Tajuk agak panjang - 10 sebab mengapa blog lebih baik daripada Facebook (FB) untuk bisnes. Tajuk panjang bermakna ia sangat penting. Ada perkataan bisnes menunjukkan bahawa ia berkaitan dengan cara buat duit. Ada perkataan blog dan FB, bermaksud ia berkaitan online. Digabungkan menjadi satu tajuk untuk membolehkan mereka yang mahu buat duit secara online membaca entri ini.

Ini bukan tajuk mengumpan anda membaca apa yang ingin saya kongsikan, tetapi merupakan antara fakta-fakta penting mengapa bisnes akan menjadi lebih baik andai menggunakan blog, lebih baik daripada anda menggunakan Facebook.

Namun begitu, saya bukanlah mahu menidakkan kepentingan FB ini di dalam bisnes online, saya sendiri ada Facebook dan FB Page yang membantu dalam menjalankan bisnes online kesukaan saya. Jadi, apa yang sangat bagusnya blog dari FB ini sehingga ada 10 sebab yang mengatakan begitu?
110 Sebab Mengapa Blog Lebih Baik Daripada Facebook Untuk Bisnes

10 Sebab Mengapa Blog Lebih Baik Daripada Facebook Untuk Bisnes

Mari kita tengok fakta-fakta dan 10 alasan mengapa blog lebih baik daripada Facebook untuk bisnes, terutama untuk bisnes online.

Stabil

Blog lebih stabil daripada FB. Facebook sering sahaja menukar polisi mereka, terutama apabila pihak pentadbir dan pemilik laman sosial ini merasakan mereka kerugian untuk buat duit menerusinya. Lihat sahaja apa yang telah pihak Facebook lakukan pada page yang ada banyak LIKE seperti ditulis oleh rakan saya di sini - Jumlah Like Fanpage Akan Hilang Mulai 12 Mac 2015.

Untuk lebih stabil, cuba bina blog perniagaan sendiri yang lebih mantap. Cuba baca - Cara Buat dan Bina Blog Bisnes Sendiri Secara Percuma

Dan lagi, bukan semua post yang anda kongsikan di Facebook terutama di Fanpage akan muncul di news feed, ia akan disekat terutama yang ada perkataan tertentu yang menjurus kepada pengiklanan dan motif menjual. Kalau mahu post itu muncul, anda terpaksa bayar kepada pihak FB untuk membolehkannya menjadi viral! Uhh ... memang susah nak buat promosi percuma menerusi FB dah sekarang ni.

Ganjaran Lebih Besar

Apabila anda menggunakan Facebook untuk pengiklanan terutama sekali FB Ads, anda perlukan modal, apatah lagi bila anda melakukannya tanpa ilmu yang betul, anda mungkin perlu keluarkan modal lebih besar daripada keuntungan yang mungkin anda akan dapat.

Tetapi menerusi blog anda, ia dilakukan secara percuma untuk pengiklanan. Anda tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menulis perkataan dan ayat menjual di blog anda.

Blog Ada SEO Untuk Berada Top di Google

Menerusi SEO, bisnes anda mudah dicari menerusi Google
Anda boleh optimasi entri-entri di blog anda untuk berada di dalam enjin carian menerusi pendekatan teknik SEO (Search Engine Optimization). Ia sangat bagus untuk perkenalkan produk, jenama atau bisnes anda. Menerusi SEO, entri-entri berkaitan bisnes dan produk anda boleh diperkenalkan di enjin carian Google dan meningkatkan lagi awareness mengenai bisnes anda kepada mereka yang mungkin mencarinya menerusi Google.

Dan SEO adalah percuma. Anda boleh dapatkan tips berkaitan SEO di blog ini menerusi kata carian - Teknik SEO Blogspot.

Entri Blog Kekal Lama

Tidak seperti post-post atau status dikongsikan di Facebook, entri atau artikel yang anda tulis di blog akan kekal bertahun lamanya, selagi blog anda 'hidup'. Status FB mengenai bisnes anda, hari ini post, esok lusa belum tentu akan muncul lagi di news feed atau wall orang lain, kecuali anda sanggup nak skroll satu persatu .. hoho.

Ketahui bagaimana pemilik restoren Casa Ombak lariskan jualan Buffet Ramadan menerusi blog - Rahsia Casa Ombak Lariskan Bisnes

Saya sendiri buat duit online menerusi affiliate dari artikel-artikel lama yang saya kongsikan menerusi blog. Tahu-tahu, ada income masuk ke dalam akaun bank saya, tanpa melakukan apa-apa promosi semasa atau terkini.

Sesiapa Pun Boleh Baca Entri Blog Anda

Berbeza dengan Facebook, apa yang anda tulis dan kongsikan adalah tertakluk dengan polisi privasi yang ada. Facebook yang tentukan siapa yang baca, siapa boleh LIKE, siapa boleh Share. Menerusi blog, entri-entri berkaitan bisnes, produk, servis dan jenama perniagaan anda boleh diakses dan dibaca oleh semua orang, dari serata dunia dalam apa jua peranti tanpa perlu login id!
10 Sebab Mengapa Blog Lebih Baik Daripada Facebook Untuk Bisnes

Blog - Hub Informasi Bisnes Anda

Semua orang boleh tahu apa yang anda niagakan, apa jenama anda dan siapa anda menerusi blog. Segala-galanya mengenai bisnes boleh anda muatkan di dalam blog anda - tanpa had. Manakala FB hanyalah alat untuk membantu menyebarkan informasi mengenai bisnes anda.

Nilai Bisnes Terhad Menerusi Facebook

Anda terhad untuk bercerita mengenai nilai dan kelebihan bisnes anda menerusi Facebook, tetapi menerusi blog, anda boleh berikan lebih nilai hanya dari satu blog post, malah dari satu blog post anda boleh kaitkan dengan blog post lain yang memberikan nilai lain kepada yang ingin tahu. Ia memungkinkan kredibiliti mengenai servis dan produk anda ditingkatkan hanya menerusi permulaan satu artikel sahaja.

Lebih Mudah Klik Di Blog

Bukan semua pautan atau URL dikongsikan di Facebook akan diklik oleh pengguna laman sosial ini. Berbeza dengan blog, kemungkinan untuk link atau URL lain kena klik adalah tinggi, apatah lagi jika menggunakan tajuk-tajuk mengumpan yang menarik rasa ingin tahu.

Ketahui cara untuk umpan pengguna Facebook baca entri blog anda - 3 Teknik Umpan Pengunjung Laman Sosial

Tambahan lagi, link atau URL di blog sukar untuk dikenakan penalti atau disekat. Tidak seperti di Facebook, ada link dan URL yang disekat dan dilarang untuk 'meninggalkan' Facebook. Ia juga mudah untuk dikategorikan sebagai Spam Link oleh Facebook, mahupun pengguna yang lain.

Capaian Tanpa Had

Hanya mereka yang LIKE Fanpage sahaja akan dapat capai apa yang anda kongsikan menerusi FB, tetapi di blog; capaiannya adalah tanpa had. Sesiapa pun boleh capai apa jua artikel yang anda tulis dan kongsikan menerusi blog anda. Malah, mereka tidak perlukan akaun Facebook pun untuk baca artikel mengenai produk dan bisnes anda.

Baca mengenai cara mudah dapatkan like Fanpage - Rahsia FB Fanpage Dapat 200 Likes dalam 30 Minit

Kawalan

Ini merupakan antara sebab utama. Blog anda adalah milik anda, anda bebas untuk tulis apa jua di dalamnya. Tetapi menerusi Facebook, ia adalah milik Mark Zuckerberg, dia yang kontrol apa yang anda tulis di Facebook... hoho.

110 Sebab Mengapa Blog Lebih Baik Daripada Facebook Untuk Bisnes


9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu..FB banyak limit dye..kadang tu susah jugak kena struggle..

    BalasPadam
  2. banyak kelebihan berblog ni rupanya.huhu

    BalasPadam
  3. entry yang cukup mantap di saat saya jadi keliru utk pilih fb ads atau blog post...tq bro...

    BalasPadam
  4. nice entry...terbaik...sesuai utk geng2 yg tengah blur nk pilih antara blog or fb...

    BalasPadam
  5. untuk long term nak jimat kos..blog memang lebih baik.

    BalasPadam
  6. Blog VS FB - Mana lagi baik?

    Saya pilih blog walaupon blog saya tak se "GAH" @ se "HEBAT" blog tuan HH...

    Main FB pusing2 situ jek gak...add friend, unfriend, like, dislike...pastue laki bini gado sebab salah faham yg tak seberapa... :D

    Info yang membuka mata para blogger cap ayam seperti saya ini..TQ2

    BalasPadam
  7. betul sesangat.setiap kali cuba post kat facebook,terasa ianya akan cepat hilang.buat blog, lama-lama orang akan jumpa dan baca tentang produk kita.

    BalasPadam
  8. tengok niche juga..ada niche yang memang best kat FB daripada blog..yang memerlukan action cepat,biasanya FB lagi berkesan..banyak faktor..tapi blog memang lebih tahan lama dan juga banyak benda boleh cerita berbanding FB

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement