Saya, kami anak beranak baru je buat passport antarabangsa di Pejabat Imigresen Seberang Perai. Tak sangka pula harga bayaran dah turun banyak...hoho. Kadar bayaran terbaru ada beza RM100 tu, kalau dua orang dewasa ... haa .. dah RM200. Boleh beli burger banyak-banyak tu, tak pun buat modal bisnes tudung online ... hoho.
Kadar Bayaran Passport Terkini 2015
Nak buat passport antarabangsa Malaysia kena semak status kebenaran keluar negara dulu, manalah tahu tetiba diisytiharkan muflis ke, ada hutang PTPTN ke yang tak berbayar bertahun dan tertunggak; tu semua boleh sebabkan anda akan rasa kesal menyesal buat passport.Passport Malaysia 2 Tahun Mansuh
Menerusi laman web Imigresen Malaysia, pengeluaran passport Malaysia bagi tempoh 2 tahun telah dimansuhkan manakala kadar bayaran untuk passport antarabangsa tempoh 5 tahun telah diturunkan dari RM300 kepada RM200 berkuatkuasa mulai 15 Januari 2015. Turut dinyatakan ialah kadar bayaran terkini passport Malaysia mengikut kategori.Harga atau Kadar Bayaran Passport Terkini 2015 Mengikut Kategori
- Permohonan biasa berumur 12 tahun hingga 59 tahun: RM200
- Pemohon warga emas iaitu 60 tahun ke atas: RM100
- Pemohon kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah: RM100
- Jemaah haji: RM100
- Pelajar yang mengikuti pengajian luar negara: RM100
- OKU: Percuma tiada bayaran