu ciri unik, tersendiri dan konsisten. Biar orang lain mudah ingat blog anda menerusi header blog. Header blog tidak perlu rumit, hanya buat simple-simple sahaja sudah memadai. Ciri header blog yang simple tetapi menarik sudah terbukti antara yang menjadi kesukaan pengunjung blog.

Di tahun ketiga, anda sudah sepatutnya tahu rentak penulisan anda di dalam blog. Pada waktu ini juga anda sudah boleh tahu entri manakah yang paling banyak mendapat hits, paling banyak dapat respon pembaca, dan apakah ciri yang sepatutnya anda tonjolkan di dalam cara menulis blog yang berkesan.

In Sha Allah, anda boleh terus kekal di dalam dunia blog - dikenali dan mendapat perhatian.

Kredit Foto: Nami Namia (www.namiacinta.com)

16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalammualaikum... bro HH,

    terima kasih tip2 yang diberikan nie...

    mselim3

    BalasPadam
  2. Nice Sharing..
    Inyaallah..tips yang awak bagi akan kitew amalkan..

    BalasPadam
  3. Blog saya sudah 3 tahun lebih sedikit, namun masih belum juga mantap seperti blog hasrulhassan. Mungkin karena masih menggunakan platform gratisan. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Saya juga masih guna platform yang sama Kang Dadan.

      Padam
  4. Balasan
    1. Ya betul tu Gan .. kalau kita sungguh-sungguh, buat cara double express .. masa yang lama boleh disingkatkan.

      Padam
  5. kalau santai mengalir memang jarak 3 thn baru bagus

    BalasPadam
  6. perkongsian menarik :-). Perlu sabar nk bangunkan blog. Ramai yang nk harapkan hasil yang sekejap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasil tuaian padi pun ambil masa .. :) itupun selepas kerja keras dibuat .. banyak petak, banyak kena usaha, lepas usaha nampak hasil yang menceriakan.

      Padam
  7. 3 tahun ya...tahun depan olimpik rio 2016...susah nak ngetop...

    2017...sukan sea kat KL...sibuk jadi sukarelawan...

    2018...world cup kat russia...haaa! ada semangat sket sebb nak tgk bola jerman masuk final lagi...

    Tol laa tue 3 tahun blog cap ayam saya in-sha-ALLAH mampu capai sasaran yang diberikan... :)

    Terima kasih tuan HH atas perkongsian hebat ini!

    BalasPadam
  8. Power.. Dah macam nak mulakan bisnes, ada fasa 1 sampai fasa 3. Jenis hangat hangat tahi ayam, yang jenis Copy Paste punya blog, mantap permulaan lepas tu kena kick jauh jauh sebab tak ada identiti tersendiri :)

    BalasPadam
  9. Ilmu yang baik harus diamalkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. in Sha Allah, semoga ada ramai blogger newbie yang baca entri ni dan lakukan sesuatu supaya dapat tempat dalam dunia blog malaysia.

      Padam
  10. 3 thn ye HH..baru terkedek2 ni, baru 5 bulan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement