Traveloka Banner

Hebahkan Blog Anda Pada Semua

Hebahkan blog anda pada semua. Sebelum ini saya ada ceritakan apa yang perlu dilakukan bila mula-mula buat blog .... dah baca? Blum lagi? Kalau anda seorang blogger baru, dan nak tahu 5 perkara yang perlu dilakukan atau patut dilakukan di awal-awal 'penubuhan' blog, anda boleh baca mengenai 5 perkara terawal blogger baru patut buat.

Dah buat 5 langkah yang saya katakan tu, maka apa yang perlu dibuat sekarang, ialah membolehkan blog anda itu dikenali dan diketahui kewujudannya.
Hebahkan Blog Anda Pada Semua

Hebahkan Blog Pada Semua

Daftar diri dengan kumpulan blogger, ada macam-macam kumpulan blogger, terserah pada diri anda untuk pilih yang mana satu yang bersesuaian dengan anda. Antara yang aktif ialah gengblogger, blogged MY, penang blogger, perak blogger dan macam-macamlah. Ada yang masih wujud, ada yang sudah tidak aktif.

Ada sesetengah group ini yang sediakan kemudahan untuk ping entri blog seperti Busuk Ping dan Kartikel. Ping merupakan satu perkhidmatan di mana entri anda disebarkan atau diumumkan kepada semua ahli dalam grup tersebut.

Anda juga boleh sertai kumpulan blogger yang ada di dalam Facebook, antaranya Blogger Malaya, Blogger Tegar, Gengblogger, Geng Blogger, Sahabat Blogger dan banyak lagi.  Nak join group blogger kendalian saya? Boleh daftar percuma di Group Blogger Belia di Facebook. Ada juga kumpulan yang lebih meluas seperti blogger united yang merangkumi blogger2 dari seluruh dunia. Anda boleh post entri anda dan war-warkan akan kewujudan blog anda di laman Facebook kumpulan ini tanpa ada sebarang sekatan.

Kemudian, ada juga blog2 tertentu atau laman web tertentu yang memberi khidmat penyenaraian blog anda di dalam direktori mereka, kebanyakkannya bersifat exchange link, di mana anda masukkan blog anda dalam direktori mereka dan mereka pula akan minta anda letakkan banner atau badge ke dalam blog anda.

Selepas itu, apabila dah daftar, anda boleh gunakan khidmat enjin carian pula untuk menyenaraikan blog anda, ada perkhidmatan add url atau add website yang disediakan. Yahoo, Google dan Bing memberikan khidmat ini secara percuma, namun untuk membolehkan blog anda tersenarai, pastikan blog anda tidak mengandungi malware, atau sebarang jangkitan virus mahupun worm. Selalunya proses ini mengambil masa paling minima 2 minggu.

Ok, bila dah buat benda-benda di atas, insyaAllah, blog anda tidak lama lagi akan dikunjungi oleh ramai .... dan ini memberikan trafik kepada blog anda.

Selamat mencuba ... nanti saya akan berikan kaedah lain untuk buat blog anda dikenali.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

28 Comments

  1. Thanks BK verry good info.

    ReplyDelete
  2. dekcik selalu dekat sahabat blogger jew..
    thanks 4 info..=)

    entry terbaru..
    http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/05/haishbile-header-dah-barublog-plak-wat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sahabat blogger broframestone yang asaskan kalau tak silap saya lah .. :)

      Delete
  3. saya ping dengan http://ping.busuk.org/

    ReplyDelete
  4. thanks for the info..
    jom tgk vlog pertama mas, kalau sudi..

    http://masikarfan.blogspot.com/2011/05/my-first-vlog-akhirnya.html

    ReplyDelete
  5. terima kasih dengan info terbaik nih..nanti kalau proses jalur lebar bagus, aku akan cuba ahakss..

    ReplyDelete
  6. en hasrul.. baru je buat entry mengenai mcm mana saya boleh dapat ramai pembaca.. sudilah melawat.. huhu
    http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/05/bagaimana-hendak-dapatkan-pembaca-blog.html

    ReplyDelete
  7. mcm mana nak add encik hasrul?

    ReplyDelete
  8. Wah. Terima kasih banyak. Sangat berguna dan praktikal!

    ReplyDelete
  9. Kalau malas mahu hebahkan blog, rasakan sahaja kesoronokan berblog tanpa pengunjung hehe :)

    ReplyDelete
  10. kalau objektif berblogging adalah untuk jana pendapatan dan memang untuk berkongsi maklumat, memang perlu hebahkan blog kita, kalau tidak kita akan syok sendiri.

    ReplyDelete
  11. Walaupun dah lama berblog. Ada juga infonyang tidak diketahui. Thanks HH atas perkongsian.

    ReplyDelete
  12. Terbaik...ilmu baru setiap hari apabila sesi mengodek blog2 yang tersohor..jangan dilupa blog ini banyak memberi ilmu yang berguna...

    kehidupanseorangbujang.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah. Ada masa terluang saya cuba .. :)

      Delete
  13. dalam pembikinan ke bro..lain macam je blog nie

    ReplyDelete
  14. Blog saya :3 Tak secantik blog korang semua hihi ^^

    http://budakpurplish.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas informasi yang bermanfaat admin..

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas informasi yang bermanfaat admin..

    ReplyDelete
  17. blog saya masih dalam pelajaran.... masih baru... belum otai lagi macam blog HASRULHASSAN ini..

    http://freeseoidea.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka jauh lagi perjalanannya tu .. hehehe.. tak pe .. kita semua bermula dari bawah.

      Delete
  18. tak hebah orang taktau..kecuali kita setaraf artis mungkin tak hebah pun orang nak amik tau. tq for the tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh. Ramai dah blogger jadi artis ni .. :)

      Delete
  19. Saya dalam usaha meneliti response pembaca. Blog yang panjang melebihi 1000 perkataan tak banayk feed back. Zaman sekarang agaknya orang malas nak baca lebih2. Ringkas dan padat - sentuh 1 point pekbaca hadam & suka. Tulis panjang2, dia orang pening..... dan tinggal macam tu saja.

    Cuba cek kat sini: http://emjay-freedom.blogspot.com/

    Blog Tn. Hasrul ada dalam page saya - cek lah kat sebelah kanan tu, ya... TK.

    ReplyDelete
  20. akan dihebahkan..mudah-mudahan ada kerajinan..hihi

    ReplyDelete
  21. Malu ehh... Blog biasa-biasa jer.. :D
    Thanks atas sharing bro.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.