5 Perkara Unik Tentang Jepun. Uniknya Jepun sampai susah juga saya nak cerita mengenai keunikan Jepun ni, al maklumlah saya tidak pernah ke sana. Tapi, saya ada kawan yang abangnya berkahwin dengan orang Jepun, dan ada beberapa kawan yang pernah belajar dan kerja di Jepun. Saya pun hairan apalah yang best dan uniknya Jepun sampai dijadikan pilihan dalam kehidupan mereka.

Ok. Bila bercakap mengenai uniknya Jepun ini; saya pasti akan singkap buku sejarah lama. Hanya sejarah sahaja yang boleh berikan bukti berfakta benar lagi tepat akan keunikan yang ada pada negara Jepun, yang gah dikenali sebagai Negara Matahari Terbit (Nippon) ini.

5 Perkara Unik Tentang Jepun

5 Perkara Unik Tentang Jepun

Jepun, antara negara yang saya kepingin nak pergi.... hoho .. eceh .. mentang-mentang sudah ada buku merah yang membolehkan saya melancong ke luar negara ..

Saya teringin nak ke Jepun sebab lima perkara berikut yang memberikan satu keunikkan pada negara matahari terbit ini.
  1. Jepun merupakan negara yang punyai paling ramai warga emas, yang berumur lebih 100 tahun. Dan ramai mereka tinggal di kawasan pendalaman beriklim lebih sejuk dan nyaman. Saya mahu tahu rahsia mereka ini, dan lihat bagaimana mereka jalani kehidupan sehingga membolehkan umur lanjut usia dalam kesihatan yang baik.
  2. Jepun adalah sebuah negara kepulauan. Ia ada lebih 6,500 pulau. Uniknya Jepun yang wujud dari pulau-pulau yang membentuk sebuah negara berlandaskan ekonomi dan teknologi hebat.
  3. Ada banyak perkara menarik di Jepun - tembikai petak, keretapi paling laju, lebuhraya yang melalui sebuah bangunan, jalan bawah laut, terowong antara pulau, pulau penuh dengan arnab dan sebagainya.
  4. 5 Perkara Unik Tentang Jepun
  5. Negara paling banyak buat kesilapan ejaan bahasa Inggeris memandangkan masalah penggunaan huruf R dan jati diri mereka terhadap bahasa kebangsaan. Walaupun begitu, teknologi Jepun antara terbaik di dunia malah digunakan secara meluas di negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
  6. Ada lebih 200 gunung berapi di Jepun, dan kebanyakkan masih lagi aktif. Ia juga negara paling banyak terima musibah bencana alam. Malah, Jepun antara negara paling mudah berkembang dan bangkit hatta selepas terkena bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, banjir dan ribut taufan.
  7. Kota fesyen. Banyak fesyen pelik bermula dari Kota Tokyo, Jepun. Walaupun begitu, fesyen kimono tetap menjadi perhatian apabila ke Jepun.
  8. Ninja Warrior antara game rancangan TV yang popular seluruh dunia.
  9. Banyak lagi ....
Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang boleh dijadikan fakta dalam uniknya Jepun, tetapi seperti awal saya katakan tadi, saya tak pernah lagi sampai ke Jepun. Apa yang diceritakan di atas adalah bersandarkan kepada kisah kawan-kawan yang pernah ke Jepun, dan saya susuli dengan pencarian sumber untuk pengesahan.

Kontest Japan Budget Trip

Entri ini merupakan satu entri penyertaan kontest dianjurkan oleh Japan Budget Trip. Maka, seandainya anda pernah ke Jepun, mungkin boleh kongsikan cerita uniknya Jepun dan menang hadiah yang ditawarkan.

Penaja Utama : Japan Budget Trip
Penaja Bulanan/Saguhati: Travelog.my , Azeni Ahmad , Hawwa Firdaus , Sitizan , eXplorasa , Travel And Foods Blog , Kisahtatie

Hadiah Utama:
Hadiah Bulanan: 
  • Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  • Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  • Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  • Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  • Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Sumber: http://www.factslides.com/s-Japan

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah bekerjasama dgn syarikat dan kumpulan kerja jepun untuk projek master saya..cara kerja dan layanan mereka sgt awesome..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasal. Ibu saudara saya ada anak angkat Jepun .. sbb program pertukaran budaya dasar pandang ke Timur satu masa dulu. Derang memang disiplin tinggi ...

      Padam
  2. Memang masuk wishlist sebenarnya...
    all the best bro hasrul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ... mana tahu ada rezeki saya ke Jepun, leh cerita lebih banyak lagi mengenai negara Matahari Terbit ini ...

      Padam
  3. terima kasih kerana sudi memeriahkan contest ini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, harap dapatlah menang sesuatu nanti ye .. hoho ...

      Padam
  4. Shad singgah sini sifu.. :D
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2015/02/lima-perkara-unik-tentang-jepun.html

    BalasPadam
  5. saya bekas graduan dari Jepun ..Alhamdulillah dapat jejak ke sana satu nikmat Allah yang tak ternilai . Semoga admin dapat jejak ke sana satu hari nanti .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement