Ok. Bila bercakap mengenai uniknya Jepun ini; saya pasti akan singkap buku sejarah lama. Hanya sejarah sahaja yang boleh berikan bukti berfakta benar lagi tepat akan keunikan yang ada pada negara Jepun, yang gah dikenali sebagai Negara Matahari Terbit (Nippon) ini.
5 Perkara Unik Tentang Jepun

Jepun, antara negara yang saya kepingin nak pergi.... hoho .. eceh .. mentang-mentang sudah ada buku merah yang membolehkan saya melancong ke luar negara ..
Saya teringin nak ke Jepun sebab lima perkara berikut yang memberikan satu keunikkan pada negara matahari terbit ini.
- Jepun merupakan negara yang punyai paling ramai warga emas, yang berumur lebih 100 tahun. Dan ramai mereka tinggal di kawasan pendalaman beriklim lebih sejuk dan nyaman. Saya mahu tahu rahsia mereka ini, dan lihat bagaimana mereka jalani kehidupan sehingga membolehkan umur lanjut usia dalam kesihatan yang baik.
- Jepun adalah sebuah negara kepulauan. Ia ada lebih 6,500 pulau. Uniknya Jepun yang wujud dari pulau-pulau yang membentuk sebuah negara berlandaskan ekonomi dan teknologi hebat.
- Ada banyak perkara menarik di Jepun - tembikai petak, keretapi paling laju, lebuhraya yang melalui sebuah bangunan, jalan bawah laut, terowong antara pulau, pulau penuh dengan arnab dan sebagainya.
- Negara paling banyak buat kesilapan ejaan bahasa Inggeris memandangkan masalah penggunaan huruf R dan jati diri mereka terhadap bahasa kebangsaan. Walaupun begitu, teknologi Jepun antara terbaik di dunia malah digunakan secara meluas di negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
- Ada lebih 200 gunung berapi di Jepun, dan kebanyakkan masih lagi aktif. Ia juga negara paling banyak terima musibah bencana alam. Malah, Jepun antara negara paling mudah berkembang dan bangkit hatta selepas terkena bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, banjir dan ribut taufan.
- Kota fesyen. Banyak fesyen pelik bermula dari Kota Tokyo, Jepun. Walaupun begitu, fesyen kimono tetap menjadi perhatian apabila ke Jepun.
- Ninja Warrior antara game rancangan TV yang popular seluruh dunia.
- Banyak lagi ....

Kontest Japan Budget Trip
Entri ini merupakan satu entri penyertaan kontest dianjurkan oleh Japan Budget Trip. Maka, seandainya anda pernah ke Jepun, mungkin boleh kongsikan cerita uniknya Jepun dan menang hadiah yang ditawarkan.Penaja Utama : Japan Budget Trip
Penaja Bulanan/Saguhati: Travelog.my , Azeni Ahmad , Hawwa Firdaus , Sitizan , eXplorasa , Travel And Foods Blog , Kisahtatie
Hadiah Utama:
Hadiah Bulanan:
- Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
- Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
- Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
- Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
- Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30
Sumber: http://www.factslides.com/s-Japan
pernah bekerjasama dgn syarikat dan kumpulan kerja jepun untuk projek master saya..cara kerja dan layanan mereka sgt awesome..
BalasPadamTu la pasal. Ibu saudara saya ada anak angkat Jepun .. sbb program pertukaran budaya dasar pandang ke Timur satu masa dulu. Derang memang disiplin tinggi ...
PadamMemang masuk wishlist sebenarnya...
BalasPadamall the best bro hasrul...
Terima kasih ... mana tahu ada rezeki saya ke Jepun, leh cerita lebih banyak lagi mengenai negara Matahari Terbit ini ...
Padamterima kasih kerana sudi memeriahkan contest ini :)
BalasPadamSama-sama, harap dapatlah menang sesuatu nanti ye .. hoho ...
PadamShad singgah sini sifu.. :D
BalasPadamhttp://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2015/02/lima-perkara-unik-tentang-jepun.html
saya bekas graduan dari Jepun ..Alhamdulillah dapat jejak ke sana satu nikmat Allah yang tak ternilai . Semoga admin dapat jejak ke sana satu hari nanti .
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.