Jadual tarikh kursus perkahwinan JAKIM 2015. Baru-baru ini, ramai rungut mengenai kos atau harga kursus perkahwinan yang telah naik di Wilayah Persekutuan. Sebelum ini, kos untuk satu kursus perkahwinan di Wilayah Persekutuan adalah RM80, namun baru-baru ini kos atau bayaran tersebut telah dinaikkan terutama untuk calon suami isteri yang mendaftar dengan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Kadar baru tersebut naik menjadi RM120. Anda boleh lihat pekeliling edaran harga tersebut di
Harga Terkini Sijil Kursus Kahwin
Kursus Perkahwinan oleh JAKIM
Walaubagaimanapun, buat calon-calon yang mahu berkahwin tahun 2015, usah risau dengan harga tersebut, kerana pihak JAKIM ada sediakan juga kursus perkahwinan di bawah
Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama . Harga pula setakat entri ini ditulis masih lagi pada harga RM80.00 (kemaskini 9 Februari 2015).
Dan anda boleh tempah kursus perkahwinan atau praperkahwinan anda menerusi borang online yang disediakan.
Nanti anda boleh semak sendiri di laman web JAKIM, mana tahu selepas info ini ditulis harga kursus sudah seragam menjadi RM120. Apapun mahu tidak mahu, untuk pasangan di Malaysia yang mahu berkahwin, anda wajib ada sijil kursus kahwin untuk pernikahan.
Untuk mereka yang berminat untuk hadiri kursus perkahwinan atau kursus praperkahwinan oleh pihak JAKIM, anda boleh semak jadual serta tarikh kursus tersebut akan diadakan seperti di bawah.
Jadual Tarikh Kursus Perkahwinan JAKIM 2015
Kursus perkahwinan oleh JAKIM 2015 akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, bertempat di Auditorium Parcel D, Blog D8 Putrajaya. Pendaftaran dan pengesahan akan bermula jam 12:00 tengahari hingga 2:00 petang. Manakala kursus akan bermula dari jam 2:00 petang hingga 7:00 petang (Sabtu) dan bermula dari 8:30 pagi hingga 7:00 petang pada hari ahad.
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk laman web
Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU).
Anda juga boleh hubungi nombor-nombor telefon di bawah ini untuk info mengenai pendaftaran, jadual serta tarikh kursus perkahwinan oleh JAKIM untuk tahun 2015.
- Pn. Noralifah binti Ismail 013-3257540
- Urusetia (Pn.Rosnani) 013-6329351
- (PKPU) Jakim Putrajaya 03-8888 0257
- Us. Nazri bin Shuaibon 03-8888 5678/017-3879840
Semoga bermanfaat.
booking2
BalasPadamBukukan .. bukukan (booking)
PadamKena bawa jugak...Yang free takde ke tuan HH?
BalasPadamha la nie murah g nak p dgn sapa pun x tau la
BalasPadamLorrr .. pergi sendiri je la .. :P
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.