Keluarkan duit dari Paypal. Alhamdulillah, rezeki dari blog, atas kehendak Allah S.W.T. Disebabkan USD yang nilainya lebih tinggi, maka saya ambil keputusan untuk keluarkan sebahagian income USD dari akaun Paypal saya. Jika anda nak buat duit dengan blog dengan lebih lumayan, saya syorkan anda cari platform pengiklanan yang bayar anda dalam USD.

Rezeki Allah S.W.T. Bukan rezeki mudah nak dapat seandainya tidak diusahakan.

Siapa ada akaun Paypal, aktifkan penggunaannya. Caranya ialah cari pengiklanan yang bayar dalam USD, ada banyak syarikat pengiklanan blog yang bayar dalam USD, antaranya Komli, H12, Media White Ads, PopAds dan banyak lagi. Oppss Komli bayar USD tetapi terus ke akaun bank ... hoho.

Keluarkan Rezeki Dari Paypal


Menerusi Paypal, anda boleh ambil peluang-peluang untuk kerjasama dengan banyak syarikat antarabangsa untuk maksimakan income blog anda. Dari Paypal, anda boleh keluarkan duit yang ada terus ke akaun bank anda, contohnya Maybank dan CIMB. Masa pengeluaran adalah dalam tempoh 2-3 hari bekerja. Dan had minima untuk keluarkan income atau duit yang ada dalam Paypal ialah RM400. Tiada caj dikenakan untuk nilai melebihi RM400.

Jika nak tahu lebih lagi mengenai Paypal, anda boleh muat turun panduan yang diberikan ini - Panduan Paypal Malaysia.

Oh ya, Paypal bukan sahaja berguna untuk anda terima income dari platform pengiklanan sahaja, tetapi jika anda ada bisnes online, atau apa-apa sahaja bisnes yang mahu dikembangkan ke serata dunia, dan membolehkan bisnes atau perniagaan anda menerima pembayaran kad kredit secara mudah, maka boleh gunakan servis dari Paypal ini.

Bayangkan, bisnes belacan online anda dibeli dari luar negara, bayar USD pula tu ... uhh ..

Bayangkan juga bisnes tudung anda ditempah berkoyan-koyan untuk supply ke negara seperti US, UK ... bayar dalam USD, guna kad kredit mudah ... menerusi Paypal, bisnes anda boleh jadi international tu.

Oklah.

Ambil peluang yang ada, jangan tunggu tunggu ....

p.s: Saya sekarang (ketika entri ini ditulis) berada di Pantai Sura Dungun, menginap di salah sebuah homestay yang pernah saya promosikan di blog ini ... :) Terima kasih pada tuan punya bisnes.



23 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang jika punya paypall peluang untuk memasuki bisnis internet dari banyak negara terbuka lebar

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..tahniah tuan HH
    moga tuan hh sentiasa dimurahkan rezeki. pasal paypal ni kan, sy ada soalan, jap nk submit soalan kat fb tuan hh

    BalasPadam
  3. PG belum pernah daftar mana-mana paypal.

    uncle HH,
    PG nak jemput join GA ni.
    menang iphone 5s dengan mudah!

    jemput ya. rakan-rakan lain pun boleh join sama :)

    BalasPadam
  4. Thanx lagi skali Saudara HH atas maklumat yang bermanfaat. Sangat hargai segala ilmu saudara.

    BalasPadam
  5. masyukkk tuan..sy kongsi 1 teknik yg saya buat dan terbukti menjana USD.

    Jual produk PLR/sendiri/affiliate dengan cara promosi di forum yang berkaitan..ltk laman produk/squeeze page di siggy forum..dan aktif komen serta pos thread dlm forum tersebut selama sebulan..

    Kalau x nak konpius..set je 1000 forum post kemudian bila dh capai blh la nak stop dan cari produk baru plk atau tweak yg sedia ada.

    BalasPadam
  6. Rugi kalau simpan banyak-banyak USD dalam Paypal tu. Lebih baik cash masa Ringgit tengah rendah ni.

    BalasPadam
  7. Wah! banyaknya... boleh belanja hari raya ni.. gong xi fat choi. Ampau besar ehhh

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, dengan akaun PayPal ni dh rm1000 sy keluarkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur. Rezeki Allah S.W.T nak bagi dalam banyak peluang dan ruang.

      Padam
  9. memang best kalau income seperti ini..terbaik la

    BalasPadam
  10. paypal..bank online untuk pasaran antarabangsa :)

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. Rezeki memang perlu diusahakan. Manfaatkannya untuk kebaikan dan mereka yang berhak. Insya-Allah bertambah murah lg rezeki.

    BalasPadam
  12. wah menarik untuk di-eksplore. Saya suka dgn ayat HH "rezeki Allah SWT bukan rezeki mudah nak dapat andai tidak diusahakan".

    Btw, saya dah join GA HH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Alhamdulillah, semoga kita sentiasa berada di dalam keadaan yang mengizinkan untuk terus berusaha mendapatkan apa yang telah ditentukan.

      Janji Allah itu pasti untuk mereka yang tahu untuk berusaha.

      Padam
  13. Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki kecil Allah S.W.T nak berikan.

      Padam
  14. setakat masih belum pernah keluarkan duit dari paypal..selalunya duit yang ada akan digunakan untuk tujuan lain..hehehe

    BalasPadam
  15. Berkat penulisan yang berkesan...inilah hasilnya...semoga tuan beroleh rezeki yang murah lagi...amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Terima kasih atas compliment .. tapi income yang dapat ini bukan disebabkan itu .. :) hehehe

      Padam
  16. Terimakasih atas informasi yang baik ini, kita berharap rejeki yang kita dapat semakin halal dan diberkahi oleh Allah SWT. Bershodaqoh, salah satu cara membersihkan harta yang kita dapatkan. Terimakasih kawan. Salam damai dari sahabat dinegeri seberang. amin...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement