Lupakan laman sosial jika mahu blog berjaya. Satu tips yang saya peroleh daripada founder TheVocket. Jika anda mahu blog anda berjaya dan menerima ribuan pengunjung setiap hari, pastikan anda luangkan banyak masa di blog dari di laman sosial.

Mengapa? Kerana blog adalah berkaitan konten. Jika masa anda banyak habiskan di laman sosial, anda akan mengabaikan blog anda sehingga konten tidak dapat dibina sewajarnya. Konten inilah yang bakal membawa pengunjung dan pembaca. Lebih banyak konten, maka akan lebih mudah blog anda mendapat hits dan juga pageviews.

Lupakan Laman Sosial Jika Mahu Blog Berjaya

Tips Trafik Tinggi Dari TheVocket

Ramai blogger yang fikir bahawa media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram adalah alat untuk bantu blog dapatkan trafik. Saya sendiri berfikirkan begitu, namun rahsia utama untuk sesebuah blog mendapatkan trafik dari laman sosial ialah menerusi pengikut atau follower. Seandainya laman sosial anda hanya mempunyai 500-1000 pengikut, maka peratusannya untuk dapat pengunjung dan pembaca agak kecil, melainkan anda menggunakan teknik-teknik khusus.

Lupakan laman sosial jika mahu blog anda berjaya. Itu adalah resepi bagaimana blog atau laman web TheVocket berjaya menerima trafik jutaan setiap hari. Elakkan diri dari sibuk membina profile anda di laman sosial tetapi lebihkan masa untuk bina konten di blog anda.
Tips Trafik Tinggi Dari TheVocket

Menerusi blog, dengan konten yang kaya, original dan berkualiti; blog anda akan menjadi mesin menambah pengikut di laman sosial terutama di Facebook dan Twitter. Dari blog, anda boleh terus kongsikan entri-entri terbaik anda secara terus menerusi fungsi-fungsi perkongsiaan yang disediakan oleh Facebook (Like dan Share), Twitter (Tweet dan Retweet), Pinterest (PinIt) dan juga laman sosial yang lain.

Dari konten yang kaya di dalam blog, anda boleh kongsikan bukan setakat 1-2 entri tetapi lebih. Maka, seharusnya sebagai seorang blogger, anda patut bina dan muatkan blog anda dengan konten atau kandungan blog yang sentiasa memikat, original, terbaik, unik dan tersendiri.

"Bagaimana untuk run sesebuah website dengan berjaya.
  1. Berhenti dari membina profile akaun sosial.
  2. Pump, pump dan pump konten.
Pernah nampak Facebook gigih bina profile twitter?

Pernah nampak twitter gigih bina profile instagram?

Pernah nampak snapchat gigih bina FB page?

Nak bangunkan akaun sosial ke nak bangunkan website sendiri?

Once website sendiri membangun akaun akaun sosial lain akan turut membangun dengan sendirinya. Peminat peminat anda akan mencari profile anda di setiap laman sosial sekiranya ada.
Lebihkan masa menyibuk di website sendiri daripada menyibuk di akaun sosial." - Mohd Fazreen Jasni, Founder TheVocket

Lihat sahaja kejayaan TheVocket.com yang unggul sebagai 30 laman web paling banyak dikunjungi sehinggakan ada blogger yang menyenaraikan blog ini di dalam Senarai Top Malaysia Best Blog 2015. Memang hebat! Dalam usia setahun jagung, jumlah pembaca di blog tersebut meningkat sangat menakjubkan!

Tahniah kepada TheVocket.com kerana menjadi inspirasi buat ramai blogger baru yang sedang cuba menapak di dalam dunia blog Malaysia.

30 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tips sangat berguna kerana buat saya terfikir.. terlalu banyak masa di laman sosial kadang2 boleh buat mood berblog down dengan anasir2 yang ada. Nak berjaya kena fokus.. tak boleh fokus terlalu banyak perkara dalam satu masa. Boleh menyebabkan stress.. Insya Allah lepas ni akan byk masa dengan blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang betul. Jika terlalu layan dengan FB misalnya, boleh buat kerja2 update blog tergendala, terutama bab advertorial serta post berbayar.

      Padam
  2. Tips yang baik...kena banyak muhasabah diri...bykkan di web sendiri berbanding lama sosial...oh my...kena berubah ni...tq sifu :)

    BalasPadam
  3. nampaknya sy banyak buat silap untuk naikkan trafik blog sy.. hahaha~ okay.. hadamkan tips tersebut.. thanx admi untuk entri "terbukak mata" camgini..

    BalasPadam
  4. Nampaknya content still "The King" utk jadikan blog popular..btw, tahniah utk team The Vocket kerana tersenarai dlm top 30 laman web paling kerap dilawati..

    BalasPadam
  5. kena lupakan nampaknya, misi bina lebih banyak content bermutu..bukan mudah nak hasilkan entry bermutu..

    BalasPadam
  6. Terima kasih Mr HH. Sangat setuju dengan the Vocket. Secara mudahnya, pasang automatik share entri di Google +, FB & Twitter. The rest...buat entri/content & blog yg kemas. Semoga kita semua berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, In Sha Allah .. :) semoga kita semua boleh menjadi Malaysia Best Blog untuk tahun 2015 ini.

      Padam
  7. Kena ambil nasihat ni terutamanya blogger spt saya yg tenggelam timbul. Thanks sharing HH.. :)

    BalasPadam
  8. harusnya jadikan laman sosial sebagai link ke blog

    BalasPadam
  9. Kena pahatkan ke dalam otak ni,kalau tak lupa lagi.

    BalasPadam
  10. Nasihat yang sangat berguna utk saya yg baru berjinak2 dgn blog.. terima kasih atas perkongsian =)
    danishdamiadaris.blogspot.com

    BalasPadam
  11. blog saya semoga bisa seratus orang saja sehari sudah syukur sekali

    BalasPadam
  12. bagusnya tips ni. terima kasih kerana sudi berkongsi tips ni HH. InshaAllah.. pump, pump, dan pump konten..!

    BalasPadam
  13. Macam tak percaya pula, bukankah media sosial dan blog saling berhubung kait.

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Terima kasih, moga beroleh manfaat dari perkongsian ilmu ini.

      Padam
  15. Tips berguna untuk saya. Ok kena betulkan balik fokus ni. Thanks!

    BalasPadam
  16. sure ramai pasni yang nak jadi macam TheVocket...tapi tak faham apa yang mereka cuba sampaikan..:D

    BalasPadam
  17. dia berjaya sbb yg promote fanpage yang juta2 like.. so easily utk dapatkan traffic tinggi dari laman sosial...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul. Tapi bagaimana nak promote kalau blog itu konten dia ada 3 je dalam seminggu! .. Jadi konten kena banyak, baru boleh promote di laman fanpage TARGETED audience, sesuai dengan rencana dan artikel yang dikongsikan.

      So, berbalik semula pada konten. Blog mesti kena kaya dengan konten, baru boleh lakukan promosi yang menjana trafik.

      Padam
  18. Patut ler blog saya terabai.....

    BalasPadam
  19. Tuan HH, SP sanggah pendapat editor TheVocket.com. Kenapa? Kita perlukan laman sosial untuk mempromosi laman blog kita, cuma ada satu rahsia yang kita semua terlupa untuk amalkan, BERSEDERHANA..itulah salah satu rahsia besar bagi sebahagian blog mendapat ranking yang baik dalam dunia internet..tapi kena kaji sendiri la bagaimana..rasanya SP dah dapat rahsia tu..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh jika dah dapat .. bolehlah bagitahu ye tak? Ke memang rahsia yang tidak boleh dipecahkan?

      SP kena faham ayat di atas, apa yang dimaksudkan ialah membina profile laman sosial. Hits yang dimahukan bukan ke atas laman sosial profile kita, tetapi blog. Jika kita asyik mahukan banyak LIKE untuk status kita tetapi blog tak ada konten baru, jadi merugikan.

      Dari blog kita boleh dapatkan like utk FB dan segala bagai. Bila dah ada banyak follower laman sosial dan fanpage bertambah ... maka barulah dapat kongsi entri blog. Tapi bagaimana nak kongsi kalau blog hanya ada 3-4 konten baru setiap minggu?

      Padam
    2. As-Salam Tuan HH. SP mohon maaf kiranya seolah mahu mengajar tapi anggaplah sekadar perkongsian ilmu untuk kebaikan bersama.

      Blog SP baru berusia 2 tahun dan sangat memerlukan profile laman sosial untuk mempromosikan blog.

      Mengenai pendapat admin thevocket.com, itu ada benar dan tidak benarnya. Persoalan utama ialah, kita sebagai blogger, kita mahukan pageviews dan rank (alexa, google page rank etc) yang baik, kan?

      Kecuali kita ada wang yang banyak untuk beriklan di blog blogger lain, facebook ads, google adsense, twitter ads, seorang blogger tiada cara lain selain membina profile laman sosial kerana itu adalah cara paling mudah, pantas dan murah.

      Jika matlamat blogger adalah pageviews, seorang blogger harus melupakan page rank, dan jika page rank menjadi matlamat, pageviews mungkin harus dilupakan pula.

      Kecuali anda seorang blogger yang hebat dalam erti kata sebenarnya, contoh: blog hasrulhassan.com sendiri malah blog thevocket.com juga.

      Pageviews dan ranknya hebat. Kenapa? Bukan hanya kerana pengikutnya di laman sosial tetapi juga kerana kualiti konten yang ada pada blog. Sesuatu yang dicari dan mahu dibaca.

      Bila kita berbicara soal profile laman sosial, kenapa ada yang ramai pengikut tapi ranknya rendah (tinggi) berbanding blog lain? Disitulah rahsianya.. Selain blog berkualiti, pengikut pula wajib berkualiti..:)

      p/s: profile laman sosial terbaik adalah Google+ (pilih blogger sahaja untuk menjadi friends list) ;)

      Seperti kata tuan HH sendiri, "Dari konten yang kaya di dalam blog, anda boleh kongsikan bukan setakat 1-2 entri tetapi lebih. Maka, seharusnya sebagai seorang blogger, anda patut bina dan muatkan blog anda dengan konten atau kandungan blog yang sentiasa memikat, original, terbaik, unik dan tersendiri".

      Itu sememangnya benar tapi tidak sentiasa benar. satu artikel yang berkualiti lebih baik dari 10 artikel yang tidak berkualiti.

      p/s: jangan SPAM artikel anda di facebook, bounce ratenya sangat tinggi. Cukup pos di profile laman sosial anda..:)

      Banyak lagi nak dikongsi tapi takut pula korang meluat..hehe

      Padam
  20. pengalaman....dulu akak selalu post entry blog dlam FB,hingga ada rakan2 yg meluat sampai unfriend,kutip nasihat dari kebanyakan otai2,buat fanpage sendiri,post je dlm fanpage,sehingga kini rakan yg like semakin bertambah,tak ada lagi yang bising2,x de lagi rakan2 fb yang unfriend dah...x tahulah la kalau ada yg unfriend secara diam2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement