Apakah itu bounce rate? Saya ulang balik pemahaman mengenai bounce rate ini ye. Ia adalah berkenaan kadar atau ratio satu halaman yang dikunjung, atau kadar pengunjung meninggalkan blog anda selepas kunjungan kali pertama. Faham tak ni?

Ada beberapa teknik tertentu untuk turunkan kadar bounce rate ini. Tujuan teknik ini adalah supaya pengunjung untuk lepak lama-lama dalam blog kita. Samada baca satu entri yang sama, atau singgah lompat ke entri-entri lain, asalkan jangan pangkah blog kita atau hilangkan blog kita dari pandangan mata pengunjung itu.
Saya nak kongsikan dua teknik yang telah terbukti sangat berkesan untuk turunkan kadar bouce rate ini.
2 Teknik Terbukti Rendahkan Kadar Bounce Rate Blog
Letak Video Dalam Entri
Ini merupakan teknik yang saya gunakan selepas mengetahui bahawa kadar bounce rate blog saya agak tinggi, malah melebihi 50 peratus! Saya telah gunakan kesempatan untuk uji keberkesanan teknik ini dengan kongsikan entri-entri yang ada video, contohnya entri-entri di bawah:Entri Video TVC - Iklan
Ia berkaitan iklan TVC menarik sempena sesuatu peristiwa, kebanyakkan adalah TVC berkaitan hari raya. Alhamdulillah, sedikit sebanyak bounce rate blog saya menjunam jatuh ke paras yang saya sendiri tidak sangka. Bukan itu sahaja, entri-entri tersebut antara penyumbang hits dan trafik yang agak baik.
Letak Fail PDF Dalam Entri
Ini merupakan teknik kedua yang saya gunakan untuk merendahkan lagi kadar bounce rate blog saya. Dan memang terbukti teknik perkongsian ini berjaya menjadikan kadar bounce rate di bawah 20 peratus!Entri-entri berkaitan cara pengisian borang, panduan isi borang, novel online yang menggunakan fail pdf di dalam entri telah berjaya merendahkan lagi kadar bouce rate blog. Pengunjung kekal lama di dalam blog kerana asyik membaca dan memahami entri-entri yang dikongsikan.
Jadi, sekiranya anda mahu merendahkan kadar bounce rate blog anda, cubalah 2 teknik ini yang nyata sangat berkesan. Saya dah buktikan, maka anda juga boleh.
Lihat di bawah ini.
Bukti Teknik Berkesan Turunkan Kadar Bounce Rate
Kadar bounce rate sebelum gunakan teknik video - tempoh Julai hingga September 2014. Kemudian, selepas aplikasi teknik video dalam entri, kadar bouce rate jatuh menjadi 28.87% iaitu tempoh dari Oktober hingga Disember 2014.


Semoga bermanfaat.
baru faham bounce rate tu apa & apa fungsinya... ok ok.. tips yang bagus. sangat berguna untuk saya
BalasPadamHehehe.. terima kasih sbb sudi jenguk blog saya ni ye ... harap tips diberikan ini dapat bantu blogger yang aktif macam Puan Suria ..
Padambagi yang suka membaca perkara menarik..memang mereka akan lekat pada blog kita..
BalasPadam:) ya betul. teknik video ini boleh melekakan pengunjung blog.
Padambaguslah info ni..juurnya sy pon baru tahu tentang bounce rate ni.
BalasPadamGood info. TQ for sharing
BalasPadamtips yang bagus dan terbaik tu..:D
BalasPadamnak cuba l.. mybe letakkan video buat org lama dalam entri kita
BalasPadamJemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2
Really nice info. Boleh try buat ni :)
BalasPadamterima kasih. saya baru buat tips ni harini ^^
BalasPadamSalam. Cikla nak tanya. Macam mana kalau bounce rate terlalu rendah. Kenapa ye? Tq
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.