Bayaran guna kad kredit di kedai online - salah satu cara untuk membolehkan belian dilakukan dengan lebih banyak, yang pastinya akan mendatangkan sales dan pendapatan lebih masyuk.
Cara Nak Bolehkan Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit
Ya, memang ada cara. Selain membolehkan bayaran dilakukan menggunakan kad kredit, pelanggan yang mahu membeli juga boleh buat bayaran gunakan kad debit.
- Bayaran guna bank transfer ikut ATM atau CDM (Cash Deposit Machine)
- Bayaran guna bank transfer menerusi perbankan online seperti Maybank2u atau CIMBClicks.
- Bayaran COD (Cash on Delivery)
Jadi, untuk berikan pilihan yang lebih kepada bakal pelanggan, seharusnya pemilik-pemilik kedai online ada fungsi yang membenarkan pelanggan bayar gunakan kad kredit atau debit secara online.
Bagaimana?
Guna PayPal Untuk Terima Bayaran Kedai Online Gunakan Kad Kredit
Caranya ialah dengan mendaftarkan sebuah akaun menerusi PayPal. Bagi bisnes kecil-kecil, boleh buka akaun personal secara percuma di PayPal. Apabila sudah ada akaun PayPal, maka bolehlah gunakan kelebihan yang ada di dalam PayPal untuk terima dan buat bayaran menggunakan kad kredit.
Jadi bayangkan, dengan PayPal, anda boleh antarabangsakan bisnes online anda! Bukan setakat dapat pelanggan dari Malaysia, malah Asia Tenggara, Asia, Eropah .. Amerika!
Cuba baca Cara Terima Bayaran Guna Akaun PayPal - Ada step-by-step diceritakan untuk buka akaun PayPal.

Dalam panduan ini, anda akan tahu cara nak buka akaun PayPal samada peribadi atau untuk bisnes, cara nak terima bayaran dari customer, cara nak keluarkan income atau pendapatan dari PayPal, cara nak letakkan fungsi PayPal di kedai online, cara nak pindahkan duit dari akaun bank atau kad kredit, had-had tertentu dalam Paypal dan banyak lagi, termasuk juga cara nak tutup akaun PayPal anda.
Semoga bisnes online anda berjaya ke peringkat yang lebih tinggi, in Sha Allah.
nak lagi bagus, pakai payment processor Onpay dari Malaysia..atau lain lain tu..daripada Paypal..:D
BalasPadamBagus juga ada kemudahan paypal ni, satu alternatif cara pembayaran yang mudah untuk pelanggan..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.