Saya sudah berblog agak lama. Kalau ikut akaun Google Adsense, saya dah gunakan platform buat duit online sejak tahun 2007 lagi. Jika ikut statistik dan butiran profile Blogspot, saya dah ada blog sejak 2008 lagi. Tempoh masa lama. Dalam tempoh tersebut banyak pengorbanan terpaksa saya buat.

Dan sejak blog saya mula meningkat naik dan dikenali pada akhir 2010 atas support rakan blogger XX ini, pengorbanan kerana blog juga bertambah-tambah. Banyak perkara suka duka berlaku pada diri saya. Apabila menjadi seorang blogger sepenuh masa yang incomenya bukan gaji tetap setiap bulan, adakala pengorbanan yang dibuat menggoncangkan iman, emosi, perasaan dan buatkan akal benak dan bengap seketika.

Pengorbanan Menjadi Seorang Blogger Berjaya

Pastikan Pengorbanan Anda Kerana Blog Berbaloi!

Yang jadi mangsa adalah keluarga - anak-anak dan isteri.

  • Tidur lewat malam, adakala nak hampir suboh.
  • Makan tak keruan, tak berjadual. 
  • Masa dengan famili jadi tunggang langgang.
  • Kesihatan diri pun turut terjejas.

Memang awal nak naik dalam dunia blog macam-macam dugaan dan cabaran. Tak mudah. Anda perlu ibaratkan diri anda sanggup kerat jari supaya apa yang anda inginkan dalam dunia blog itu tercapai.

Saya lalui semuanya dengan cara saya tersendiri. Saya belajar, belajar dan terus belajar sehingga ke hari ini.

Dari Zero Menjadi Zero Point Five

Dari sebuah blog biasa, saya berjaya naikkan blog ini dan tercalon dalam beberapa anugerah berkaitan blog dan dunia online. Saya jenamakan blog ini sehingga dikenali ramai sebagai sebuah blog untuk panduan blogger blogspot Malaysia.

Pembelajaran dan praktikal saya berkaitan SEO blogspot membuatkan ada blogger lain yang gelarkan saya sifu blogger blogspot, malah ada yang menaikkan nama saya sebagai Pakar SEO Malaysia. Alhamdulillah. Itu pengiktirafan yang bukan dicari, tetapi diberikan oleh mereka yang mungkin juga sedang melakukan pengorbanan hebat untuk blognya.
Jadi blogger berjaya dalam niche SEO blogspot

Setiap hari saya berusaha dan terus berusaha, tanpa jemu, tanpa putus asa. Menulis blog, bercerita dan berkongsi ilmu pengetahuan adalah minat saya. Saya suka membantu dengan kebolehan dan pengetahuan yang saya ada. Itulah sebabnya saya memilih menjadi Pegawai Penyelidik dalam bidang Kejuruteraan Awam, walaupun hakikatnya saya graduasi dalam bidang Sains Komputer.

Apabila kontrak kerja bersama USM tamat, saya ambil keputusan menumpukan perhatian dalam dunia blog. Saya cambahkan minat saya dalam dunia fotografi dan penulisan untuk berkarya menerusi blog.

Dari Bangku Kosong ... Jadi Bangku Blogger

Blog Bangku Kosong

Daripada blog Bangku Kosong .. blog ini dikenali sebagai Panduan Blogger dan kemudian terus menjenamakan diri saya sebagai HASRULHASSAN.COM. Dulu, mereka panggil saya BK ... tapi kini HH. Dan alhamdulillah, ramai yang senaraikan blog saya dalam Top Malaysia Best Blog 2015.
Bangku Kosong

Makan tahun. Bukan hari ini buat blog sendiri, esok lusa anda sudah ada nickname sendiri dalam dunia blog Malaysia yang hampir semua orang dunia online tahu. Ianya tak macam tu.

Haru biru dunia blog Malaysia ini ada pelbagai. Hadap jangan tak hadap. Anda akan ada haters di sebalik orang yang kagumi diri anda. Itu lumrah hidup.

Pengorbanan Tak Kira Masa

Jika mahu berjaya di dalam dunia blog, malah apa bidang sekalipun kena ada pengorbanan. Kena rasa pahit dan maung, madu dan manis segala ceruk. Ingat pada Allah, dan ingat pada pesanan agung Nabi Muhammad S.A.W. In Sha Allah, impian blogger anda akan tercapai seperti mana impian saya seorang blogger.

Sebanyak mana pengorbanan anda lakukan kerana blog, pastikan ia berbaloi. Kembalikan senyuman kepada anak-anak dan isteri/suami, buat mereka bangga dengan apa yang anda lakukan menerusi blog anda. Kecapi bersama kejayaan yang anda dapat dengan blog anda dengan mereka.

Dulu anak saya segan nak tulis pekerjaan saya di dalam borang sekolah, sekarang dia dah boleh bangga kata saya seorang blogger sepenuh masa. Siap suruh kawan-kawan sekolah dia baca mengenai makan angin kami di Bandung, Indonesia, yang saya tulis di dalam blog.

Kejayaan paling manis - apabila keluarga anda berbangga dengan apa yang telah anda korbankan itu berbaloi pada akhirnya.

In Sha Allah. Kejayaan juga untuk anda. Moga entri ini beri inspirasi buat diri anda untuk berjaya dalam dunia blog Malaysia.


23 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Terima kasih. Setiap orang ada kelebihan yang Allah S.W.T berikan. Sifat sabar pada tuan juga pun sangat hebat ...

      Padam
  2. Seronoknya..
    Saya ada banyak benda lagi perlu belajar..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..tumpang bangga & seronok baca kisah HH. insyaAllah sy juga nak ikut jejak langkah..moga ada rezki saya sbg blogger berjaya juga..terus sukses HH!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Saya harap perkongsian ini boleh dijadikan sumber ilham untuk blogger lain berjaya.

      Padam
  4. Saya dapat rasakan perasaan tuan, saya pernah berhenti terus daripada arena blog pada tahun 2012 yang saya mulakan pada tahun 2009.

    Sama seperti masalah tuan di atas, blog jarang update untuk beberapa tahun akhirnya blog tersebut terkubur sebab tak renew domain dan hosting.

    Tahun ni insyaAllah akan kembali aktif dan fokus. :)

    BalasPadam
  5. bila buat apa yang kita minat, hasil nya pasti berganda-ganda hingga tak rasa penatnya berusaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Sampai saya sah dapat kencing manis dan kolesterol tinggi! Pengorbanan!!

      Padam
  6. Tunjuk Ajarku Sifu.. :D
    Pengorbanan yang membawa kebahagiaan..
    Bila ada family support apa yang kita minat, itu part yang sangat bermakna.

    BalasPadam
  7. Terharu saya baca ayat dalam kotak plg last tu bro...itu sebab saya suka bac ablog bro ni...byk insafkan saya...gambar bangku kosong tu nampak tenang...cantikkk...tahniah bro...saya byk belajar dalam ni...kalau x dair bro...x mungkin saya dpt sikit income dari blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Saya bersyukur sbb ada blogger yang baca blog saya telah dapat manfaat dan kebaikan. Impian yang berjaya dilaksana.

      Padam
  8. Tabik dgn tuan HH. Seorang blogger sejati..

    BalasPadam
  9. Sememangnya banyak perkara dan pengalaman yang perlu dipelajari dan ditempuhi untuk menjadikan kita blogger yan lebih baik setiap hari.....itulah yang menguatkan lagi diri dalam dunia blogging nie kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu, samada hendak tempuh dengan tidak sahaja. Ada ramai ambil jalan selamat macam aku ni bro .. hahaha

      Padam
  10. Oleh sebab saya memang fail teknikal blog, blog ini selalau menjadi rujukan. You'll reap what u sow HH insyaAllah

    BalasPadam
  11. So inspired! Bukan senang nak senang kan..tapi kalau senang sangat dapat kita tak rasa apa-apa bila dah dapat..apa-apapun saya selalu follow blog abang..banyak info berguna untuk saya =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mama Nadia kerana menjadi pengikut dan pembaca blog ini. Semoga bersama dapat manfaat dari seseatu yang baik.

      Padam
  12. terbaik lah HH...menjadi rujukan semua blogger

    BalasPadam
  13. Cerita yang sangat memberi inspirasi

    BalasPadam
  14. Nak membina nama dan kredibiliti bermula bukan dari KONSEP cari duit satu yang sukar...

    Tapi tuan HH telah buktikan yg bukan hanya dengan cari duit kita mampu utk berikan sesuatu yang berbaloi asalkan dengan NIAT yg betul serta ikhlas.

    Sangat bermotivasikan blogger cap ayam mcm saya nie..

    p/s : ooo kena korban makan..korban tido baru bleh blog mantopp! nak autopilot jangan korban seo.. :D

    BalasPadam
  15. terima kasih kerana memberi semangat..semoga blog tuan terus maju

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement