Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah

AI Trade
Perubahan polisi blogger berkaitan gambar lucah mulai 23 Mac 2015. Satu perubahan polisi oleh pihak Blogger (Blogspot) Google akan dikuat-kuasa mulai 23 Mac 2015. Perubahan polisi ini adalah berkaitan dengan kandungan blog yang selama ini membenarkan apa sahaja kandungan diterbitkan tanpa sebarang sekatan.

Perubahan polisi ini walaubagaimanapun hanya melibatkan blog-blog yang mengandungi entri-entri yang memaparkan visual seksual dan bersifat lucah. Ini termasuklah gambar bogel, serta video yang dikategorikan sebagai sexually explicit.

Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar dan Visual Lucah


Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah
Mana-mana blog yang mengandungi entri-entri seperti ini dan memuatkan gambar, foto mahupun video yang papar visual seksual melampau serta lucah akan dikenakan sekatan. Blog tersebut hanya boleh dibuka atau dibaca oleh pemilik blog dan menerusi kebenaran khas oleh pemilik. Ini bermakna, mana-mana blog dalam blogspot yang ada kandungan seperti dimaksudkan, akan secara automatik menjadi blog private.

Semua ini akan berlaku mulai 23 Mac 2015.

Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah


Starting March 23, 2015, you won't be able to publicly share images and video that are sexually explicit or show graphic nudity on Blogger.

Note: We’ll still allow nudity if the content offers a substantial public benefit, for example in artistic, educational, documentary, or scientific contexts.

Apakah perubahan yang akan anda nampak pada tarikh tersebut untuk blogger blogspot yang lain?

Untuk blog yang tidak mempunyai konten atau kandungan yang disebutkan, tiada sebarang perubahan ketara akan anda nampak.
Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah
Buat blog yang ada entri yang papar gambar atau video bogel dan lucah, blognya akan secara automatik menjadi private dan tidak boleh diakses secara umum. Untuk kembali ke status asal atau kembali diakses oleh pengunjung secara umum, pemilik blog perlu buang atau padam mana-mana entri yang terkandung visual yang melanggar polisi terkini blogger ini.

Polisi ini juga terkait buat ruangan pengiklanan di blog. Maka, mana-mana banner iklan yang paparkan visual bersifat nudity dan sexual explicit yang dianggap melanggar polisi terkini blogger berkaitan gambar lucah akan turut diambil tindakan yang dimaksudkan.




Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

16 Comments

  1. owh..patutlah ada certain blog yang jadi private..bagus jugak macam tu...dapat kurangkan penyebaran gambar lucah..

    ReplyDelete
  2. tuan hasrul hassan, iklan popup pun tak boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal iklan sendiri memang tak boleh, kalau iklan pop up dari platform pengiklanan, kena maklumkan kepada pihak pengiklan tu.

      Delete
    2. saya perasaan iklan pop pop ni ada yang agak lucah & gambling :3
      dah bagi tahu diaorang suruh block tapi tak ada blasan emel lagi.

      Delete
    3. Saya ada buat untuk h12, revenuehits dan juga untuk popads ... semua berikan respon yang baik dan terima.

      Delete
  3. bagus jugak.. Tapi blog saya tak terkesan sebab Insya Allah takde semua tu

    ReplyDelete
  4. ok .. tq bro.. info yang baik ... terima kasih

    ReplyDelete
  5. ok tenkiu dgn info ni...walaupun dlm blog xda yg berkenaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe .. blogger perempuan selalunya lebih sopan santun .. :P

      Delete
  6. bagus kalau macam ni banyak blog post benda lucah,baik entry mahupun foto

    ReplyDelete
  7. Bagus jugak dia buat macam ni. Barulah kurang sikit blog blog lucah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog lucah tetap ada .. cuma tak leh akses secara public

      Delete
  8. Assalam HH....TQ sudi jengah blog okje ye ......

    Memang elok sangatlah kalau blogspot dah ubah polisi dia. Tak risau kalau budak budak tertengok tak pun kita tertengok...... Tak pasal pasal dapat dosa hihi

    ReplyDelete
  9. Bagus lah google buat begitu.. Tiada post yg merosakkan minda..

    ReplyDelete
  10. Perasan jugak notification tu. Memang bagus pon buat mcm tu.

    ReplyDelete
  11. elok gak macam tu..suci ckit pemandangan kite..kdg bkn kite yg mencari..
    tetibe tekeluar depan mata nk wat cane..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.