Harga tiket ini merupakan harga tiket terkini Zoo Negara dalam pakej lawatan termasuk Giant Panda. Harga tiket lama untuk pelajar rombongan sekolah ialah RM18 (3-12 tahun) dan RM28 (13 tahun ke atas) seorang. Manakala untuk guru pengiring, harga tiket lama ialah sebanyak RM30 seorang.
Harga Tiket Terkini Zoo Negara Untuk Pelajar Sekolah
Harga tiket terkini Zoo Negara bermula 25 Februari 2015 termasuk lawatan ke Giant Panda dikurangkan sebanyak 44 - 50 peratus.- Pelajar Sekolah - RM10 seorang
- Guru Pengiring - RM15 seorang
Walaubagaimanapun, harga tiket untuk orang awam kekal dengan harga lama.

Hmm ... harga tiket untuk masuk ke Zoo Negara pada saya agak mahal. Sama juga dengan harga tiket untuk masuk Taman Burung Kuala Lumpur yang saya fikir agak membebankan. Harga tiket yang membebankan ini boleh menjadi penyebab kurangnya pengunjung ke tempat-tempat menarik seperti Zoo Negara dan Taman Burung Kuala Lumpur.
Harga Tiket Agak Membebankan
Sebagai satu lokasi tarikan yang lebih kepada berbentuk pendidikan, saya fikir harga tiket masuk patut dikurangkan. Bila harga tiket agak murah, maka volume atau bilangan pengunjung boleh bertambah. Dari segi logiknya, ia akan memberikan keuntungan disebabkan jumlah bilangan tiket yang lebih mudah terjual.Kasihan anak-anak yang kepingin nak melihat haiwan dan burung liar. Mereka ada sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Apabila harga tiket jadi penghalang, mungkin mereka tidak akan ada peluang untuk menyedari bahawa di muka bumi Allah S.W.T ini ada makhluk lain sedang berkongsi.
Bukan semua orang mampu nak bayar harga tiket sebegitu, mengalahkan harga sekampit beras dah jadinya.
Pengalaman melihat haiwan dan burung liar secara live tidak sama dengan menonton di TV. Jadi, saya harapkan esok lusa mungkin harga tiket boleh dikaji semula untuk menarik lebih ramai pengunjung. Jika tidak, kawasan tarikan dan pendidikan seperti Zoo Negara dan Taman Burung KL ini akan hanya jadi projek gajah putih semata, tanpa ada pengunjung yang sudi menyinggah.
[Update] Harga tiket Zoo Negara Malaysia terkini sudah naik selepas GST, boleh baca infonya di pautan ini - Harga Tiket Masuk Terkini Zoo Negara
Apa kata anda?