Adeh. Mati-mati saya ingatkan blogger ni lelaki, rupanya blogger yang baru nak naik ini adalah seorang perempuan. Blogger yang saya maksudkan ialah +Fadzi Razak. Wajahnya ntah, saya tak pernah tahu pun... tapi anda yang nak kenal boleh jenguk entri ini - http://goo.gl/8iFnD1

Saya nak tanyalah kepada anda. Jika anda seorang blogger, siapakah blogger perempuan di dalam dunia blog Malaysia yang akan anda rujuk jika hadapi masalah dengan blog? Saya bagi masa 5.9097881 saat untuk jawab ...

.... 3 saat ...

... 1.2832 saat ...

Tak dapat? Hmm ... memang tak ramai yang ada dalam senarai. Ada tu ada, tapi tak ramai. Dulu masa tahun saya aktif tulis entri blog sampai 10-15 entri sehari, ada juga nama blogger perempuan yang sering disebut-sebut sebagai sumber rujukan untuk blogging ni. Siapa mereka, hanya yang dah jadi makcik-makcik dan mak budak je yang tahu ... haha.
Blogger Perempuan untuk jadi rujukan blogger Malaysia

Blogger Perempuan Pun Leh Jadi Pakar Rujukan Blogger Malaysia

Inilah impian blogger yang mati-mati saya ingat seorang blogger lelaki. Dia mahu jadi seorang blogger perempuan yang boleh dijadikan sumber rujukan, terutama dalam bidang blogging.

Baguslah begitu, mungkin boleh jadi protege Kak Kujie atau Mialiana... hoho.

6 Tips Terhebat Gaya Naga Menyelam Untuk Menjadi Blog Rujukan Blogger

Ok. Saya nak kongsikan satu tips jika nak menjadi seorang blogger perempuan yang akan dirujuk oleh blogger-blogger Malaysia.

  1. Mesti letak meta tag dan deskripsi blog dengan kata kunci berkaitan panduan dan tips.
  2. Tulis banyak artikel atau entri yang bermula dengan perkataan kata kunci tadi - tips, rahsia, teknik, cara, bagaimana, panduan, rujukan dan seumpamanya.
  3. Selalu kaitkan antara entri tips rujukan A dengan tips rujukan B pastu C supaya yang merujuk itu akan ikut flow by flow sehingga benar faham. 
  4. Di sidebar, letakkan atau sediakan satu kolum khas untuk kumpulkan entri di bawah satu label yang sama, jika berkaitan tips blogging maka segala benda mak nenek mak cik cun mengenai blogging dimuatkan kat situ. Mudah untuk dirujuk.
  5. Gunakan gambarajah atau diagram untuk mudah orang faham apa yang mereka rujuk dan mahu cari. Perempuan kan ke pandai buat benda-benda cantik dalam blog, maka cantikkan entri blog dengan perkara ini supaya lebih menarik minat pembaca.
  6. Jangan sesekali abaikan pertanyaan rakan blogger yang mahu tahu sesuatu dari anda, hatta benda tu haram satu benda pun anda tak reti. Jujur sahaja kata tidak tahu, atau berikan alternatif untuk dibuat rujukan.
  7. Rajin update blog dengan tips terkini tanpa jemu. Mesti pandai urus masa supaya dapat update blog dan berjumpa kekasih hati .. hoho ... atau memasak untuk suami.

Selesai saya berikan tips untuk menjadikan diri sebagai seorang blogger yang akan selalu kena rujuk, tetapi bukan dalam bab cara mudah nak kahwin seorang lagi .. hoho.

Saya harap tips ini akan bantu blogger yang saya mati-mati ingat lelaki ini untuk berjaya dalam mengejar impian dalam dunia blog Malaysia. Pada yang lain, jika anda seorang blogger, bolehlah cedok dan guna-pakai tips serta panduan yang ditulis selama 36.8 minit ini.

Semoga bermanfaat.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pun banyak belajar daripada blogger wanita selain blogger lelaki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hanya Kak Kujie je jadi sandaran dan rujukan dalam blog.

      Padam
    2. Kak Kuie pun menjadi rujukan saya juga :)

      Padam
  2. majoriti memang akan skodeng blog pompuan.. hahhhaaa.. laki mane d mase nak menulis.. eh ye kee???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erkkk .. saya ni BUKAN LELAKI ke? hoho ... leh cari lebih 5000 entri berkaitan tips blogging dan panduan blogger .. :P

      Padam
  3. Blogger perempuan ada auranya yang tersendiri. Saya pun mula tahu Fadzi Razak itu perempuan di Facebook tempoh hari. Itu pun dia sendiri yang mengakuinya. Semoga ianya bertambah berjaya dengan blognya.

    BalasPadam
  4. blogger perempuan dan lelaki tak banyak berbeza dalam ilmu blogging mereka..cuma tarikan kepada blogger perempuan ialah penyampaian mereka yang detail..halus dan mulus

    BalasPadam
  5. saya juga blogger perempuan tetapi ... belum boleh dijadikan pakar rujuk... hehehe

    BalasPadam
  6. fadzirazak ? perempuan ? ? hmm ingat lelaki

    BalasPadam
  7. Heheh saya perempuan bro HH :). InsyaAllah saya akan praktik kan 6 Tips Terhebat Gaya Naga Menyelam Untuk Menjadi Blog Rujukan Blogger tu :D

    BalasPadam
  8. Bukan Abang HH je tertipu, saya pun turut tertipu sama malah ramai lagi blogger tertipu dengan jantina Fadzi Razak tu. haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement