Cara Tuntut Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2015. Saya ada informasi penting untuk mereka yang merupakan penerima BR1M untuk tahun 2015. Pastikan anda ketahui informasi ini kerana penerima BR1M dari kategori isi rumah dan warga emas adalah layak untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2015.

Untuk Skim Khairat Kematian, sebanyak RM1000 akan diberikan kepada waris untuk tempoh kematian penerima BR1M 2015 dari 1 Januari - 31 Disember 2015. Ianya hanya tertakluk kepada penerima BR1M 2015 kategori warga emas dan isi rumah sahaja. Waris juga akan terima baki BR1M yang belum dituntut selain daripada wang skim khairat kematian.

Cara Tuntut Skim Khairat Kematian RM1000 BR1M 2015

Cara Tuntut Skim Khairat Kematian BR1M 2015

Tuntutan boleh dibuat hanya menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional sahaja. Tuntutan kini boleh dilakukan mulai 2 Februari 2015. Anda hanya perlu membawa dokumen berikut:
  • Sijil kematian
  • Kad pengenalan asal waris
SKM ini hanya untuk waris dalam kategori isi rumah dan juga warga emas yang sah sebagai penerima BR1M 2015. Penerima tunggal atau individu bujang adalah tidak layak untuk membuat tuntutan.

Untuk BR1M 2014, anda pula layak untuk buat tuntutan i-BR1M, boleh rujuk artikel ini - Cara Buat Tuntutan iBr1m 2014

Semoga informasi ini bermanfaat dan menjadi pedoman apabila mahu membuat tuntutan skim khairat kematian yang terkandung di dalam perjanjian penerimaan BR1M 2015.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih banyak info nya... waris saya tak layak sebab saya tak layak BR1M nih...

    salam singgah

    BalasPadam
  2. Maklumat terkini tentang br1m ni...terkasih tuan HH.

    BalasPadam
  3. Pegawai incharge tentang brim mempunyai nafsu masing2....ada yg layak diberi tidak diberi....ada yg xlayak dberi, diberikan......teruk betul ...terutamanya di sarawak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement