Al Fatihah. Saya baru sahaja mengetahui bahawa Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia. Takziah buat keluarga serta sanak saudara beliau. Sesungguhnya ia satu kehilangan dalam politik tanahair. Nama beliau merupakan nama yang cukup penting dalam politik Malaysia era 90an. Datuk Nik Aziz meninggal dunia dalam usia 84 tahun.

Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah seorang ikon politik yang disegani kawan dan lawan. Beliau merupakan Menteri Besar Kelantan yang paling lama menjawat jawatan tertinggi kerajaan negeri Kelantan, iaitu bermula tahun 1990 hingga 2013.
Datuk Nik Aziz Nik Mat Di Pejabat Menteri Besar Kelantan
Walaupun ada beberapa insiden dan kejadian yang mengundang rasa tidak senang, namun secara amnya beliau seorang yang ada karisma dan pandangan sendiri dalam politik Malaysia. Beliau dihormati serta disegani kerana ilmunya dan juga pendapatnya yang ada masa bersifat kontroversi.

Tak banyak saya dapat bercerita mengenai tokoh ini memandangkan saya bukanlah peneliti tegar politik Malaysia. Namun begitu, saya pernah melihat usaha-usaha beliau dan sering mendengar khabar cerita dari rakan-rakan dari negeri Kelantan akan ketokohan serta kerendahan hati budi Datuk Nik Aziz yang tidak terdapat pada pemimpin Malaysia yang lain.

Datuk Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia

Tok Guru. Murshidul Am PAS ini meninggal dunia pada jam lebih kurang 9:40 malam 12 Februari, iaitu sejam selepas keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.  Datuk Nik Aziz telah mengabdikan dirinya dengan parti PAS sejak tahun 1967 lagi.
Datuk Nik Aziz Nik Mat Makan Nasi Bungkus
Datuk Nik Aziz atau lebih dikenali sebagai Tok Guru dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada 1931. Beliau mendapat pendidikan tinggi di India serta Pakistan sebelum mendapat Sarjana Perundangan Islam di Mesir pada tahun 1960-an. Selepas pulang ke tanah air, Nik Aziz yang ketika itu berusia 31 tahun, melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis, Tuan Sabariah Tuan Ishak, yang juga pilihan kedua orang tuanya. Hasil perkahwinan tersebut, Datuk Nik Aziz dikurniakan 10 orang anak.

Sekali lagi takziah daripada saya untuk pihak keluarga, sanak saudara Datuk Nik Aziz.

Al fatihah.

Al fatihah buat Datuk Nik Aziz Nik Mat


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. innalillahi wainnalillahi rojiun hmm :((( al fatihah!!! :(((( !!! :(

    BalasPadam
  2. Kesedihan dirasai oleh semua rakyat di Malaysia.
    Innalillahi waiinailaihi rojiu'n...

    BalasPadam
  3. Al-fatihah untuk Tok Guru Nik Aziz. Kehilangan ulama yang begitu bernilai. Pemimpin yanng berjiwa rakyat.

    BalasPadam
  4. Kehilangan yang memang tiada gantinya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement