Kepada anda, samada salah seorang lepasan graduan atau kenal sesiapa yang dah keluar IPT tetapi masih tidak dapat kerja, bolehlah cuba untuk memohon skim secara online ini. Ia skim yang disediakan bagi membantu para graduan dan lepasan universiti termasuk diploma, ijazah dan sarjana untuk mendapatkan kerjaya yang diinginkan.
Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Progam SL1M ini merupakan program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Cara Daftar Online Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
Jika anda berminat, anda boleh daftar secara online menerusi pautan berikut - Pendaftaran Pencari Kerja. Ia aplikasi online disediakan oleh JobsMalaysia, salah satu laman web cari kerja yang utama di Malaysia.Apabila anda mendaftar, anda akan nampak borang SL1M tersedia di laman tersebut. Klik pada borang Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) tersebut dan isi maklumat-maklumat yang diperlukan.
Ada banyak tawaran kerjaya untuk lepasan siswazah dalam skim ini. Maka, jangan lepaskan peluang ini untuk memohon dan mengisi borang Skim Latihan 1Malaysia yang disediakan.

Untuk para lepasan graduan dan siswazah yang mahu tahu cara terbaik mendapatkan kerja samada dalam sektor swasta mahupun kerajaan, pastikan anda ikuti iKerjayaGraduan.com; in Sha Allah ada banyak pengisian penting untuk anda mendapat kerja yang diinginkan.
menarik untuk mereka yang mencari kerja
BalasPadamutk org yg nak cari kerja baru boleh ke bro ;)
BalasPadamBoleh. Dialukan sbb nak tingkatkan daya tu .. apa tu ... susah lak nak eja .. adeh.
Padambagus sebenarnya program SL1M ni dah diharap ianya dah bertambah baik lagi sekarang compare dengan awal2 dulu.. hehe..
BalasPadam~ex-SL1M batch 01~
ingatkan program untuk yang nak slim.. hehehe
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.