Apakah ayat untuk pikat pelanggan berkunjung ke blogshop anda? Ehem. Adakah anda seorang blogger yang ada bina blogshop atau blog niaga untuk bisnes? Jika ya, mungkin boleh ikuti tips mengenai membuat sebuah blog niaga yang baik ini.

Apa yang akan saya cuba kongsikan sedikit sebanyak ini adalah berdasarkan pengalaman yang dikutip daripada rakan-rakan yang buat bisnes, dan daripada pembacaan saya sendiri. Saya akan kongsikan tips untuk blogshop - bagaimana memikat pelanggan dengan ayat niaga yang berkesan.
Cara Ayat Memikat Pelanggan Blogshop

6 Cara Ayat Memikat Pelanggan untuk Blogshop

  1. Pertama sekali, jika ada produk, buat ayat menyatakan akan kesan produk tersebut. Tak perlu panjang, ianya mesti ringkas dan padat. Kesan tersebut mestilah kesan yang paling ketara. Contoh: Cerah Dalam Masa Seminggu atau Beli, Jimat dan Puas Hati.
  2. Harga. Penampilan harga ini sangat penting kerana memberi peluang untuk pengunjung dan bakal pembeli membandingkan harga produk. Sebagai seorang peniaga, jika anda ikhlas dan jujur ... maka anda tidak perlu takut untuk memaparkan harga sebenar produk anda.
  3. Harga sebenar dan harga diskaun. Ramai yang akan membeli produk yang harganya lebih murah dari pasaran semasa. Maka, ayat untuk memikat pelanggan menggunakan harga sangat berkesan jika benar harga tersebut lebih murah. Awas ...jangan jual barangan dan produk tiruan. Contoh ayat: Minuman Sunnah - RM30 Kini RM15, Potongan 50 Peratus!. Atau boleh juga cuba begini; Baju Import Baru - RM10 Sehelai, RM15 Untuk Dua Helai!.
  4. Gunakan nama duta produk (jika ada). Selalunya duta produk adalah selebriti atau ikon dalam masyarakat. Menggunakan nama mereka sebagai pemikat produk adalah antara strategi yang baik, cuma jangan salah guna. Contoh: Pelansingan Badan Pilihan Nora Danish, atau Minuman Tenaga Pilihan Rosyam Nor.
  5. Menyatakan bentuk tawaran. Ayat memikat berbentuk begini menyatakan tawaran hebat yang diberikan kepada pengunjung dan bakal pembeli apabila mendapatkan produk yang dijual. Contohnya; Beli 2, Percuma 3 atau 1001 Produk Hebat, 3001 Produk Percuma. 
  6. Testimonial. Selalunya pengunjung mahu tahu kesan dan akibat membeli sesuatu produk, terutama produk kesihatan. Untuk itu, testimonial penting. Ayat testimonial boleh digunakan untuk memikat bakal pelanggan anda, contohnya; "Dulu Letih, Sekarang Bertenaga!" - Broframestone; atau boleh cuba "Sekali Baca, Dapat 100 Pelanggan Setia" - AbangEnsem.com


In Sha Allah, buat mereka yang ada blog niaga boleh praktikkan tips-tips untuk membuat ayat niaga dan penarik pelanggan di atas. Buatlah dengan berhemah. Rezeki itu datang dari Allah, jika kerana Allah kita lakukan, insyaAllah ... akan ada kesudahan yang baik.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terbaik...tq untuk panduan mengayat ni ^^

    BalasPadam
  2. blog niaga perlu promote habis-habisan...

    BalasPadam
  3. Ada sesetengah shopping cart tiada testimoni...ramai yang singgah tapi sikit je yg berani beli.

    BalasPadam
  4. Terima Bro HH sebab berkongsi tips yang sangat menarik ini :)

    BalasPadam
  5. ngeh ngeh ngeh... tq for the tips! ku cobaaa...

    BalasPadam
  6. ada sesetengah peniaga lak, ayat dah power, tapi respon kepada customer lambat sangat.
    bila ada pertanyaan, lambat dapat jawapan

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum. Komen ke-3 di blog ini.
    Soalan : Tips mengayat awek tiada?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement