Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Pagerank (PR) ini boleh dimanipulasi oleh sesetengah webmaster dan juga penulis blog. Setakat ini belum ada berita sahih samada pagerank ini masih digunakan lagi atau tidak sebagai penanda aras kualiti sesebuah blog. Tiada sebarang makluman rasmi dari Google.
Pagerank Tidak Lagi Relevan

Saya tidak mahu peningkan kepala, samada kepala otak saya mahupun anda. Soal Pagerank walaupun tidak sekompleks Flow Metrics oleh Majesic SEO, saya fikir adalah tidak perlu lagi dipedulikan secara serius untuk penarafan kualiti sesebuah blog.

Walaupun hakikatnya sejak bertahun lamanya, ramai blogger yang cuba buat perbandingan antara beza Google Pagerank dan Alexa Ranking, sebagai tanda aras untuk menentukan keunggulan sesebuah blog.
Sebenarnya, ada banyak lagi penanda aras berkaitan kualiti kandungan sesebuah blog selain Google Pagerank. Ini termasuklah:
- Bouce Rate
- Alexa Rank
- Backlinks
- Domain Authority
- Page Authority
- Pageviews
- Social Bookmark
- Social Sharing
Jadi, usah gusar sangat mengenai nilai PR dan kesan Google Pagerank ini.
Apapun penanda aras kehebatan sesebuah blog itu segalanya adalah berkaitan konten atau kandungan blog. Wujudkan blog yang kaya dengan konten, tulis dan terbitkan entri-entri yang bermanfaat dan boleh memberikan sesuatu - lebih dari sebuah cerita dan berita.
Senyum-senyumlah selalu di hadapan blog anda, dan berseronoklah dengan blog anda!
Kehilangan Pagerank yang masih misteri sehingga kini
BalasPadamwahhhh jahilnya saya sebagai blogger picisan... ada pagerank... baru hari ni dengar... hehehe
BalasPadamAssalammualaikum.... bro HH,
BalasPadammselim3 sentiasa tersenyum setiap kali membaca entry bro HH yang sentiasa ada informasi yg terkini..
mselim3
Banyak ilmu yang dikongsikan dari blog ini. Saya suka dan terima kasih bro HH atas ilmu dan
BalasPadamperkongsiannya.
banyak blog yang tak pernah update aih dapat PR tinggi tak kisah lagi masalah PR ini
BalasPadamHahahaa... itulah kan .. hmm peliks betul.
PadamPagi-pagi masuk kelas di sini. Selamat pagi cikgu!
BalasPadamtak pernah guna menda alah nih
BalasPadamIa digunakan bila ada pengiklan besar bertanyakan perkara ini. Selalu pengiklan yang mahu berikan advertorial atau job review akan tanya berapa PR blog.
PadamOKje sendiri tak pernah serious ambik tau pasal page rank ni HH..... Mungkin bagi sesetengah blogger penting kot. Apa yg penting blogger picisan mcm okje ni, ada ornag datang komen dah sangat alhamdulilah
BalasPadamBenar tu HH. Kualiti sangat penting. Pembaca la sebenarnya penilai blog terbaik..:)
BalasPadamYa, tanpa pembaca ... blog boleh dianggap satu paparan hitam dalam kelas kosong.
Padamdulu, selain pagerank, selalu tgk alexa rank. kini dh malas. makin menggemuk angka AR. hihi
BalasPadamsekadar kajian sendiri..dah tengok laman web yang pagerank lagi tinggi .tapi takleh beat beberapa keyword dengan blog atau web yang tiada ranking lansung..sebab utama.saya rasa page yang ada rankinng tinggi macam mudah dan lelong.com.my masih menggunakan adwords untuk iklan mereka..google akan tak bagi web yang ada adwords tu page depan sesuatu keyword..kedua laman ni menggunakan program sepeti asp dan php yang melambatkan loading
BalasPadamPagerank nak buat suka2 tayang kat anak2 kat rumah laa tuan HH...
BalasPadamKurang2 bila ada page rank, blog anak takde pagerank bleh laa "X" sket...hoho
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.