Namun, baru-baru ini telah tersebar menerusi aplikasi WhatsApp bahawa bonus kakitangan awam yang dijadualkan pada 5 Januari 2015 terpaksa ditunda kepada satu tarikh yang belum ditetapkan. Saya difahamkan oleh beberapa sumber bahawa bonus tidak dapat diberikan pada 5 Januari 2015 disebabkan masalah teknikal berlaku.
Jika mengikut Jadual Gaji Kakitangan Awam 2015, bayaran bonus 2014 akan diberikan di dalam gaji bulan Januari 2015 iaitu pada 22 hb Januari 2015.
Kecewa Bonus Kakitangan Awam Januari 2015 Tunda
Pemberian bonus kakitangan awam 5 Januari 2015 walaubagaimanapun hanya membabitkan kakitangan awam kerajaan Persekutuan dan bukannya kakitangan awam kakitangan kerajaan negeri, saya memetik sumber dari Berita Harian Online yang menyatakan kakitangan awam di Johor tetap terima bonus pada 5 Januari 2015 seperti yang telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara.Pekeliling dan pemberitahuan yang tersebar di WhatsApp yang mengatakan pembayaran bonus kakitangan awam pada 5 Januari 2015 ditangguhkan adalah dari Jabatan Akauntan Negara, dan bukan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Pemberian bonus kepada kakitangan awam telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2015. Pada pembentangan Bajet 2015 tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari 2015. Manakala pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
Nampaknya setelah ramai kakitangan awam melihat ke akaun gaji masing-masing, ramai kecewa tiada wang bonus RM500 diterima seperti mana diumumkan baru-baru ini.
Update terbaru.
21 Comments
Jangan janjikan perkara yang tidak mampu ditunaikan..kan HH..;)
ReplyDeletePerkara teknikal ni banyak cabangnya. Kita tak boleh elak benda yang kita tidak berapa nak tahu .. :)
Deletejanji melayu heheh - kedaionlinemy.com
DeleteTak payah kecewa sangat, jika rezeki kita ia tak kan kemana.
ReplyDeleteKecewa tu sbb ada yang dah merancang bila tahu 5 januari 2015 nak terima bonus.
Deletelagi best kalau bonus tu masuk sekali dalam gaji nanti..hehehe..
ReplyDelete:) hehehe... ikut masing2 sbb keperluan masing-masing adalah berbeza, ada yang sangat perlukan, ada yang boleh bertahan.
DeleteOk kecewa sat, walaupun gua xtau nak kecewa pasal apa :)
ReplyDeletewww.broframestone.com
walaupon tak rasa pape sebab tak dapat, tapi faham yang diorang sure kecewa sebab diberi harapan tinggi. mesti ada yang plan nak cuti-cuti. Hehehehehe. Takpe, nanti dapat jugak. tunggu je. hehehe
ReplyDeletesabar je....
ReplyDeletememang ramai kecewa dalam keadaan amat memerlukan pastinya yang di landa banjir. blog Etuza juga jadi viral seketika di entry hal bonus...ada dah menyatakan kekecewaan tu HH.tak apa sabar semua ya
ReplyDeletetiada jalan pintas tu hanya ber SABAR 22 Jan kita tunggu. Kita as kakitangan kerajaan tipu lah jika tak harap bonus ni..Etuza happy dapat bonus bila dah di tunda still tetap rezeki yanbg akan berganda lagi dengan gaji sebenar. ha baguskan..
ReplyDeleteMemang kuciwa sikit tapi nak buat camne kan belum sampai rezekinya.
ReplyDeletex lari ke mna bonus tu..hihi...yg ptg sabar jak la
ReplyDeletekecewa sbb dh brjanji nak ajak anak2 keluar mkn...tiba2 x ada pulak bonus masuk...hehe
ReplyDeletenak gembira tengok bonus ni pulak. www.arbacwc.weebly.com
penantian itu satu penyiksaaan hehehee apatah lagi bab duit ramai akan rasa tersiksa menunggu..
ReplyDeleteRasanya ramai yang kecewa bonus kakitangan awam Januari ni ditunda sebab diaorang nak beli persiapan persekolahan anak-anak. Mungkin ada jugak yang nak ganti barang-barang yang musnah akibat banjir. Alahai. Kesian pun ada.
ReplyDeleteMesti ramai yang kecewa sangat ni kan.. huhu
ReplyDeleteTentu ada yang sudah merancang untuk mengunakan pemberian bonus untuk tujuan tertentu. Nampaknya perlu buat pengiraan semula perbelanjaan apabila bonus lewat dibayar.
ReplyDeleteKerajaan dh x de duit...dekat pru je mewah...
ReplyDeletePasti ramai yg kecewa...
Perancangan dh dibuat...
Mcm mana la bagi mangsa banjir ( penjawat awam)
Itulah dinamakan rakyatt didahulukan...
Apa2 rakyat yg rasa dahulu...
Harga minyak naik lagi...harap semua rakyat bsabar...cari la sumber kewangan lain yg boleh menjadi pendapatan pasif tuan2..
ReplyDeletewww.arbanetworkgroup.weebly.com
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.