Rakan blogger baru tersebut dah mula merasa dapat PO (Purchase Order) daripada Komli. Jadi, dia bertanyakan kepada saya mengenai contoh invois untuk dihantar kepada pihak Komli. Jadi, atas dasar pengalaman sedikit dengan Komli ini, saya berikan contoh invois yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk blogger berkenaan, malah untuk blogger-blogger lain juga yang mungkin tidak tahu cara nak keluarkan earnings daripada akaun Komli.
Cara Keluarkan Income dari Komli

Ok.
Sebelum itu, biar saya berikan sedikit info mengenai cara nak keluarkan income dari akaun pengiklanan Komli ini.
- Daftar Komli secara percuma berdasarkan kriteria dan syarat ditetapkan. Anda boleh rujuk entri Cara Daftar Iklan Komli untuk cara mendaftarkan blog untuk iklan Komli.
- Masukkan kod atau script pengiklanan Komli dalam blog - banner 300x250, 300x600, 728x90, 970x250, 120x600 dan banyak lagi. Pilih mana yang sesuai. Anda boleh rujuk entri Tips Letak Iklan Banner di Blog sebagai panduan.
- Setiap bulan, iaitu antara 27-31 hb, Komli akan hantar PO menerusi email yang menunjukkan income yang terjana hasil banner iklan yang anda letakkan di dalam blog. Contoh PO adalah seperti di bawah ini.
- Dalam PO tersebut, anda akan diminta menghantar satu invois kepada pihak Komli iaitu ke bahagian jabatan akaun Komli (untuk Malaysia di Mid Valley City) berserta dengan salinan PO yang anda terima. Anda boleh hantar samada menerusi faks atau email ke finance.malaysia@komli.com.
- Setelah anda hantar salinan PO dan juga invois, anda akan terima income terus masuk ke akaun bank dalam masa 30-60 hari bekerja. Tiada pemberitahuan akan dibuat, anda akan hanya tahu income dah masuk apabila check di penyata akaun bank anda sahaja.

Dah nampak aliran bagaimana proses Komli ni kan? Ok, sekarang masalah adalah bagaimana nak sediakan invois tersebut.
Contoh Invois Keluarkan Income Komli
Invois tu tak susah pun, anda boleh gunakan template invois pengiklanan yang saya ada berikan di entri ini - Contoh dan Template Invois untuk Pengiklanan BlogCuma anda perlu buat sedikit penambahan, iaitu dengan memasukkan alamat serta butiran akaun bank untuk proses kemasukkan pendapatan ke dalam akaun. Anda boleh lihat contoh invois lengkap yang saya sediakan seperti di bawah ini.

Jadi, terserah pada anda untuk hantar PO dan invois setiap bulan atau buat cara saya ini secara berkala. Saya suka buat berkala untuk dijadikan simpanan sementara atau tabungan. Kalau keluar setiap bulan, maka setiap bulan la habis .. hoho ...
Ok. Saya harap entri ini bantu blogger-blogger yang baru berjinak dengan platform pengiklanan Komli ni.
Oh ya, satu tips daripada saya jika anda gunakan iklan Komli dalam blog. Anda seharusnya tak biarkan iklan Komli anda kosong dan siar iklan default iaitu gambar penumbuk atau iklan tulis 'Komli'. Saya ada kongsikan cara nak optimasi ruang iklan Komli supaya anda boleh letak iklan lain seperti banner iklan affiliate, banner iklan sendiri, banner iklan H12, Nuffnang, Innity, malah Adsense. Dengan ini, apabila tak ada iklan Komli yang best-best, secara automatik akan keluarkan iklan-iklan anda yang lain. Cubalah ye.

p:s - Jangan terpedaya dengan angka-angka yang ada dalam PO dan invois, ia hanya sekadar contoh sahaja... lalalala
Assalammualaikum... bro HH,
BalasPadamMoga earning komli nie ... membakar semangat bloger2 lain... untuk memilih komli atau nuffnang...
mselim3
Hmmm Komli membayar dalam USD, tetapi dia ada syarat untuk daftar, bukan semua blog boleh apply Komli Ads ni.
Padamwah menarik pengiklannan dari komli.
BalasPadamalamat HH tu menarik :P
Haha, ada gak yang perasan ye .. hehehehee... huhuhuhu...
Padaminfo yang bagus HH
BalasPadamTerima kasih Lulu .. :)
Padamsaya tak pernah buat lagi komli tu , nk try la , membakar semangat betul
BalasPadam:)
http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/02/1st-giveaway-wanitabesiberbicara.html
Macam best jer! Macam menarik jer! kena cuba gak ni...esp newbie mcm saya ni.
BalasPadamTerima Kasih tuan
BalasPadamSama-sama, harap ia dapat menjelaskan cara yang betul untuk cash out dari Komli.
Padamhebat gile earning dari Komli..hohoh
BalasPadamHahahaa .. adeh.. ngata gua letew la
Padamwoo first time dgr
BalasPadamFirst time dengar pasal Komli ke? Uhh .. biar betui ...
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.