Hari ini ada rakan blogger yang bertanyakan mengapa rank Alexa banyak berubah? Sebelum Disember 2014, rank Alexa ok je, tetapi bila masuk tahun 2015, rank Alexa 'jatuh' menjunam. Ia juga berlaku kepada blog ini. Dari berada di tangga bawah 150, tetiba kali terakhir saya selak dan singkap (14 Januari 2015), kedudukan Alexa sudah lebih ke angka 300.

Saya pun mushkil kenapa ia berlaku. Lalu saya mencari secara senyap-senyap, apakah rahsia yang selama ini digunakan untuk naikkan rank Alexa. Akhirnya, ilham Allah S.W.T nak bagi, saya ketemui satu jawapan. Jawapan untuk membolehkan ranking Alexa diperbaiki.
Rahsia Senyap Menaikkan Rank Alexa

Rahsia Senyap Menaikkan Rank Alexa

Sebelum ini, saya ada berikan tips-tips berkaitan Alexa rank kepada anda semua. In Sha Allah, semua tips itu adalah tips biasa mengenai rank Alexa yang telah acapkali diceritakan oleh blogger seantero dunia. Ia adalah common tips untuk perbaiki rank Alexa.

Tetapi, setelah merasi kejatuhan mendadak rank Alexa dari 150 menjadi 300 di Malaysia; saya cuba selidik mengapa dan kenapa. Rahsia senyap menaikkan rank Alexa telah saya ketahui.

Rahsia Senyap Alexa Naik Rank

Rupa-rupanya, seandainya blog anda mahu berada di dalam rank Alexa terbaik, anda perlu banyak menulis mengenai teknologi dan juga mengenai tips blogging. Itulah yang saya dapat tahu setelah saya semak-semak mengapa blog saya ini berlaku perubahan mendadak rank Alexa Malaysia.

Saya juga semak entri mengenai 5 Rahsia Blog Terlampau Top Rank 113, saya baca kembali, nah .. terbukti dah. Blog terlampau yang saya maksudkan dalam entri tersebut pernah menulis mengenai teknologi iaitu berkaitan iPhone 5s. Jadi, telahan pertama saya adalah benar.

Kemudian saya semak pula entri-entri yang telah diterbitkan ketika blog ini berada di tangga terbaik rank Alexa. Lagi satu bukti saya ketahui, betul ketika bulan 8-10 2014 saya banyak buat entri berkaitan tips dan panduan blogging. Dan pada tahun 2013 memang lagi banyak, jadi entri-entri berkaitan tips, panduan blogger, SEO, widget untuk blogspot telah membantu meletakkan blog ini di rank Alexa terbaik Malaysia. dari tangga 500 terus ke tangga Alexa bawah 200.

Jadi, rupa-rupanya inilah rahsia senyap untuk menaikkan rank Alexa yang selama ini memang saya tak tahu pun. Anda juga boleh mencuba teknik ini. Mana tahu ia menjadi pada anda. Dan jangan lupa pasang widget Alexa untuk bolehkan anda nampak impak rank Alexa dalam masa 24 jam!

Mungkin selepas saya menulis entri berkaitan Alexa ini, rank blog ini dalam rank Alexa Malaysia akan kembali terbaik sepertimana sebelum ini ... kita tengok ye .. kalau tak menjadi, makanya analisa saya ni tak boleh pakai .. haha... :P

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Payah gak nak kecilkan angka alexa nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nao Mei, kalau kita sering berusaha dan tekun buat, in Sha Allah boleh.

      Padam
  2. Rank alexa... tidak stabil mungkin juga kerana blog tidak berkualiti... huhuhu

    BalasPadam
  3. Geram jugak ngn minah salleh ni..

    BalasPadam
  4. Patut le.. Tahun baru dgn semangat yg baru. Lemah semangat skjp bila alexa yg tak berapa tu semakin menaik mendadak. Ini rupa puncanya.. thanks sharing HH.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tak boleh jangka bila sesuatu yang berkaitan dengan pengiraan algorithma. Cuma kita boleh cuba beberapa tips terbaik supaya kita mengecilkan angka itu bagi tujuan promosi akan datang.

      Padam
  5. ohh baru tahu , boleh la try . hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm satu kemungkinan daripada sumber yang saya baca kata begitulah ... tapi lepas jenguk blog sndiri, memang ada kebenarannya, tetapi tak tahu pula 2015 ni macamana peel dia lak

      Padam
  6. padanla kelaut dalam benar rank alexa saya....rupanya camtu kekdahnya...ok, thanks for sharing HH...akn cuba mempraktikkannya...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rank Alexa kini untuk tahun 2015 sudah sukar diramal. Ada banyak perubahan yang saya perasan. Blog ini yang dulunya unggul (konon) di rank 200 ke bawah, sekarang dah jadi 300 ke atas ... :(

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement