Buat duit affiliate untuk blog travel ada beberapa sumber. Saya akan cadangkan beberapa sumber affiliate supaya blog travel dan pelancongan boleh dapat komisen. Komisen ini dibayar apabila pengunjung singgah di blog dan membuat pembelian menerusi link yang disediakan atau yang diletakkan di blog.
Buat Duit Affiliate Untuk Blog Travel

Program affiliate ini selalunya disediakan oleh laman web yang menyediakan servis tempahan bilik hotel, tempahan homestay, tempahan tiket penerbangan, pakej lawatan, pakej pelancongan, tempahan kereta sewa, tempahan servis pemandu pelancong dan juga pendaftaran ahli percuma.
Jana Komisen Sehingga USD50
Komisen boleh dijana dari sehingga USD2 hingga ke USD50 mengikut kategori. Jika tempahan kereta sewa, dan juga tempahan hotel secara online, blog travel boleh jana income menerusi program affiliate sehingga USD30 bagi setiap tempahan samada sebuah bilik atau sebuah kereta sewa.Beberapa syor untuk dapatkan komisen affiliate untuk blog travel. Anda boleh daftar program affiliate percuma berikut:
Ini lagi ...
Dan ini ...
Apa yang perlu anda buat sebagai seorang blogger pemilik blog travel ialah daftar percuma program affiliate yang disediakan. Tunggu approval dari mereka. Login ke akaun anda, dan pilih metod untuk promosikan produk mereka - samada teks link, banner, atau juga kotak carian servis dan produk yang disediakan.
Contoh, anda boleh lihat seperti di bawah ini.
Anda boleh letakkan banner atau widget yang disediakan oleh program affiliate samada dalam entri berkaitan travel ke destinasi tertentu, atau secara am letakkan di sidebar blog. Mudah. Hanya copy-paste kod HTML atau script yang disediakan.
Tips Buat Duit Affiliate untuk Blog Travel
Nasihat saya, jika mahu betul-betul buat duit online di blog travel, kena pastikan blog anda dwibahasa supaya anda boleh dapat trafik antarabangsa, dan pengunjung boleh terus buat tempahan menerusi link entri penceritaan anda.Katakan anda dah pernah travel ke Australia, anda boleh ceritakan mengenai tempat penginapan, atau lokasi pelancongan yang anda pergi. Dapatkan widget khas berkaitan tempat penginapan tersebut atau buat secara am berkaitan lokasi tersebut.
Ini antara cara nak buat duit menerusi blog travel, ada lagi cara nak buat duit dengan blog seperti ini. Saya ada ceritakan di entri ini - Cara Buat Duit Dengan Blog Pelancongan dan juga entri ini khas untuk blogger travel - Tips Buat Duit Blogger Pergi Melancong
Semoga bermanfaat.
apa jenis blog pun boleh buat Affiliate rasanya cuma kena buat kajian pasaran dahulu.. kalau persaingan agak tinggi elok dikurangkan cari persaingan yang agak sederhana dan kurang.. lebih mudah untuk jana komisen.. itu hanya sekadar pandangan aku yang dangkal..
BalasPadamsetuju,, tapi tema affiliate kena lah sama dgn pe yg kita ceritakan - kedaionlinemy.com
PadamMemang boleh. Tapi kalau nak laju jualan, lebih elok buat blog yang cerita yang hal berkaitan. :) senang dapat kepercayaan.
Padamnice sharing
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. ena nanti nak buat blogger travel bila dah bekerja nanti
BalasPadamHmm kerja apa gamaknya tu ehh .. :P hehehe
Padamsemua jenis blog boleh buat duit kan ?
BalasPadamJom affliate travel...InsyaAllah berbaloi..
BalasPadamUntuk berjaya dengan bis affliate travel ni, mestilah berguru dengan sifunya...saya dah tak ingat guru berkenaan..tapi blh google utk cari sifu affliate travel ni...
BalasPadamOh ada ye? :)
Padammacam-macam cara rupanya nak dapat duit dari penulisan blog...
BalasPadamaku pernah jumpa blog travel yang tulis dalam dua bahasa...atas bahasa melayu bawah tulis dalam bahasa inggeris...
BalasPadamAda beberapa yang pernah gua apply, tapi direject.... Kecewa sat....
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.